expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 3, 2017

Percutian Mewah Dengan Shaklee: Makan, Makan dan Makan

Entri ni saya nak bercerita tentang makan.

Atas cruise ni, tiada masalah makan InsyaAllah. Cruise Libra ni ada dapur yang disahkan halal. Ada 6 dapur atau restoran jika tak silap saya. Namun, saya hanya sempat makan di dua restoran saja iaitu Mariners Buffet di dek 9 dan Four Seasons di dek 4. Restoran lain adalah Ocean Palace, Spices, Blue Lagoon dan Skyline KTV. Blue Lagoon satu-satunya restoran yang tidak halal. Yang lain halal.

Waktu makan untuk sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam sudah ditetapkan. Bermula jam 7 pagi. Kecuali hari terakhir. 6 pagi sudah boleh nikmati sarapan kerana jam 7 pagi akan bergerak keluar dari cruise.

Kami hanya perlu swap kad akses sebelum masuk ke mana-mana restoran. Dan nikmati menu terhidang.

Jom kita jenguk gambar.

Menu sarapan. Pelbagai pilihan untuk dimakan.
Biasanya waktu pagi ada nasi lemak, bihun goreng, mee rebus, pelbagai pilihan roti, salad buah dan sayur, kerabu, kek, buah, puding, dan macam-macam lagi. Menu mengikut hari.

Kami ambil sorang sikit, dan pakat kongsi.

Sarapan hari ke 4, di restoran Four Seasons. Di sini layanan lebih istimewa. Boleh minta telur rebus atau telur omelet.

Menu sarapan di Mariners Buffet

Sarapan hari terakhir.
Makan tengahari pula, hanya hari ke 2 sahaja kami sempat makan atas cruise. Pelbagai pilihan menu. Bermula jam 12.30 tengahari. 

Hari ke 3 kami makan tengahari di Thailand. Hehe.. Selepas pelbagai acara laut yang melaparkan perut, kami dihidangkan menu cukup mewah dan segar.

Semuanya sedap

Menu yang saya ambil. Tak nampak nasi, terlindung dek lauk

Pulut mangga yang sedap dan segar. Tak pernah jumpa lagi di Malaysia sebegini.

Waktu makan malam, kami tak cukup pinggan nak tadah. Sungguh meriah meja dengan pelbagai menu. Adeh, memang betul-betul makan.

Malam pertama. Terkejut sangat ada pelbagai menu dalam cruise ni


Eh, ni menu 6 orang makan. 


Semua seafood yang segar
Malam ke 3, dinner bertema Sarung. Ala-ala kampung. Semua menu pun ala-ala kampung.

Rojak buah

Kuih tradisonal dan puding
Kek Shaklee

Malam ke 4, ada dinner yang dipanggil Captain Night Dinner. Kami berenam makan dengan penuh sopan menu-menu yang terhidang.

Pembuka hidangan

Lobster yang pertama kali saya makan.

Appertizer malam ke 4.
Desert menu malam ke 4.
Ok, ini saja perkongsian tentang makan-makan. Jom sertai Shaklee untuk acara makan-makan yang hebat ini.

Tapi jangan risau, Shaklee sediakan suplemen hebat untuk semua. Saya sendiri bawa bekal Lecithin si pembakar lemak untuk kawal lemak-lemak daripada menempel dalam salur darah.
Suplemen Shaklee sebagai bekal
Jumpa lagi dalam entri akan datang. Salam sayang!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Kelebihan Daftar Ahli Bersama Kami:
 1. Yuran Keahlian Yang Rendah (hanya rm68.90) atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 200 UV (~rm680) dalam 1 Resit.
2. Diskaun Harga Ahli (Jimat 15-20%)
 3. Promosi Bulanan untuk Penjimatan Hebat.
 4. Cash Bonus Bulanan (Walaupun hanya makan sendiri, anda layak apabila cukup point)
 5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & WhatsApp untuk Ahli Shaklee di bawah naungan LNM
 6. Peluang Menjana Income 2-3-4-5 Angka setiap bulan.
 7. Peluang Mendapat Pelbagai Bonus Menarik Seperti Bonus Peribadi, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Trip Percutian Tempatan atau Luar Negara serta Umrah PERCUMA.
 8. Kelas Bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline.
 9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline.
 10. Aktiviti dan hadiah menarik setiap bulan untuk yang aktif berkongsi Shaklee.

Daftar Ahli Shaklee Di Sini: http://www.shaklee.com.my/?joinnow=923339 Klik Join Now/ Sertai Hari Ini

 Sebarang Pertanyaan Hubungi http://NatrahM.wasap.my
 Terima Kasih Natrah Mohamed Founder Legasi Nasih Maju
 SID Since 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design