Benarkah Doktor Tidak Berbuat Apa-apa Kepada Pesakit Berbadan Terlebih Obesiti?

"Doktor tak buat rawatan pun. Akhirnya dia meninggal selepas dibawa ke hospital."

Pernah dengar kata-kata ini?

Ya. Ini tohmahan biasa daripada sesetengah waris kepada pesakit yang telah meninggal. Dibawa ke hospital, tak mampu dirawat. Akhirnya menghembuskan nafas terakhir di katil hospital.



Hakikatnya, berat badan pesakit yang terlajak berlebihan antara punca pasukan perubatan tidak mampu merawat atau kelihatan tidak melakukan apa-apa kepada pesakit.

Baca pengakuan Dr Nurilayani ini yang menulis di laman facebooknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya tak pernah nak menghina atau sama sekali nak mengecilkan hati orang yang berbadan besar. Apatah lagi nak buat mereka menangis.

Ada yang kata itu hak mereka sendiri untuk berbadan besar, besar itu comel, besar itu cantik.

Hakikatnya, saya menangis kerana saya tidak mampu membuat yang terbaik untuk pesakit saya yang berbadan besar.

Saya pernah dapat pesakit wanita yang beratnya 180kg, datang dengan pneumonia atau jangkitan kuman paru paru. Puas sudah semalaman team ICU bertungkus lumus. Mesin pernafasan ventilator sudah 100% memberi bantuan pernafasan. Namun, tahap oksigen didalam darah hanya sekitar 70%. Pilihan yang terakhir adalah dengan memberikan bantuan pernafasan menggunakan mesin secara prone (dibaringkan terlungkup seperti Superman).

Namun, beratnya yang 180kg itu menjadi batu penghalang untuk team ICU melakukan rawatan ini.

Dia pergi menghadap Ilahi.

...


Pengorbanan pasukan kesihatan membantu pesakit


Saya pernah dapat pesakit wanita seberat 165kg untuk pembedahan Caesarean.

2 katil Dewan Bedah diperlukan. Kesukaran untuk memasukkan jarum branula untuk ubat ubatan jangan cakaplah.

Berbelas kali cubaan dibuat.

2 pembantu pembedahan diperlukan.

3 doktor bius berpengalaman diperlukan.

Kami tidak dapat untuk membuat bius separuh badan kerana lapisan lemaknya sangat tebal. Kami berputus asa dan teruskan usaha dengan plan B, iaitu awake fibreoptic intubation.

Lazimnya, jika kita membius pesakit secara am, sejenis tiub pernafasan dimasukkan apabila pesakit di bawah pengaruh bius. Tapi untuk dia, kami masukkan hidup hidup.

Selepas pembedahan, kami hantar dia ke ICU untuk proses mencabut tiub pernafasan secara perlahan lahan.

Malangnya, dia meninggal kerana pulmonary embolism atau darah beku yang berasal dari kaki yang melencong ke paru paru. Masalah ini memang sinonim dengan orang yang berbadan besar.

Dia pergi menghadap Yang Esa.

...

Saya pernah dapat pesakit wanita berbadan besar yang membeli ubat supplemen kurus durjana di laman web.

Mereka di ICU kerana kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, ada juga yang menghadapi masalah jantung.

Ada yang pergi menghadap Tuhan, ada yang penghujungnya kena dialysis.

...

Wanita yang berbadan besar,

Bukan niat saya untuk menghina. Tapi saya mahu anda sedar dari lamunan.

Anda adalah mangsa.

Si penjual supplement durjana mengambil kesempatan atas anda.

Anda juga adalah mangsa delusi, 'besar itu cantik'.

Besar itu meletakkan kesihatan anda dalam bahaya.

Besar itu menyebabkan kesukaran rawatan atas anda.

Itu belum kira lagi penyakit yang lain lain.

Sakit lutut, sakit puan, sakit jantung, susah bernafas, dengkur yang kuat, kanser dan banyak lagi.

Tolonglah bangun dari delusi.

Besar itu masalah, besar itu penyakit.

Penyakit ini adalah penyakit yang boleh diubati.

Dan kuncinya ada pada keazaman anda sendiri.

.

Dr Nurilyani Bujang
Coretan dalam tangisan di ICU 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya biasa jumpa yang tersangat berlebihan berat badan ini. Tetap rasa comel. Hehe.. Memang comel. Tapi saat-saat sakit, perlukan rawatan, memang comel tak ke mana. hihi.

Saya sedang berusaha kekalkan berat normal. Dengan team detox. Ramai yang sertai selepas raya ni. Nak sertai juga?

Hubungi saya, www.wasap.my/601127016822 Natrah Mohamed

Ini antara testimoni detox:
En Sufi. Turun 9kg, tapi inchloss banyakkan? 
Ayuh sertai kami. Sama-sama sihat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daftar Ahli Shaklee Di Sini:
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=923339 
Klik Join Now/ Sertai Hari Ini 

Sebarang Pertanyaan Hubungi http://NatrahM.wasap.my 

Terima Kasih 
Natrah Mohamed 
Founder Legasi Nasih Maju 
SID Since 2013
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...