7 FAQ Vitamin C yang Anda Perlu Tahu

7 soal jawab ini anda perlu tahu sebelum mengambil vitamin C.

1. Perlu ambil vitamin C dengan dose yang banyak sekaligus atau ambil sedikit demi sedikit sepanjang hari?

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet.

Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release System dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan.

2. Saya sudah makan sihat, ambil sayur dan buah. Perlu ambil vitamin C lagi?

Kandungan vitamin C dalam buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. 

Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. 

Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 40 sen sahaja setiap biji!

Berapa harga sebiji vitamin c

3. Kalau ada gastrik, boleh ambil Vitamin C? Tak pedih perut ke?

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik. Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.


4. Berapa banyak perlu ambil vitamin C setiap hari?

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/hari. 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari.


5. Apa Bioflavonoid yang terdapat dalam Vitamin C Shaklee?

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. 

Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.


6. Betul ke Vitamin C boleh cegah selsema?

Vitamin C boleh didapati dengan banyak dalam sel darah putih – salah satu daripada sel imun kita. Antara peranannya adalah untuk menyokong dan merangsang perlindungan imun. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen vitamin C secara berkala mengalami tempoh selesema yang lebih pendek dengan simptom yang lebih ringan. Bagaimanapun, kemungkinan untuk ia mencegah anda daripada mendapat selesema adalah rendah2,3

Oleh kerana vitamin C selamat diambil setiap hari dalam jangka masa panjang, ada baiknya anda memulakan pengambilan vitamin C minimum 500mg setiap hari untuk merangsang perlindungan imun anda.


7. Betul ke perokok perlu lebih Vitamin C?

Ya. Perokok menggunakan vitamin C di dalam badannya pada kadar yang lebih cepat, berbanding dengan bukan perokok. Satu kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap vitamin C yang sangat rendah di dalam badan mereka3 manakala kajian lain pula mendapati individu yang mengalami kekurangan vitamin C berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru1

Oleh itu, suplemen vitamin C sangat disarankan kepada perokok dan mereka yang tinggal bersama perokok.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
10 Kelebihan Daftar Ahli Bersama Kami: 
 1. Yuran Keahlian Yang Rendah (hanya RM35) atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 100 UV (~rm300) dalam 1 Resit. 
 2. Diskaun Harga Ahli (Jimat 15-20%) 
 3. Promosi Bulanan untuk Penjimatan Hebat. 
 4. Cash Bonus Bulanan (Walaupun hanya makan sendiri, anda layak apabila cukup point) 
 5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & WhatsApp untuk Ahli Shaklee di bawah naungan LNM 
 6. Peluang Menjana Income 2-3-4-5 Angka setiap bulan. 
 7. Peluang Mendapat Pelbagai Bonus Menarik Seperti Bonus Peribadi, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Trip Percutian Tempatan atau Luar Negara serta Umrah PERCUMA. 
 8. Kelas Bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline. 
 9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline. 
 10. Aktiviti dan hadiah menarik setiap bulan untuk yang aktif berkongsi Shaklee. 

 Daftar Ahli Shaklee Di Sini: http://www.shaklee.com.my/?joinnow=923339 
 Klik Join Now/ Sertai Hari Ini 

 Sebarang Pertanyaan 
 Terima Kasih
 Natrah Mohamed 
 Founder Legasi Nasih Maju 
 SID Since 2013

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...