Cerita cerita 1 Ramadhan kami

1 Ramadhan 1439H semalam.

Hari ni sudah 2 Ramadhan. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Selamat berpuasa semua.

Nasih sudah 8 tahun. Perlu diberi pemantapan lebih untuk tahan berpuasa. Maksudnya emosi dia. Adik makan kat depan pun dah hampir nangis. Sebab adik tak hormat dia yang sedang berpuasa katanya. Hihi. Balik sekolah semalam, asyik tanya berapa minit lagi nak berbuka 😅

Nafiz cecah 5 tahun. Masih lagi semangat dengan apa yang dia paham tentang puasa. Namun, masa nak aplikasi, dia masih tak mampu. Haha. Its ok. Budak suka makan memang macam tu.

Nazir? Masih menyusu badan. Dan berjaga waktu sahur. 2 hari ni, suka ambil buah kurma dan makan separuh. Separuh lagi mahu kongsi dengan mama. Adehh, mama telan liur dan ambil simpan. Makan waktu berbuka.
Dia suka kurma. Dan makan apa saja yang dihidang. Alhamdulillah.


Gitu la anak-anak. Saja saya tulis sini. Kenangan buat mereka.

Kami suami isteri, sahur dengan nasi, lauk dan ESP. Ramadhan kali ini, saya nak turunkan berat. Tak mau berat sebaya suami. Sekarang ni beza 2,3 kilo saja dengan suami. Jadi, saya kena turunkan. Yearghh 💪💪

Saya dan team Shaklee sedang buat Projek Detox Ramadhan. Bermula semalam.

Peserta sudah ada 30 orang. Tapi yang sertai group sudah 100 lebih. Kami bersahur dan berbuka dengan menu yang dicadangkan, amal suplemen yang dicadangkan dan teruskan ibadah seperti biasa.

Sebenarnya detox yang kami amalkan ini, senang saja. Hanya perhati apva yang dimakan, kawal dan jaga. Jaga daripada terlebih masin, terlebih manis, terlebih kuantiti. Elak daripada makanan yang boleh menambah kalori. Ambil yang sihat dan segar saja.


Saya akan mula mencatat Projek Detox Ramadhan ini di Facebook. Dan contest untuk peserta juga.

Mahu sertai?
Ayuh gunakan peluang Ramadhan ini. Sambil kurus dosa, kita kuruskan badan. Sambil kumpul pahala, kita kumpul otot buang lemak.

Wasap saya untuk sertai
Www.wasap.my/601127016822

Sekian,

Jumpa lagi entri akan datang
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...