Percutian Mewah Shaklee: Sky Walk Cabaran Ketinggian

Hari ke 4, kami akan turun ke Pulau Pinang. Kami bakal dibawa ke bangunan Komtar dan menaiki bangunan itu hingga ke tingkat paling tinggi. Menikmati pemandangan dari atas bangunan tersebut. Selepas bersarapan, kami bersiap dan menunggu di Galaxy of Star. Bagi yang turun di pelabuhan Pulau Pinang, perlu bawa beg dan segala barang. 9 buah bas sedia menunggu untuk bawa rombongan kami. Hampir jam 12 tengahari kami turun dari cruise. Terus menuju ke bas. Bas membawa kami ke 2 lokasi berbeza. Ada yang dibawa ke Chowrasta terlebih dahulu. Rombongan kami menuju ke Bangunan Komtar. Ini bangunan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang. Setinggi 68 tingkat. Saya pernah lalu di tepi bangunan ini. Tak pernah jejak kaki ke dalamnya lagi. Hari ini, berpeluang.



Pengalaman Berjalan di Atas Cermin Lutsinar

Kami diberi tiket dan dibawa menaiki lift. Hanya 20 orang dalam 1 lift. Sampai di tingkat 60, kami perlu menunggu untuk menaiki lift yang lebih kecil. Hanya muat 8 orang dalam 1 masa. Akhirnya, tiba ke tingkat 68 iaitu bumbung bangunan. Terjawab persoalan kenapa harga tiket berjumlah RM68.

Menikmati pemandangan Bandar Pulau Pinang dari aras ini begitu mengujakan. Terasa amat kecil kenderaan dan manusia yang melintas di jalan raya bawah. Bangunan sekeliling yang padat dan pelbagai bentuk, angin sepoi di aras paling tinggi Pulau Pinang ini begitu mendamaikan. Cuaca baik. Panas, namun selesa.
Beratur untuk berjalan di atas Skywalk

Kami tidak lepaskan peluang untuk nikmati pengalaman berjalan di Rainbow Skywalk. Pakai sarung kasut bagi memastikan kebersihan cermin dan mula menapak di atas cermin. Pelbagai aksi boleh dilihat. Saya yakin, saya mampu melawan rasa gayat. Namun, apabila berada di atas cermin lutsinar dan pandang ke bawah yang nampak segala pergerakkannya, terus terasa berderau darah. Saya tidak boleh berlama-lama di atas cermin lutsinar tersebut. Selepas berswafoto, cepat-cepat saya melangkah keluar dari Skywalk tanpa pandang ke bawah.
Di tingkat 60



Berswafoto di sekitar aras ke 68 ini bakal menjanjikan gambar camtik dan ceria. Banyak kerusi untuk duduk dan nikmati pemandangan indah 360 darjah Pulau Pinang.

Kami turun jam 1.45 petang dan menaiki bas untuk ke Chowrasta. Jalan yang amat sesak, menyebabkan perjalanan memakan masa agak lama. Kami menikmati makan tengahari di Nasi Kandar Line Clear dan berjalan-jalan sekitar bangunan Chowrasta. Ibu-ibu sibuk memilih baju dan mainan untuk dibawa pulang buat anakanda di rumah. Saya sempat belikan beberapa helai baju tidur dan mainan untuk anak serta baju t shirt untuk suami. Ramai yang tidak lepaskan peluang beli jeruk, kerepek dan kekacang dari kedai yang disarankan oleh kawan kami.


Jam 4 petang, kami kembali menaiki bas dan bergerak ke cruise. Perjalanan agak panjang namun kami penuhi masa dengan berkongsi pengalaman dan strategi bisnes. Banyak ilmu baru dari rakan bisnes yang sangat tidak lokek untuk berkongsi.

Malamnya, kami bersiap menikmati makan malam di dek 9. Restoran Mariner jadi pilihan kerana ia luas dan banyak menu boleh dipilih. Sambil makan, kami berkongsi cerita. Menikmati malam terakhir di atas cruise. Kemudian kami berjalan-jalan sekeliling cruise bagi menikmati momen-momen akhir. Berjumpa dengan senior yang sudah lama amalkan dan bergiat dalam bisnes Shaklee ini, kami tidak lepaskan peluang untuk cungkil rahsia mereka. Betul. Mereka sangat teruja untuk berkongsi. Malah sangat berharap generasi muda semacam kami ini turut berjaya dan kekal berusaha membantu rakyat Malaysia sihat dengan suplemen yang diamal mereka. Pengalaman 20,30 tahun makan Shaklee, sihat dan mampu terus berkongsi diceritakan kepada kami.

Kami juga menjenguk kedai cenderahati dalam cruise ini. Mencari tambahan cenderahati untuk keluarga dan rakan. Segala pembelian dan perbelanjaan perlu dibayar malam tersebut. Sebelum turun dari cruise awal pagi esok.

Esoknya, 26 November, kami perlu letak beg di luar kabin seawal jam 5 pagi untuk dikutip oleh anak kapal. Bersarapan seawal jam 6.30 pagi. Waktu ini, cruise sudah berlabuh. Jam 8 pagi, melangkah keluar dari cruise di Pelabuhan Bousterd. Tamatlah percutian 4 malam di atas Starcruise of Libra. Menaiki bas ke KLIA dan suami serta anak-anak datang jemput dengan cerita masing-masing.

Surijunior on Cruise 2017


Terima kasih kepada semua downline, pelanggan, dan sahabat handai. Kerana anda semua, kerana doa anda semua, saya mampu bercuti di atas cruise mewah, serta berjalan-jalan ke tempat orang. Percutian mewah. Namun percuma. Ditanggung dan diatur sepenuhnya oleh syarikat. Sesuatu yang saya tidak jangka boleh dinikmati oleh surirumah seperti saya. Namun, ia tak mustahil. Jom teruskan langkah untuk nikmati percutian seterusnya.

Jumpa lagi dalam entri akan datang. Baca cerita percutian ini dalam entri sebelum ini:
1. Berkenalan dengan Starcruise Libra
2. Dapat Hadiah dan Beli Hadiah
3. Makan dan Makan
4. Ke Coral Island


Terima kasih sudi baca blog ini. Hubungi saya untuk sertai TIM LNM! http://NatrahM.wasap.my
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Kelebihan Daftar Ahli Bersama Kami:
 1. Yuran Keahlian Yang Rendah (hanya rm68.90) atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 200 UV (~rm680) dalam 1 Resit.
 2. Diskaun Harga Ahli (Jimat 15-20%)
 3. Promosi Bulanan untuk Penjimatan Hebat.
 4. Cash Bonus Bulanan (Walaupun hanya makan sendiri, anda layak apabila cukup point)
 5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & WhatsApp untuk Ahli Shaklee di bawah naungan LNM
 6. Peluang Menjana Income 2-3-4-5 Angka setiap bulan.
 7. Peluang Mendapat Pelbagai Bonus Menarik Seperti Bonus Peribadi, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Trip Percutian Tempatan atau Luar Negara serta Umrah PERCUMA.
 8. Kelas Bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline.
 9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline.
 10. Aktiviti dan hadiah menarik setiap bulan untuk yang aktif berkongsi Shaklee.

 Daftar Ahli Shaklee Di Sini: http://www.shaklee.com.my/?joinnow=923339 Klik Join Now/ Sertai Hari Ini
 Sebarang Pertanyaan Hubungi http://NatrahM.wasap.my

 Terima Kasih Natrah Mohamed
 Founder Legasi Nasih Maju
 SID Since 2013
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...