expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 11, 2017

Resepi Ayam Percik Mudah dan Cepat

Semalam, entah kenapa, saya teringin sangat menu Kelantan. Ada ayam azzain dan ikan-ikan kecik saja. Ayam dah siap nyah beku sejak tengahari. Cuma tak tahu nak masak apa. Jadi, saya cari resepi di Google. Jumpa resepi ayam percik kat blog Azie Kitchen. Ni blog yang selalu saya intai untuk cari resepi. Heheh..

Ok, tekad nak masak ayam percik. Jom sedia bahan.

Bahan bahannya:

1 ekor ayam - potong 4.
Saya ada ayam azzain yang dah siap potong. Bersihkan sikit-sikit saja.

Bahan Perap:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula atau manisan(gula melaka) - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:

1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam selama 30 minit.

2. Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
3. Masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Boleh diangkat.
5. Bakar ayam. Saya guna pemanggang ajaib. Balik- balikkan ayam hingga betul-betul masak. Saya biasanya guna api perlahan masa awal-awal. Supaya ayam masak sekata.
6. Letak atau lumurkan kuah yang dah siap dimasak bagi kuah meresap kepada isi ayam. Buka api kuat bagi ayam kelihatan garing bahagian luar. Tapi nak lembut semua bahagian, jangan guna api kuat.
7. Dah pastikan ayam cukup masak, boleh diangkat dan hidang.


Makan dengan nasi panas. Sedappp.

Sekiannn..

Selamat mencuba.
Telan lecithin si pembakar lemak siap-siap sebelum makan. Hehehe.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bangi dan Seluruh Malaysia
01127016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design