Selepas bersenam, kami bergambar sebelum berpecah mengikut kumpulan untuk acara Scavenger Hunt.
Scavenger hunt ni acara mencari dan menjejaki seluruh lokasi cruise. Kami dikehendaki cari tandatangan staff bertugas serta password lokasi tersebut. Sebagai bukti kami telah jejaki kawasan atau outlet. Riuh rendah. Awalnya kami tak faham soalan. Terkedek-kedek nak fahami. Apabila kata sepakat telah dibuat, kami bergerak ke lokasi lokasi yang perlu dijejaki. Dalam kumpulan kami ada 2 ibu mengandung dan 2 ibu yang baru lepas berpantang. Maka, kena la berhati hati juga melangkah. Akhirnya, kumpulan kami antara yang terakhir hantar jawapan. Keh keh.
Keputusan akan diumum malam nanti. Sewaktu dinner.
Hadiah menarik menanti kami iaitu hadiah tempat pertama Sea walker (berjalan dalam laut), parasailing, zipline, dan banana boat. Hadiah ini bakal dinikmati pada hari ke 3 nanti di Pulau Coral, Phuket.
Kami nikmati makan tengahari dan bersiap untuk turun ke Langkawi pada jam 3 petang. Oh ya, Shaklee hadiahkan sebotol Vitamin C setiap orang dan sebuah topi. Sukanya, dapat bekalan Vitamin C yang boleh bertahan hingga 6 bulan tu. Balik bilik, dapat hadiah dari Shaklee lagi. Beg pantai berwarna hijau. Bestnya..
![]() |
Hadiah dari Shaklee |
Kali pertama saya jejakkan kaki di Pulau Langkawi. Cruise berlabuh jam 3 petang. Kami berkumpul dan dibahagikan mengikut bas untuk ke lokasi membeli belah. Hampir jam 4 petang kami turun dari cruise. Dalam bas kami diberi taklimat bagi memahami peraturan membeli belah di Pulau Bebas Cukai ni. Rupanya, selagi belum cukup 48 jam di Langkawi, tak boleh membeli belah lebih daripada RM500. Jika lebih, dikenakan cukai. Kami singgah sejam saja. Masa sangat terhad. Shopping cepat cepat dan melangkah naik bas kembali ke cruise. Malamnya kami ada dinner bertema Sarung.
![]() |
Selepas shopping |
Opss, sambung tentang dinner. Kami bersiap seadanya. Pakai kain sarung di kepala. Yang penting nak nikmati pelbagai jenis seafood yang segar. Memang semua makanan atas cruise ni segar, sedap dan pelbagai pilihan. Rambang perut nak pilih.
Cabutan bertuah dan hadiah scavenger tak berpihak kepada saya dan kumpulan. Namun, Alhamdulillah, dapat juga merasa aktiviti esoknya.
Saya sambung dalam part seterusnya ya. Jangan lupa baca lagi ;)
Part 1 baca di sini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10 Kelebihan Daftar Ahli Bersama Kami:
1. Yuran Keahlian Yang Rendah (hanya rm68.90) atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 200 UV (~rm680) dalam 1 Resit.
2. Diskaun Harga Ahli (Jimat 15-20%)
3. Promosi Bulanan untuk Penjimatan Hebat.
4. Cash Bonus Bulanan (Walaupun hanya makan sendiri, anda layak apabila cukup point)
5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & WhatsApp untuk Ahli Shaklee di bawah naungan LNM
6. Peluang Menjana Income 2-3-4-5 Angka setiap bulan.
7. Peluang Mendapat Pelbagai Bonus Menarik Seperti Bonus Peribadi, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Trip Percutian Tempatan atau Luar Negara serta Umrah PERCUMA.
8. Kelas Bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline.
9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline.
10. Aktiviti dan hadiah menarik setiap bulan untuk yang aktif berkongsi Shaklee. Daftar Ahli Shaklee Di Sini: Natrah Mohamed 923339
Klik Join Now/ Sertai Hari Ini Sebarang Pertanyaan Hubungi http://NatrahM.wasap.my
Terima Kasih Natrah Mohamed
Founder Legasi Nasih Maju
SID Since 2013
No comments:
Post a Comment