expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 13, 2017

Cerita di Kuala Kangsar

Alhamdulillah. Jam 6.15 petang kami sekeluarga exit Tol Kuala Kangsar. Dan menuju ke Bandar Kuala Kangsar. Mencari hotel untuk menginap malam ini. Suami waze lokasi Hotel The Shop yang kami persetujui. Jalan agak sesak. Orang keluar untuk beli juadah berbuka agaknya.



Kami sampai ke hotel jam 6.30 petang. Ada bilik kosong dan kami check in.
Hotel ni kecik saja. Macam hotel-hotel murah tetapi rare di Shah Alam.

Meh tengok gambar-gambar.


Dari luar hotel. Memang tertulis The Shop. Kami ingatkan ada kafe yang sesuai untuk berbuka puasa.
Rupanya tiada. Hanya menu kopi dan kekacang.



Kami pilih bilik standard keluarga. RM180 semalam. Jika di website Agoda, dapatlah harga RM160. Tapi suami nak resit untuk claim dari TNB. Kena la bayar melalui kaunter.


Katil single.

Tengok muka cuak Si Nazir tu. Maklumlah sampai tempat baru. Abang-abangnya dah lama tak jenguk hotel. Sebab Nasih dah sekolah rendah, kami dah jarang ikut papanya outstation.

Bilik ini sempit je. Ada ruang untuk solat, dan lalu lalang.
Tapi bilik air agak besar.



Kemudian, masuk waktu maghrib, kami berbuka dengan kurma dan roti yang dibawa sebagai bekal. Lepas solat, kami keluar cari kedai makan. Kafe hotel ni, jual kopi dan arak. Tak jadi la nak beli apa-apa dari situ. Hehehe.

Kami menuju ke Kedai Makan Uncle Jimboy. Terjumpa dalam Google nama kedai ni. Dan ternampak sewaktu perjalanan cari hotel ini.

Menunya agak puas hati. Nasi banyak, ikan siakap masak 3 rasanya sangat besar untuk kami habis kan. Termenung suami nak habis kan nasi nya. Walaupun kami ni berpuasa, tapi kami makan sikit je. Hehehe.



Alhamdulillah. Ni sedikit pengalaman di Kuala Kangsar hari ni. Sebenarnya, ia lokasi persinggahan biasa kami. Perjalanan balik dari atau ke Sungai Petani, kami biasa singgah. Lokasi wajib: Medan Cendol dan Laksa. Tapi sayangnya dah tertulis tutup jam 7 petang hari ni. Jadi kami tak sempat ke sana. Lain kali kami singgah lagi.

Ok. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Cari Shaklee? Meh roger Kak Nat 011-27016822.

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design