Percutian Mewah Dengan Shaklee: Ke Coral Island, Phuket

Mahu sambung lagi cerita trip mewah hadiah daripada Shaklee ni. Percutian dengan Shaklee, bukan bersantai-santai saja. Tapi penuh dengan aktiviti yang Shaklee sudah susun rapi. Dan ini peluang para SID berjumpa, bertukar-tukar cerita dan pengalaman. Semasa sarapan atas cruise ni, kami sembang santai namun penuh isi. Masing-masing berkongsi pengalaman berShaklee. Ada yang telah lebih 20 tahun mengusahakan Shaklee, ada yang warisi daripada mak ayah, ada yang lepas pencen baru serius usahakan Shaklee. Semuanya manis bagi mereka. Kerana Shaklee bukan syarikat yang calang-calang. Mereka cukup yakin dengan Shaklee.

Hari ke 3, kami akan turun ke Thailand. Lebih tepatnya, Pantai Phatong, Phuket. Ia destinasi pelancongan yang cukup cantik. Kami berkumpul di Galaxy of Star (tempat berkumpul) dan dibahagikan mengikut nombor bas. Perjalanan kami hari ini panjang.

Ini ringkasannya:
Turun dari cruise naik bot.

Naik bot yang muat 200 orang ke Phatong Beach.

Kemudian naik bas yang muat 36 orang ke Chalong Pier.

Kemudian naik bot ke Coral Island. Kami diberi ubat tahan muntah, air dan tuala kecil. Bot laju ni boleh sebabkan pening dan muntah.

Di Coral Island kami buat acara pantai. Snorkeling, banana boat, parasailing, zipline, dan seawalker. Coral Island ni pulau yang khas untuk acara ini.

Selesai acara yang kami sertai, kami nikmati makan tengahari dan tukar baju.

Jam 1 petang, naik bot semula ke Chalong Pier.

Naik bas semula ke Phatong Road.

Shopping di Phatong road sehingga jam 4.45 petang.

Naik bot yang muatkan 200 orang, ke cruise semula.

Peluang untuk shopping sekejap sangat. Kami hanya membeli di sekitar jalan berhampiran jeti bot. Agar tidak letih sangat untuk menapak semula. Sempat nikmati banana dan mango shake. Serta aiskrim kelapa di tepi jalan. Saya sempat beli beberapa helai baju untuk anak-anak. Sedikit cenderahati untuk kawan-kawan. Sebab tidak tahu nilai kiraan wang dan anggaran harga, rasa tidak cukup jumlah yang dibawa. Hehe. Tak mampu beli banyak cenderahati buat downline LNM.

Meh layan gambar pula.
Pagi. Sebelum turun cruise dan naiki boat ke Pulau Phatong

Di Chalong Pier, kami diberikan ubat tahan muntah. Sebelum menuju ke Coral Island

Dalam bot laju menuju ke Coral Island

Saya masuk acara banana bot.

Papan tanda ini banyak di tepi jalan Phatong Road. Harga jika mahu sertai acara. Penduduk tempatan akan menawarkan pakej untuk sertai. Mereka akan bawa ke pulau-pulau berhampiran untuk nikmati acara pantai ini.

Tuk tuk. Tak sempat untuk naik kerana kesuntukan masa.

Menaiki boat laju selepas acara di Coral Island

Kami berlima yang panik semasa diterbalikkan oleh banana boat. haha. Baca kisah di sini

Acara percuma adalah snorkeling.


Malamnya, kami akan nikmati makan malam bersama captain. Namanya Captain Nights Dinner. Ini adalah tradisi kapal yang belayar, kapten akan turun dan meraikan pelanggannya, iaitu yang menaiki kapalnya. Menu dihidang kalah restoran mewah. Semuanya segar dan sedap. Cerita bab makan, saya sudah ceritakan dalam entri yang lepas: Makan dan makan.

Hadiah buat anakanda. Baju ini saya borong 7 helai. 

Aiskrim ini sungguh enak sekali. Yummy. Terasa nak ke Phuket lagi, untuk nikmati aiskrim ini.

 Doakan saya dapat trip ke Bangkok sesi 2017-2018 ini. Dapat nikmati aiskrim sebegini lagi. Haha.. Oh ya, Shaklee tawarkan trip ke negara rantau Asia sekarang. Tiada lagi trip dalam negara. Jom sertai kami. Seronok sangat. Semua percuma. Untuk makan-makan tambahan dan beli cenderahati sahaja guna duit sendiri. Yang lain, Shaklee tanggung. Selain daripada trip Asia, Shaklee juga ada trip antarabangsa. Samada umrah atau ke negara pilihan lain. Untuk 2017-2018 ini, Shaklee akan bawakan kami nikmati cruise 7 hari 8 malam. Di lautan Mediterranean. Cruise 18 tingkat. Lagi hebat pengalamannya. Naik cruise 10 tingkat pun kami dah terasa begitu seronok, jika 18 tingkat, lagi seronokkan?

Jom sertai LNM. Kami bimbing untuk sama-sama dapat bonus, dapat sertai trip dan berpencen dengan Shaklee.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  10 Kelebihan Daftar Ahli Shaklee Bersama Kami: 

1. Yuran Keahlian Yang Rendah (hanya rm68.90) atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 200 UV (~rm720) dalam 1 Resit.
 2. Diskaun Harga Ahli (Jimat 15-20%)
 3. Promosi Bulanan untuk Penjimatan Hebat.
 4. Cash Bonus Bulanan (Walaupun hanya makan sendiri, anda layak apabila cukup point)
 5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & WhatsApp untuk Ahli Shaklee di bawah naungan LNM
 6. Peluang Menjana Income 2-3-4-5 Angka setiap bulan.
 7. Peluang Mendapat Pelbagai Bonus Menarik Seperti Bonus Peribadi, Bonus Kereta, Bonus Kepimpinan, Trip Percutian Tempatan atau Luar Negara serta Umrah PERCUMA.
 8. Kelas Bimbingan NUTRISI & KESIHATAN oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline.
 9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline.
 10. Aktiviti dan hadiah menarik setiap bulan untuk yang aktif berkongsi Shaklee.
 Daftar Ahli Shaklee Di Sini: http://www.shaklee.com.my/?joinnow=923339 Klik Join Now/ Sertai Hari Ini
 Sebarang Pertanyaan Hubungi http://NatrahM.wasap.my
 Terima Kasih Natrah Mohamed
 Founder Legasi Nasih Maju
 SID Since 2013
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...