Jom baca tips murah dan jimat di bawah.
1. Ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di bahagian muka dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
2. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka. Biarkan selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.
3. Kisar dua biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka bertambah licin.
4. Ambil wap air nasi atau buih atau yang sedang ditanak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit. Lakukan setiap hari dan boleh lihat hasilnya.
5. Ambil sedikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit muka setiap hari dan lihat hasilnya.
Oh ya, sekarang Kak Nat guna set kulit Nutriwhite. Untuk cuci muka guna Gentle Deep Foaming Cleanser. Kulit lembut, lembab sentiasa je rasa.
Untuk bersihkan kotoran dengan lebih mendalam, Kak Nat guna Gentle Action Makeup Remover. Walaupun tak pakai mekap, tapi setiap hari muka kita mengadap pelbagai kotoran. Tu yang kena bersih juga kan.
Kedua-duanya selamat dan murah. Ya, 1 tiub ni, boleh guna 6 bulan lebih. hanya sedikit saja diperlukan untuk setiap kali cuci muka.
No comments:
Post a Comment