Tuesday, July 25, 2017

Anak Pertama, Susu Dalam Hari Pun Dah Tak Ada.

Pengalaman manis Kakratu ni dengan produk Shaklee setelah mengandung anak ke dua memang wajib dibaca.

Kak Nat ambil kisah ni dari group belajar dan sharing kami, SID Zon Tengah. Alaa, group santai tapi berisi untuk Shaklee Independent Distributor macam kami ni😉

Kak Nat paste kan balik semua tulisan kakratu untuk pengalaman kita bersama ni tau.



Hari ini giliran saya untuk share tentang Pengalaman Produk Pertama saya.

Sebelum tu Enan perkenalkan diri ye.

Nama sebenar atau nama FB : Hyannan Moktar
Nama panggilan atau branding : Kakratu
Umur : 27 tahun
Anak : 2 orang

Berbalik kepada pengalaman Kakratu.

Kakratu bermula dengan ESP.

Sebenarnya dah lama tahu tentang Shaklee. Rasanya dah 3-4 tahun. Sebabnya cousin memang SID dan dia dah pun di rank coordinator sekarang.

Hari-hari post dia lalu dekat newsfeed. Tak henti. Tak putus.

Memang tak indah sebabnya rasa diri tu tak ada masalah besar mana pun. Tak kronik mana. Dah rasa diri selesa.

Walaupun sebenarnya tak payah cakap. Mak nenek penyakit ada.

Gastrik ada.
Migrain ada.
Rambut gugur ada.
Sembelit ada.
Jerawat ada.
Muka kusam ada.

Yang jadi klimaks Kakratu akhirnya mengalah adalah sebab anak.

Masa mengandungkan anak no 2, ada suara pada Abam Johan aka suami Kakratu. Rasanya macam Kakratu perlukan support. Mengandung kali ini tak sama macam dulu.

Dulu yang pertama kuat. Turun naik tangga, berjalan overseas semua okay. Yang kedua, nak ke dapur pun tak larat. Mengah macam dah marathon satu Melaka.

Kakratu pun mula korek tentang ilmu kesihatan. Google. Baca info yang disharing oleh cousin tadi.

Dan akhirnya Kakratu cuba ESP walaupun rasa mahalnya. Kedekut betul tentang kesihatan sendiri. Padahal yang untungnya badan sendiri. Bukan badan orang lain.

Itupun kedekut tak minum hari-hari. Tapi walaupun tak minum hari-hari, Kakratu still dapat benefit dari ESP.

Susu anak tak henti !

Amazing ! Kakratu terus jatuh cinta.

Anak pertama susu dalam hari pun dah tak ada. Kosong. Losong. Sekarang dah setahun masih banyak. Masih ada. Mencukupi untuk anak.

Kakratu perasan muka anak pun bersih. Putih. Gebu. Progress anak pun cepat.

Ada sekali Abam Johan tegur Kakratu.

Katanya isteri abang ni kulit makin bersih berbanding dulu ye. Tengok hari-hari membuang.

Wah ini dah lebih. Macam melampau je dalam satu ESP boleh bagi macam-macam.

Terus repeat order ESP + Vitamin C dan menambah benda lain hari ke hari.

Seronok dengan Shaklee.

Dalam nak sihat, kita dapat bonus.

Dalam nak duit sikit-sikit, dapat settle barang anak-anak untuk sebulan.

Sekian, sedikit sharing yang dah ter-panjang tentang Produk Pertama Kakratu.

Once Shaklee, Always Shaklee 😘

Inilah KakRatu. Makin cerah kan kulitnya. Kak Nat pun jeles.



Terima kasih sudi baca entri ini. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Nak tanya pasal Shaklee, jangan segan-segan whasap Kak Nat http://www.wasap.my/601127016822

Natrah Mohamed
Shaklee SeMalaysia
Legasi Nasih Maju

Thursday, July 13, 2017

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Hari Rabu, Nasih nak buat jamuan raya di sekolah agamanya. Dah bincang-bincang, nak buat rendang ayam la. Lagipun masa raya hari tu, kat kampung tak sempat makan rendang. Pergi mana-mana rumah beraya pun, tiada menu rendang ala Kelantan tu. Ada la menu rendang di rumah kawan suami minggu lepas. Sempat merasa sikit. Heheh. Habis hancur detox raya ku. Makan sikit-sikit, rasa tak puas hati jugak.

Meh la kita merendang sendiri. Hahaha..

Ok ni bahan-bahannya:

2 ekor ayam
1 kg bawang merah - separuh hiris, separuh kisar.
3 labu bawang putih - separuh hiris, separuh kisar
4 inci halia - separuh hiris, separuh kisar
4 inci lengkuas - tumbuk/kisar
2 inci kunyit hidup - tumbuk/kisar
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas. Kak Nat guna sikit saja. Sebab nak bagi kanak-kanak makan.
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan (Kak Nat guna 1kg saja)
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
*Sebenarnya, Kak Nat bahagi 2 bawang tu. Separuh kisar, separuh hiris.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas bersama cili.




Bila Kak Nat upload gambar ni ke FB, kawan-kawan dah tau dah nak masak apa.



Hahaha, semua dah pandai masak rendang agaknya.

Ok. Ni cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut.
4. Masukkan sikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 



5. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa.
6. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.
7. Taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Siap!



Makan dengan nasi pun sedap.

Ni versi belum masukkan daun kunyit dan belum betul-betul kering.


Dimakan dengan nasi himpit.

Jangan lupa, telan lecithin sebelum makan ni. Sedia membakar lemak. Agar perut tak buncit. Hihi


Terima kasih sudi jenguk blog ni.

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Shaklee SeMalaysia.
011-27016822

Tuesday, July 11, 2017

Resepi Ayam Percik Mudah dan Cepat

Semalam, entah kenapa, saya teringin sangat menu Kelantan. Ada ayam azzain dan ikan-ikan kecik saja. Ayam dah siap nyah beku sejak tengahari. Cuma tak tahu nak masak apa. Jadi, saya cari resepi di Google. Jumpa resepi ayam percik kat blog Azie Kitchen. Ni blog yang selalu saya intai untuk cari resepi. Heheh..

Ok, tekad nak masak ayam percik. Jom sedia bahan.

Bahan bahannya:

1 ekor ayam - potong 4.
Saya ada ayam azzain yang dah siap potong. Bersihkan sikit-sikit saja.

Bahan Perap:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula atau manisan(gula melaka) - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:

1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam selama 30 minit.

2. Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
3. Masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Boleh diangkat.
5. Bakar ayam. Saya guna pemanggang ajaib. Balik- balikkan ayam hingga betul-betul masak. Saya biasanya guna api perlahan masa awal-awal. Supaya ayam masak sekata.
6. Letak atau lumurkan kuah yang dah siap dimasak bagi kuah meresap kepada isi ayam. Buka api kuat bagi ayam kelihatan garing bahagian luar. Tapi nak lembut semua bahagian, jangan guna api kuat.
7. Dah pastikan ayam cukup masak, boleh diangkat dan hidang.


Makan dengan nasi panas. Sedappp.

Sekiannn..

Selamat mencuba.
Telan lecithin si pembakar lemak siap-siap sebelum makan. Hehehe.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bangi dan Seluruh Malaysia
01127016822

Tuesday, July 4, 2017

DetoxRaya Bermula

Hari ni, hari pertama #DetoxRaya. Apa detox raya ni?
Detox untuk buang toksin setelah seminggu lebih beraya sakan. Hahaha.

Masa raya, macam-macam yang dimakan. Perut pun kembali membuncit, badan jadi penat, asyik mengantuk dan selera makan tak boleh dikawal. Ohhh, kena kawal segera. Sebab itu kami cepat-cepat buat program detox ni.

Detox cara Shaklee, 7 hari amalkan menu yang dicadangkan, kawal makan, kawal aktiviti, banyakkan minum air dan ambil suplemen yang disarankan bagi mudahkan badan buang toksin.

Saya dah sertai Detox The Shaklee Way ni sejak tahun lepas. Lepas habis pantang Nazir. Fokus masa tu, nak kuruskan badan. Alhamdulillah, hampir 10kg turun. Selera makan terkawal. Dan badan lebih cergas.

Untuk detox raya kali ni, saya target untuk maintain berat ideal dan buang lemau- lemau badan. Haha. InsyaAllah. Jomm detoxraya😉


Menu detox salah seorang peserta.

Next entri, saya akan kongsikan suplemen detox untuk kefahaman kita semua. Ceewahhh.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee SeMalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design