Kenali Natrah Mohamed


Salam perkenalan. Saya Natrah Mohamed. Seorang suri rumah dan ibu kepada dua anak lelaki. Suami saya berkerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Kuala Lumpur. Kami memilih tinggal di Bangi. Kami berdua graduan UKM.


Sejak bila saya bergelar suri rumah? Sejak saya berkahwin, saya berada di rumah. Waktu itu fokus mengedit tesis Sarjana. Suami dengan senang hati dan berharap saya terus menjadi suri rumah. Maklumlah, dia dibesarkan oleh seorang ibu yang juga suri rumah. Beberapa bulan selepas berkahwin, majikan saya sebelum ini, seorang pengetua tadika menghubungi untuk mengajak saya berkerja di tadikanya. Oh ya, sebelum berkahwin, saya pernah berkerja sebagai pembantu taska. Saya berhenti beberapa bulan sebelum berkahwin dan juga kerana perlu fokus menyiapkan penulisan tesis yang tertangguh. Oleh kerana kasihan kepada bekas majikan yang agak terdesak memerlukan pembantu taska, saya menerima pelawaan kembali berkerja di taskanya. Beberapa bulan saya sempat berkerja di taska tersebut dan berhenti ketika saya mengandung hampir 5 bulan. Faktor utama saya berhenti, kerana mahu fokus kepada kerja-kerja akhir pengeditan tesis.


Selepas melahirkan anak pertama pada Jun 2010, saya kekal berada di rumah. Setiap hari setia melayari internet dan mencari peluang berkerja dari rumah. Awal 2011 saya mula bergiat sebagai seorang ejen takaful. eTiQa Takaful. Niat saya mahu membantu sahabat-sahabat sekeliling yang memang sangat kurang kefahaman tentang perlindungan takaful. Ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekeliling ramai yang menyertai. Tapi cabarannya adalah mereka kurang konsisten membayar setiap bulan. Berlaku tunggakan dan akhirnya mereka tarik diri. Saya tiada daya memujuk.


Sepanjang berada di rumah, tanpa keluar berkerja seperti graduan master yang lain, tidak sedikit nasihat-nasihat percuma yang saya terima. Keluarga terdekat yang terlalu prihatin tentang segulung ijazah yang saya terima, soalan-soalan dari jiran yang bertanya, "Bila mahu berkerja?" " Kenapa tak kerja?"


Apa alasan saya tidak berkerja? Sebab utama, kerana mahu melihat anak membesar di hadapan mata sendiri. Mengasuh dan memberi pendidikan awal mengikut cara saya fahami hasil dari kursus-kursus dan bahan bacaan. Hasrat saya disambut baik oleh suami, Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan suami, Ahmad Sofiyuddin yang menyokong apa saja tindakan saya.


Kini 2014, saya masih setia berada di rumah. Menjaga 2 anak lelaki yang cergas dan sihat. Kurniaan Allah yang sangat disyukuri kerana memberi peluang saya melihat mereka membesar di depan mata.


Di samping menjaga mereka, saya mula bergiat dengan bisnes Shaklee. Produk-produk makanan kesihatan keluaran Shaklee yang telah membantu saya cergas dan sihat sejak dari mengandungkan anak kedua sehingga sekarang. Saya ingin kongsikan kebaikan dan khasiatnya kepada orang ramai. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan kongsikan dalam blog ini, panduan menjaga anak di rumah. Dua orang hero, kerja-kerja rumah dan kerja kemasyarakatan yang saya sertai, serta bisnes Shaklee. Semuanya dari rumah. Moga ia bermanfaat buat semua.


Terima kasih sudi menjenguk di sini. Jemput datang lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design