Teruja bila daftarkan nama sendiri, suami dan anak-anak dalam virtual run family Shaklee kami. Pertama kali dianjurkan. Sempena 25 tahun Shaklee dan 10 tahun S2U Families.
Banyak perkara yang saya tertanya-tanya.
Jika anda tertanya-tanya juga, boleh rujuk FAQs ni..
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQS)
1) Apakah itu Virtual Run?
Virtual Run adalah larian yang anda boleh lakukan bila-bila masa, di mana sahaja mengikut kelajuan masing-masing.
2) Siapakah yang boleh menyertai 35KM Anniversary Challenge Virtual Run ini?
Semua orang, tidak terhad kepada ahli Shaklee berdaftar di bawah s2u Families sahaja. Kami menggalakkan penyertaan dari setiap peringkat umur.
3) Bilakah tarikh pendaftaran dan tarikh bermulanya 35KM Anniversary Challenge Virtual Run?
Pendaftaran berjalan dari sekarang sehingga 5 November 2020 manakala larian akan bermula pada 1-31 November 2020.
4) Bagaimana jika saya ingin mendaftar untuk menyertai 35KM Anniversary Challenge Virtual Run ini?
Anda boleh mendaftar 35KM Anniversary Challenge Virtual Run ini dengan mengisi maklumat pada link :
http://bit.ly/35kmAnniversaryChallenge
5) Bagaimana jika saya ingin daftarkan kawan-kawan/ahli keluarga saya?
Anda boleh mendaftarkan mereka di dalam kategori Relay 4 x 35KM.
6) Setelah selesai mendaftar, apakah yang saya perlu lakukan?
Setelah mendaftar, anda perlu menyertai FB group
https://www.facebook.com/groups/genglari/
& Telegram group
https://t.me/joinchat/AE7MRhlbhdu1hn20rJ7tug
untuk mengikuti perkembangan dan check points yang akan diberikan.
7) Apakah running apps yang boleh digunakan yang boleh saya gunakan?
Anda boleh mengunakan GPS supported running apps seperti STRAVA, GARMIN, ENDOMONDO, MI FIT, NIKE, MAP MY RUN, RUNKEEPER, RUNTASTIC, HUAWEI HEALTH, SAMSUNG HEALTH dan lain-lain lagi apps yang ada pada handphone atau fitness watch anda.
8) Bagaimana saya perlu menghantar rekod larian saya?
Anda perlu menghantar screen shot rekod larian running apps anda yang mengandungi TARIKH, MASA & JARAK ke link borang online yang akan diberikan. Rekod larian perlu dihantar dalam masa 24 jam selepas larian. Admin akan mengambil masa 48 jam untuk memeriksa dan meluluskan rekod larian yang telah dihantar.
9) Adakah rekod aktiviti lain seperti berbasikal juga diterima?
Tidak. Hanya aktiviti larian dan berjalan kaki sahaja yang diterima. Step count juga tidak diterima di dalam virtual run ini.
10) Bagaimana jika anak-anak juga mendaftar? Adakah ibu/bapanya boleh menghantar rekod larian yang sama?
Ya, boleh. Kami memberi kepercayaan kepada ibu/bapa bahawa anak-anak juga turut berlari bersama, boleh juga ambil gambar bersama sebagai bukti anda lari bersama anak-anak.
11) Bilakah Finisher Kit akan dihantar kepada saya?
Finisher Kit akan dihantar kepada semua peserta pada bulan Disember 2020 secara berperingkat ke alamat yang telah peserta berikan ketika mendaftar.
12) Bolehkah jika saya berminat untuk membeli baju sahaja tanpa berlari 35KM?
Boleh, anda boleh membeli baju sahaja pada harga berikut:
Tshirt lengan pendek: RM50 percuma penghantaran.
Tshirt lengan Panjang: RM55 percuma penghantaran.
Tshirt Muslimah: RM60 percuma penghantaran.
Tshirt kanak-kanak: RM45 percuma penghantaran.
13) Apa akan berlaku jika saya tidak berjaya menamatkan jarak 35KM dalam masa yang ditetapkan?
Jika anda tidak berjaya menamatkan larian 35KM sebelum 1 Disember 2020, anda tidak layak untuk menerima medal eksklusif & e-certificate 35KM Anniversary Challenge Virtual Run, walaubagaimanapun anda masih layak untuk menerima baju larian.
14) Apakah kelebihan jika saya mendaftar dalam kategori Relay 4 x 35km?
Apabila anda mendaftar dalam kategori Relay 4x35KM & berjaya menamatkan larian, anda akan menerima tambahan hadiah istimewa yang akan dihantar bersama Finisher Kit team anda.
15) Bagaimana saya ingin mengetahui checkpoints yang ada?
Checkpoints akan diberitahu dari masa ke semasa di dalam group FB & Telegram.
No comments:
Post a Comment