Bahagia kan tengok muka Nafiz ni. Bagi dia, acara sukan sekolah adalah acara yang ditunggu. Ya. Hari khas mama pandang, sokong dan ambil gambar dia saja. Haha.. Lagipun ni memang acara yang pertama dia sertai. Sebagai budak baru mula belajar kenal kehidupan dunia, acara begini begitu besar maknanya dalam hidup dia.
Sebab tu saya coretkan di sini. Untuk kenangan nanti.
22 Julai, hari sukan sekolah tadika Nasyrah Bangi. Gabungan dengan Tadika Nasyrah Jabatan Peguam Negara dan Tadika Nasyrah SPA. Bergabung di Dewan Gemilang UKM. Memang lokasi tetap dah kot. Dulu masa Nasih pun, lokasi ni jugak. It's ok. Selesa dan mudah bagi kami di Bangi ni.
Saya nak kongsi gambar-gambar Nafiz.
Nanti Nafiz besar, tengok ya sayang. Dah baca lancar nanti, boleh baca keletah sendiri yang mama coretkan ni.

Sampai Dewan Gemilang, jam 8.30 pagi. Sempat bergambar dulu di depan dewan. Nazir tu masih belum mandi. Haha. Dia agak liat nak bangun pagi tadi, jadi kami bawa saja. Mandikan di dewan gemilang ni. Dewan ni tempat mama periksa dulu tau Nafiz. Zaman-zaman belajar UKM.
Nafiz menunggu di lokasi Nasyrah Bangi. Seronok sakan tengok muka dia. Mama bawak bekal air PD. Performance drink. 1 botol untuk abang Nasih yang ada acara penyampaian hadiah di Dewan Anuwar Mahmud, FST, UKM. 1 lagi untuk Nafiz, mama dan Nazir. Kami tak sempat sarapan. Kalut bersiap. Haha.
Dari tingkat atas tengok perarakan anak-anak ni. Comey je mereka berarak, bersenam, menari. Sempat rakam 2,3 slot. Tapi sebab jauh sangat, aksi dan muka tak jelas pun.
Bukan senang nak urus anak-anak yang pelbagai ragam ni. Respek betul kat cikgu-cikgu. Alhamdulillah Nafiz maintain bersopan santun. Hehehe.
Bukan senang nak urus anak-anak yang pelbagai ragam ni. Respek betul kat cikgu-cikgu. Alhamdulillah Nafiz maintain bersopan santun. Hehehe.
Saya daftar 2 acara ibu. Haha.
Suami menemani Nasih di FST, jadi dia tak masuk acara.
Eh, hadiah cabutan bertuah juga ada. Ada 45 semuanya. Fuhhh, menarikkk sungguh hadiah tu. Yang no 45 jadi idaman saya.
Nafiz main 4 acara. Ada acara yang dia ganti orang lain sebenarnya. Sebab dia bagus, berada di center. Jadi, senang cikgu panggil cukupkan yang tak cukup.
Acara berakhir jam 1 petang mengikut tentatif. Tapi hampir jam 1 pun belum habis lagi acara bapa, kami makan dulu.
Terima kasih Tadika Nasyrah, sediakan makan tengahari, Nasi Ayam Uncle Jack ni.
Lepas habis acara anak-anak, ibu bapa dan guru pula.
Acara keluarga, hias sandwich tak dapat la saya sertai, sebab suami masih berada di DAM. Jadi saya sertai acara ibu-ibu dan guru.
Gambar tiada. Semua sibuk masuk acara. Haha.
Acara cucur tepung dan belon berjalan.
Semuanya hanya perlu pass ke belakang.
Memang atau kalah belakang kira. Yang penting semua dapat hadiah
Gambar hadiah berbalut tak sempat diambil.

Hadiah selepas dibuka di rumah. Sejadah yang digunakan untuk lapik serta jam dinding tu hadiah saya dapat. Haha😂 |
Balik buka hadiah di rumah.
Kami balik selepas acara berakhir.
Sebenarnya menunggu kot kot dapat cabutan bertuah. Namun tiada rezeki di situ.
Nasih sempat datang minit-minit terakhir tu. Main tarik tali kanak-kanak tanpa sengaja dan berebut gula-gula. Dapat 1 cawan gula-gula. Ohhh anakku
Alhamdulillah. Jumpa lagi tahun depan. Moga dipanjangkan umur. Tahniah Tadika Nasyrah Bangi, Jabatan Peguam Negara dan SPA.
Natrah Mohamed,
Leader Shaklee sejak 2013

No comments:
Post a Comment