Thursday, July 13, 2017

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Hari Rabu, Nasih nak buat jamuan raya di sekolah agamanya. Dah bincang-bincang, nak buat rendang ayam la. Lagipun masa raya hari tu, kat kampung tak sempat makan rendang. Pergi mana-mana rumah beraya pun, tiada menu rendang ala Kelantan tu. Ada la menu rendang di rumah kawan suami minggu lepas. Sempat merasa sikit. Heheh. Habis hancur detox raya ku. Makan sikit-sikit, rasa tak puas hati jugak.

Meh la kita merendang sendiri. Hahaha..

Ok ni bahan-bahannya:

2 ekor ayam
1 kg bawang merah - separuh hiris, separuh kisar.
3 labu bawang putih - separuh hiris, separuh kisar
4 inci halia - separuh hiris, separuh kisar
4 inci lengkuas - tumbuk/kisar
2 inci kunyit hidup - tumbuk/kisar
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas. Kak Nat guna sikit saja. Sebab nak bagi kanak-kanak makan.
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan (Kak Nat guna 1kg saja)
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
*Sebenarnya, Kak Nat bahagi 2 bawang tu. Separuh kisar, separuh hiris.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas bersama cili.




Bila Kak Nat upload gambar ni ke FB, kawan-kawan dah tau dah nak masak apa.



Hahaha, semua dah pandai masak rendang agaknya.

Ok. Ni cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut.
4. Masukkan sikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 



5. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa.
6. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
7. Taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Siap!



Makan dengan nasi pun sedap.

Ni versi belum masukkan daun kunyit dan belum betul-betul kering.


Dimakan dengan nasi himpit.

Jangan lupa, telan lecithin sebelum makan ni. Sedia membakar lemak. Agar perut tak buncit. Hihi


Terima kasih sudi jenguk blog ni.

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Shaklee SeMalaysia.
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design