expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 21, 2017

Checklist Ke Star Cruise Libra

Alhamdulillah, sekali lagi, saya berpeluang sertai trip mewah Shaklee. Sungguh syukur, ia peluang yang ditunggu-tunggu. Sesi 2016/2017, Shaklee tawarkan local trip ke Phuket, Langkawi dan Pulau Pinang. Menaiki Star Cruise. Teruja sungguh. Pertama kali mahu naiki kapal mewah itu. Yang penting, ia PERCUMA. Bersama sahabat Shaklee lain yang layak. Peserta hanya ada 300 sahaja. Dan saya antara yang layak itu. Ya, daripada berjuta ahli Shaklee di Malaysia ni, saya antara yang bertuah itu. Alhamdulillah 😍

Kami akan bertolak pada Rabu ini, 22 November. Dari Port Klang. Berlepas ke Langkawi, kemudian ke Phuket, dan ke Penang. Kemudian kembali semula ke Pelabuhan Klang pada 26 hb November. Doakan perjalanan kami semua dipermudahkan. Selamat pergi dan selamat balik. Berdebar ni tau. Hehehe..

Kami yang bertuah ni akan bertolak petang Rabu nanti. Ada 2 hari lagi untuk bersiap siap. Jadi, kami buat checklist panjang ini. Untuk rujukan kami. Ni checklist seorang perempuan, ibu menyusu. Mungkin masih belum lengkap. Akan bertambah tambah nanti. Kami dibenarkan bawa 1 beg kargo, dan 1 beg galas atau beg kecil. Jumlah berat tidak lebih 30kg. Jadi, kena rancang barang nak dibawa agar tak berlebihan berat. Terutama apabila balik nanti. Almaklum, nak shopping di Phuket dan Langkawi. Nak belikan hadiah buat LNM tersayang, anak-anak dan keluarga tercinta.

Okeh, check it out!

1. Baju dinner - tema sarong
2. Baju dinner Captain Night
3. Pam susu. Bateri
4. Breast pad
5. Tudung 3 - 4 helai
6. Pasport dan IC (untuk local flight)
7. Baju tidur
8. Kasut/selipar (boleh beli di pantai)
9. Stokin
10. Tuala untuk mandi pantai
11. Power bank
12. Pakaian dalam
13. Toiletteries
14. Charger dan USB
15. Telekung
16. Pakaian harian 3,4 pasang
17. Suplemen Shaklee. Yang wajib Ostematrix, Peppermint, Vitamin C, Lecithin.
18. Universal travel adapter
19. Minyak angin/pil sakit perut
20. Bateri untuk pam susu
21. Plastik untuk baju kotor dan basah
22. Casing phone masuk air
23. Sunblock
24. Icepack untuk simpan susu baby.


Atas cruise nanti, tak boleh seterika baju, jadi kena bawa baju dan tudung yang tak perlu diseterika. Juga keadaan dek agak sempit, kena minimakan peralatan yang dibawa. Nanti nak membeli belah lagi, jadi seboleh mungkin saya bawa seminima yang boleh. Tapi, kita tengok apa yang macamana jadi. Haha.

Ok ok, jap lagi nak mula kemas betul-betul. Sekarang ni, semua benda sedang dilonggokkan di tepi beg.


Baju tajaan S2ufamilies.

Nantikan update terkini dari Star Cruise Libra. Jemput sertai kami di LNM 😍
Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini dan berpeluang sertai trip sesi depan.

Jumpa lagi,
Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Shaklee SeMalaysia.
01127016822.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design