Benarkah Cacing Ada Dalam Semua Jenama Sardin?

Walau jenama dikeluarkan oleh orang Islam, cacing tetap boleh wujud.

Isu hangat minggu ini, cacing dijumpai dalam tin sardin. 6 jenama sardin ditarik balik dari pasaran.


Seriau jugak baca ni. Sebab kami ni, sesekali beli jugak sardin. Menu malas seorang suri rumah. Kadang-kadang, masak sardin. Hahaha..

Okey, terjumpa tulisan ni. Oleh seorang graduan perikanan. Dia cerita semua jenis sardin berisiko ada cacing.

Baca selanjutnya tau.
Bagi mereka yg nak menambah ilmu. Situasi cacing dalam ikan bukan lah sesuatu yang mudah nak dipantau. Kerana parasit ini ada dimana-mana, tak kira ikan mana pun. Cuma apa yang membezakannya adalah kawasan tangkapan ikan tersebut. Samaada kawasan tersebut teruk dijangkiti parasit, atau paras parasit berada di paras normal.

Jadi tak kiralah jenama Islam ke, bukan Islam ke, tiada siapa boleh jangka benda ini berlaku. Apa yg mereka boleh buat, adalah pemantauan berkala, dan juga pematuhan SOP, sepertimana diberitahu page Kesihatan ini, "mengandungi cacing yang telah mati", bermakna prosedur pemanasan, memasak sebelum pengetinan telah dilakukan dgn sempurna mengikut syarat ditetapkan.

Saya bukan nak backup sardin nih, tapi saya nak bagitahu, jangan panik. Ini normal dalam dunia perikanan, ikan apa pun ada parasit dalam nya. Cuma tuan-tuan saja tak perasan, dan tuan-tuan tak kena jangkitan cacing kerana tuan-tuan masak ikan-ikan tersebut dengan sempurna.

Ada antara tuan-tuab suka makan shushi? Umai? Atau makanan-makanan yang berasaskan ikan mentah? Dalam tu tuan-tuan makan bersama parasit hidup. Lagi tragis 😉.

Suka makan belut? Terima kasih diatas teknik memasak yang sempurna, maka tuan-tuan tak dijangkiti parasit. Mungkin tuan-tuan tak tahu, dalam pembelajaran kami, belut merupakan antara ikan yang paling mudah dijumpai parasit dalamnya.

Tapi tuan-tuan, jangan panik, dah beli? Ragu-ragu ada cacing ke tak, masak dengan sempurna, itu sahaja.

Kerana apa jua sekalipun, parasit-parasit takkan mampu bertahan dalam suhu masakan yang tinggi, dan akan mati semua sekali dgn cara masakan yang betul.

Dalam kes bahan makanan mentah, seperti umai dan shushi elakkan, sebabnya, tak kira asid limau ke, cuka ke, tak cukup utk membunuh parasit-parasit tu. Even if bunuh parasit tu, telur-telur mereka masih lagi survive. Hanya masakan dengan sempurna sahaja mampu membunuh 100% termasuk telur parasit2 ini.

Sekian dari saya.
Aizat
Graduan
Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan,
Universiti Malaysia Terengganu.

Ha, gitulah tulisan Aizat ni.

Lega.
Masak dengan suhu tinggi, ikan tu masak sempurna, insyaAllah cacing semua mati. Kita makan dengan selamat.

Selamat menjamu selera.

Kami mula detox hari ni.

Menu sarapan pagi ni.

Salad, sebiji epal hijau dan suku biji lemon. Kisar secukup rasa dengan air berpatutan. Dan kita minum.

Ini menu detox hari 1. Iaitu sayur mentah saja.
Tujuannya nak bersihkan usus. Maklumlah dah berhari-hari layan menu rumah terbuka. Haha.

Ok, nak join detox dengan kami, silakan.
Wasap www.wasap.my/601127016822

Natrah Mohamed

Pelbagai menu nak dikongsi ni. Stay tune!😉
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...