expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 2, 2017

Percutian Mewah Dengan Shaklee: Berkenalan Dengan Star Cruise Libra

Alhamdul;illah, sudah seminggu kami balik dari percutian 5 hari, 4 malam yang Shaklee hadiahkan. Segalanya menarik!. Downline LNM asyik tanya, apa yang best percutian itu? Saya nukilkan di sini. Untuk sama-sama kita ketahui. Terutama tentang percutian atas cruise mewah yang semakin menjadi trend rakyat Malaysia. Dan apa yang istimewa Shaklee berikan bagi meraikan kami, leader Shaklee yang layak.

Oh ya, percutian ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee bagi meraikan kami yang telah lepas kelayakan tahun 2016/2017. Kami hanya sediakan duit untuk beli cenderamata dan makan minum tambahan saja.


Kad dari Shaklee

Sebelum naik bas ke Port Klang.



Bermula 22 November, kami berkumpul di KLIA, dan bergerak dengan bas ke Pelabuhan Bousterd di Klang. Dalam bas, kami diberikan taklimat agar kami nampak apa yang bakal berlaku. Bas kami tiba agak lewat. Hampir jam 7 kami tiba, terus cek pasport, dan bergerak naik cruise. Rombongan yang berkumpul di HO Shaklee, branch KL dan tunggu terus di Port Klang sudah mula naik cruise seawal 6 petang. Ohya, pelabuhan Bousterd adalah satu-satunya pelabuhan untuk kapal persiaran. Tiada kapal-kapal pengangkutan lain di sini. Kami menaiki Star Cruise of Libra.


 Rombongan lewat kami bergerak masuk ke cruise hampir jam 8 malam. Walaupun lewat, sempat lagi bergambar sakan depan cruise. Kami jangkakan tiada line internet. Jadi setiap gambar, dihantar terus kepada group keluarga dan sahabat. Bila bergerak di tengah lautan nanti, tiada line telefon dan internet.

Sebelum naik cruise, kami diberikan kad yang mana akan digunakan sepanjang berada atas cruise tersebut. Kad tersebut sebagai akses kad untuk masuk bilik, masuk ke restoran, naik dan turun dari cruise serta membeli belah atas kapal.

Kami menuju ke bilik masing-masing selepas kad disahkan. Huru-hara juga kerana kami sampai lambat. Peserta yang masuk awal sudah bersedia untuk makan dan sempat urus diri. Alhamdulillah, masih ada line telefon dan internet waktu ini. Senang berhubung. Masuk ke bilik, letakkan beg dan bergegas keluar ke dek 9 untuk makan. Seorang kawan sarankan kami membawa life jacket ke tempat makan kerana jam 9.30 ada latihan kecemasan. Kehadiran wajib. Kami bawa life jacket ke restoran. Ramai yang pandang kehairanan. Iskhhh, abaikan. Yang penting mahu jimat tenaga.

Bab makan, saya akan ceritakan dalam part seterusnya.

Kapal mewah ini ada 10 tingkat atau disebut dek. Bilik saya di tingkat 2. Kami menuju ke restoran di tingkat 9. Lift ada di bahagian tengah. Jika tak mampu bayangkan keadaan kapal ini. Bayangkan berada dalam sebuah hotel. Dalam sebuah hotel mungkin ada 2,3 restoran atau dapur. Kapal ini ada 6 restoran. Lebih mewah daripada hotel-hotel yang biasa saya jejaki. Seronokkk. Hari pertama jejak kami ke cruise ini, saya sangat teruja.

 Pertama kali pakai life jacket dengan betul. Haha.. Selepas ditunjuk ajar.
Hampir jam 10 malam, kami bergerak dan berkumpul di kawasan yang ditetapkan. Untuk latihan kecemasan. Bawa life jacket yang telah diletak atas katil. Oleh kerana kami sudah bawa sewaktu makan malam, jadi selepas makan, kami naik ke dek 10 dan gunakan peluang untuk menelefon keluarga masing-masing. Maklumlah, kami ni kebanyakkan suri rumah yang jarang tinggalkan anak. Mesti kekok sesekali berjalan tanpa anak. Keh keh..

Taklimat keselamatan sangat penting untuk didengar dan difahami. Kita tak mampu duga apa bakal berlaku. Kami diajar cara pakai life jacket, arah untuk bergerak apabila berlaku kecemasan dan ditunjukkan bot-bot untuk membawa penumpang jika apa-apa berlaku yang sebabkan terpaksa tinggalkan kapal. Kehadiran setiap orang diperiksa. Kami kembali ke bilik selepas siap mendengar taklimat.

Fuhh, balik bilik, bersihkan diri, solat dan tidur.
Sempat berkenalan dan bersembang dengan rakan sebilik. Alhamdulillah, dapat kawan baru. Hebat orangnya.

Jumpa lagi dalam entri akan datang. Banyak lagi nak diceritakan. Mohon tinggalkan komen jika bermanfaat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Kelebihan Daftar Ahli Bersama Kami:
 1. Yuran Keahlian Yang Rendah (hanya rm68.90) atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 200 UV (~rm680) dalam 1 Resit.
2. Diskaun Harga Ahli (Jimat 15-20%)
 3. Promosi Bulanan untuk Penjimatan Hebat.
 4. Cash Bonus Bulanan (Walaupun hanya makan sendiri, anda layak apabila cukup point)
 5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & WhatsApp untuk Ahli Shaklee di bawah naungan LNM
 6. Peluang Menjana Income 2-3-4-5 Angka setiap bulan.
 7. Peluang Mendapat Pelbagai Bonus Menarik Seperti Bonus Peribadi, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Trip Percutian Tempatan atau Luar Negara serta Umrah PERCUMA.
 8. Kelas Bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline.
 9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline.
 10. Aktiviti dan hadiah menarik setiap bulan untuk yang aktif berkongsi Shaklee.

Daftar Ahli Shaklee Di Sini: http://www.shaklee.com.my/?joinnow=923339 Klik Join Now/ Sertai Hari Ini

 Sebarang Pertanyaan Hubungi http://NatrahM.wasap.my
 Terima Kasih Natrah Mohamed Founder Legasi Nasih Maju
 SID Since 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design