Tuesday, May 16, 2017

Apa ada di Taman Wetland Putrajaya?

Alhamdulillah. Rabu lepas, cuti hari Wesak. Suami dan anak-anak cuti. Kami sekeluarga cari tempat untuk bawak anak-anak mendapat udara segar. Google dan jumpa Taman Wetland, Putrajaya. Kami pun apa lagi, bersiap dan keluar rumah.
Ni alamatnya:

Presint 13, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Jangan tersilap masuk jalan. Nanti tersampai ke taman yang tempat memancing tu.

Sampai di sini, akan melalui pintu gerbang dan tapak yang nyaman.



Kami sampai jam 10.40 pagi dan terus beli tiket tram. RM5 bagi dewasa. RM4 bagi kanak-kanak. Baby percuma.
Kebetulan, tram sedang menunggu untuk bergerak. Terus kami naik dan menikmati pemandangan dan udara segar di Taman ni.



Kami meronda lihat tapak nurseri Putrajaya, lihat kolam burung bangau, berhenti di tempat rehat itik, angsa, bangau, merpati. Banyak jenis dan bangsa. Ingatkan sama jenis je semua. Habitat mereka di kawasan paya bakau.




Khusyuk Nasih dan Nafiz tengok burung dan itik pelbagai jenis tu. Tak pernah tengok. Balik kampung pun, jumpa ayam je. Hehehe.


Nazir pun terpegun sama saksikan aksi burung-burung tu.

Kami rehat2 di sini selama 10 minit. Kemudian naik tram dan sambung ke lokasi seterusnya dan terakhir iaitu Pusat Penghayatan Alam Wetland.

Saksikan dalam pos seterusnya.

Jumpa lagi.

Oh ya, jangan lupa bekalkan tenaga dengan Performance Drink. Bukan minuman bikarbonat. Bukan juga kafein. 😃

#KakNat
Muslimah. Jutawan. Dermawan
Shaklee SeMalaysia
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design