Alhamdulillah. Hari ni Kak Nat di Cameron Highland. Hehehe.. Biasalah, bisnes online dari rumah. Suami outstation, kami sekeluarga mengikut. Bisnes boleh jalan di mana-mana saya. Pagi tadi Kak Nat setel oder Vivix dan ESP. Hantar direct ke pelanggan. Kan senang.
Eh, nak cerita pengalaman hari ni. Melalut pulak😜
Suami Kak Nat ada program dengan Geng TNB dia, so dia book hotel. Hotel Copthorne. Macam tahun lepas juga. Eh, saya dah buat entri tahun lepas. Masa tu suami ada meting di hotel ni juga. Kami sekeluarga kali pertama datang Cameron. Hehehe.. Kali ni kali pertama Nazir datang. Ya, baby kami yang berusia 5 bulan tu. Hihi.. Kami bertolak hampir jam 4 petang dari Bangi. Alhamdulillah, selamat check in jam 10.30 malam di hotel ni.
Terkejut jugak bila dapat bilik. Rupanya suami book tu bilik apartment (1 bedroom apartment).
Meh jenguk-jenguk gambar.
Ini bilik berkeluasan 77 kaki persegi. Menghadap ke gunung. Tapi belakang bilik kami ni, ada bangunan apartment lain, jadi tak nampak sangat pemandangan gunung tu.
Huii, ada dapur. Kat situ ada pemanas ketuhar, cerek dan peti ais. Tapi tiada tong gas dan dapur.
Bilik air ada 2. Bagi yang anak ramai tu, sesuai sangat la. Hahaha
Sofa menghadap TV. Dua hero terus mengadap TV malam tadi.
Ruang tidur di bilik asing.
Nasib kami baik kerana dapat bilik yang searas dengan tapak parking. Kira macam rumah je. Kereta parking depan pintu. Tapi tengok keadaan juga. Kadang-kadang parking penuh. Kena la parking kat basement hotel.
Sekarang ni suhunya sejuk yang amat. Errrr.. Nak mandi pun pikir 10 kali. Hahaha..
Ni Kak Nat campur air sejuk, air panas. Jadikan air suam. Mandikan Nazir. Botol tu basic H, si pembantu pelbagai guna.
Tahun lepas kali duduk 2 hari jugak kat hotel ni. Tapi dah lupa lokasi kafe. Rasanya kami tak ambil sarapan. Sebab tu lupa lokasi kafe ni.
Tengahari tu suami belum habis meting. Jadi kami melepak kat bilik. Kak Nat sibuk coaching dan layan pelanggan. Anak-anak tengok kartun sampai muka boring. Mereka mula mintak makanan, terpaksa la oder supaya mereka kembali tenteram. Padahal roti, biskut, buah berlambak yang bawak bekal.
Jam 6 petang, lepas suami setelkan segala kerjanya, kami keluar. Nak cari teh. Nak ke tempat lain memang tak sempat dah. Kami ke Ladang Teh Bharat.
Sampai sana, ramai orang beratur nak turun ambil gambar kat ladang tu. Terpaksa la kami tengok je dari atas. Takpa. Tahun lepas dah ambil gambar. Hihi.
Kami ke kedai teh. Nak beli untuk abang yang kirim serta cenderahati bagi adik beradik. Kedai dah nak tutup. Rupanya hari biasa macam ni tutup jam 6.30 petang. Hari minggu, Jumaat, Sabtu, Ahad tutup jam 7 malam.
Kami balik kembali ke hotel. Harapan nak singgah di Pasar Malam Tanah Rata. Tapi pusing-pusing, tak jumpa parking. Akhirnya kami teruskan perjalanan ke hotel. Dekat hotel ni, ada Pasar Malam Kea. Tapi sayangnya, jam 7 malam dah tutup.
Suami keluar beli makanan di kedai berhampiran situ. Dan kami terus balik.
Ok. Balik lepak dalam bilik. Esok sambung lagi. InsyaAllah.
Oh ya, jangan lupa telan Ostematrix, menghilangkan lenguh-lenguh badan.
Assalamualaikum
Jumpa lagi.
Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan
Legasi Nasih Maju
No comments:
Post a Comment