Wednesday, May 24, 2017

Ibu Berkerja dan Belajar PJJ Kembali Bertenaga Dengan Vitamin 100 Tahun.

Malam tadi, anak Shaklee Kak Nat, Afifah Mohamad yang cantik melecun ni buat sharing. Cerita kisahnya dengan Shaklee.

Alhamdulillah. Suka baca pengalaman indahnya tu. Meh ikuti kisah Afifah ni.



Saya kenal Shaklee mula tahun 2012 kalau tak silap. Masa tu kak ipar dan abang saya join Shaklee. Jadi diorang pakat promot kat family. Saya ada cuba set untuk kulit macam Vitamin B, C, E, alfalfa. Tapi waktu tu pun makan tak serious sangat. Jadi tak nampak sangatla effect dia. 😅
Makan pun secara tak istiqamah, dan lama-lama stop dah makan.

Tahun 2014 saya kahwin, saya pun tak ingat macam mana saya boleh makan balik Shaklee. Sebab tengok ada lagi botol Shaklee yang tak habis makan & expired date dua tinggal beberapa bulan je lagi. Tak lama lepas saya mengandung & barulah mula nak ambil tau pasal vitamin ibu hamil sebab HB first sekali cek 9. 😳 Masa tu taktau menau pasal HB ni.

Sampaila kena check up tiap dua minggu, makan vitamin yang klinik bagi. HB duk takat 10 camtu. Saya pun buat research sikit pasal vitamin keperluan ibu hamil ni then baru teringat pasal vitamin Shaklee.

Saya roger balik kak ipar saya tapi nampak dia pun tak berapa aktif sangat dah. Then saya order Shaklee melalui kakak kepada kawan yang tengah aktif menjual Shaklee di FB. Sepanjang kehamilan saya order vitamin dengan dia. Alhamdulillah jugakla HB naikla sikit 10.5 duk maintain gitu sampaila nak bersalin baru naik 11. Hehe. Tapi masa ni pun kurang pendedahan pasal hal ehwal penjagaan kesihatan ibu hamil. Anak first katakan. Huhu.

Lepas beranak pulak saya habiskan vitamin yang ada. Masa ni pun taktau vitamin keperluan ibu berpantang. Dalam masa sama anak saya prolonged jaundice. Saya memang tak ambil jamu ke apa-apa. Makan pun tak boleh yang panas-panas macam lada hitam ke memang pantang sungguh. Sebulan jugakla anak saya kena kuning.

Sampaila anak dah masuk 5-6 bulan gitu semakin hari badan makin tak larat nak urus rumah tangga. Tambahan hormon kita pun belum betul-betul stabil kan dalam tempoh tu. Dalam masa yg sama saya memang ambik suntikan perancang. Setakat yg saya tau, side effect dia badan jadi cepat letih, period memang tak menentu.

So, dah lama jugakla duk berasa nak ambil Shaklee semula utk vitamin yg dapat kuatkan badan & kembalikan stabilkan hormon, akhirnya saya roger K. Nat, entah bila friend kat FB taktaula. 😂 Boleh jadi sebab K. Nat graduan UKM, jadi ramailah mutual friends yang UKM. Mungkin ter'add masa belajar full time di UKM dulu.

Sebelum tu, saya memang belajar secara PJJ, sempat belajar full time 3 semester je di UKM. Jadi ni la bekerja sambil PJJ ni memang amatlah memenatkan dengan tanggungjawab keluarga lagi kan.

Atas sebab tulah saya decide untuk ambil vitamin Shaklee. Tapi at the same time kita kena jadi bijak jugak kan. Nak dapatkan harga murah mestilah jadi ahli. Dalam masa sama bolehla tau info tentang vitamin-vitamin ni.

Alhamdulillah lepas consume Shaklee, masalah badan penat tu lama-lama dapt diatasi. Kalau tak, lepas Maghrib je mesti tertidur dengan anak sekali. Kalau malam memang tak larat nak masak dah. Bila makan pun asyik nak beli je, saya pun rasa macam something wrong la pada diri saya ni. Kita ni perempuan bergelar isteri, ibu kalau tak masak, memang pelikla kan. Takkan nak suami kawen dengan peniaga kedai baru boleh nak makan? 😂😂😂

Tak berapa lama jugak dalam sebulan lebih lepas tu, period saya kembali normal. Kalau tak, memang ada bulan yg tak datang period langsung. Ada bulan yg period 15 hari keluar sikit-sikit ja, hari ke-16 keluar darah banyak sungguh berketul-ketul. Jadi bila istihadhah ni, nak beribadah pun sukar. Alhamdulillah sangat hormon kembali stabil.

Antara kesan lain yg saya rasa paling ketara adalah resdung. Sebab secara tak langsung bila ambil alfalfa, vitamin B & C, saya jadi kurang bersin dah. Takde masalah dah nak belasah budu, sambal belacan. Memang peminat tegar sambal belacan. 😜 Sebelum ni macam-macam ubat resdung dah cuba. Yang paling mujarab pun ubat selesema. Haha


Alhamdulillah rasa serasi dengan Shaklee. Sampai mengandung yg kedua ni pun terasa keberkesanan Prenatal Set tu. HB atas pada 11. Lepas dapat tunjuk ajar daripada pakar-pakar dalam LNM ni. Hehe. Cara makan tu kena belajar. Lain orang lain pengalaman kan.

Tak sabar nak ambik Set Berpantang & Set Menyusu nanti. Tak menyesallah join Shaklee ni. Kita dapat ilmu pemakanan & penjagaan kesihatan yg betul. Dah ada ilmu baru kita betul-betul alert & disiplin dalam kehidupan.

Ok sekian saja perkongsian dari saya yang tak seberapa ni. Jangan putus asa untuk sebarkan kebaikan yg kita rasa. Moga manfaat yg dikongsi tu dikira sebagai pahala kebajikan di sisi Allah. 😊

Ha, ni anak Shaklee Kak Nat. Sekarang giat sharing Shaklee. Dah rasa kesan bestkan. Mesti la nak share dengan orang lain.

Nak join rasai kebestsan Shaklee?
Roger Kak Nat 011-27016822.

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Pengedar Shaklee Bangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design