Screening Prosedur Sebelum Buat LASIK

Alhamdulillah. Hari ni nekad untuk buat LASIK. Jadi, saya melangkah ke Pusat Pakar Mata Bangi.



Alamatnya di seksyen 4 Tambahan. Ikutkan, lebih kurang 500 meter dari rumah saya. Rupanya pusat ni dah hampir 20 tahun dah. Saya je yang tertinggal dek zaman. Sebab tak memerlukan pemeriksaan mata. Kalau nak buat spek, terus tuju ke kedai spek yang ada sekitar Bangi. Tapi kali ni nekad, nak buat lasik. Kebetulan kerap sakit kepala. Mungkin juga akibat power mata dah tak sesuai untuk mata.

Saya hubungi Pusat Pakar Mata ni untuk sahkan. Ya, boleh walk in untuk cek mata ni. Jam 11 pagi. 

Prosedur ambil masa lama sikit.

Mula-mula jumpa dengan optometris, cek mata dan spek seperti nak tahu berapa power mata. Kemudian, perlu isi borang untuk sahkan info diri. Perlu isi berapa lama dah pakai spek. Rupanya dah 26 tahun saya pakai spek ni.

Selepas siap isi borang, saya dipanggil masuk ke bilik untuk cek mata lagi. Kali ni guna 3 alat/mesin. Setiap alat ada fungsi masing-masing. Saya tadah mata saja.

Kemudian tunggu lagi, untuk cek mata dalam bilik yang lain pula.
Di sini 2 kali mata dicek lagi. 

Kali ni memang macam nak buat spek. Nak pastikan power yang betul.

Selepas prosedur ni, optometrist titiskan ubat untuk besarkan anak mata. Kena tunggu 20 minit sebelum jumpa doktor.

Tapi masa ni agak lama tunggu. Menjelang 2 petang, baru masuk berjumpa doktor. 

Dato' Dr Johari terangkan panjang lebar tentang SOP sebelum dan selepas buat Lasik nanti.

Power mata saya tak seimbang.

Kiri 700
Kanan 450

Jadi, sesuai guna prosedur PRK.

Setelah diperiksa sekali lagi, akhirnya syaa pilih tarikh untuk prosedur. InsyaAllah hari Jumaat depan.


Moga dimudahkan.

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...