Tuesday, May 16, 2017

Pusat Penghayatan Alam Wetland Putrajaya

Nak sambung cerita pasal lawatan segera kami sekeluarga ke Taman Wetland Putrajaya. Hahaha


Seronok tengok itik, burung bangau, undan dan pelbagai nama lagi bersiar-siar di tasik ni. Kak Nat tak tau nama penuh mereka. Anak-anak tanya, Kak Nat bantai jawab je. Huwa huwa.


Lokasi terakhir. Tram hantar ke Pusat Penghayatan Alam. Kemudian kena jalan kaki ke kaunter infomasi, tempat kami naik tram tadi.

Kami masuk ke pusat ni. Tapi tak sempat tengok video yang ditayang. Kami ke toilet dulu. Sementara tunggu bergilir-gilir ke toilet, sempat la Nafiz dan Nasih mewarna. Kertas lukisan dan warna dah tersedia ada.


Ha, warnakan katak tu Nafiz

Kami masuk dan jenguk setiap tingkat.
Tingkat 1, ada slide dan audio tentang wetland. Seronok anak-anak main pijak-pijak keluar rama-rama tu.



Yang ni keluar ikan 😃



Nak tahu pasal wetland, baca semua info terpapar di dinding.


Tingkat 2 ada perpustakaan, sudut main, sudut komputer, dan anjung tinjau.

Tingkat G ada tayangan video. Video jam 12 tengahari dan 3 petang saja. Kami tak sempat tengok.

Ada lift untuk turun naik. Naik tangga lagi jimat masa, sebab ramai menunggu lift. He he.

Kami keluar dari pusat ni hampir jam 1 tengahari. Hujan mula turun rintik-rintik. Kami berlari melalui laluan yang kiri kanannya ada pokok getah. Sempat la perkenalkan pokok getah kepada Nafiz. Kami sampai je di kaunter infomasi, hujan turun dengan lebat. Akhirnya kami menunggu hingga hujan reda sebelum bertolak balik.

Anak-anak seronok dengan pengalaman baru. Perancangan singkat. Google info pagi tersebut dan terus keluar menuju putrajaya. Kami lupa bawa carrier Nazir. Kalau tak, Kak Nat dah naik basikal dah. Haha.



Ni basikal yang boleh disewa untuk meronda lokasi ini sendiri.


Udara segar sangat bila melalui laluan untuk ke tempat burung-burung berehat tu. Angin menderu, sungguh nyaman sekali. Hihi


Jumpa lagi 😃
#KakNat
Muslimah. Jutawan. Dermawan
Shaklee SeMalaysia
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design