expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 12, 2017

30 Episod Halaqah Kiamat Pasti Datang

Kepada yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk panduan semua.

Kak Nat kiranya simpan sini. Hihi..

Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat.

1. Ep 1 - Penciptaan Alam https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2188547178036559/

2. Ep 2 - Kiamat ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2188734548017822/

3. Ep 3 - Utusan Allah https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2189390401285570/

4. Ep 4 - Fasa Masa ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2190122634545680/

5. Ep 5 - Kejatuhan Empayar Uthmaniyah https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2192357950988815/

6. Ep 6 - Kerajaan yang Menyombong! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2193257597565517/

7. Ep 7 - Taqdir Baru Dunia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2194822787408998/

8. Ep 8 - Jemaah Dajjal ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2195632813994662/

9. Ep 9 - Kesengsaraan di akhir zaman! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2198667263691217/

10. Ep 10 - Isyarat Mata Satu! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2199611160263494/

11. Ep 11 - New World Order! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2200293820195228/

12. Ep 12 - Konspirasi pergolakan semenanjung Arab! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2202311013326842/

13. Ep 13 - Asap Ad Dukhan! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2205307299693880/

14. Ep 14 - Musnahnya Tamadun Dunia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2206214656269811/

15. Ep 15 - Imam Mahdi ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2208279202730023/

16. Ep 16 - Pemerintahan Al Mahdi ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2219053458319264/

17. Ep 17 - Kemunculan Dajjal ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2219721481585795/

18. Ep 18 - Pemerintahan Dajjal ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2220499608174649/

19. Ep 19 - Turunnya Nabi Isa as https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2222008708023739/

20. Ep 20 - Hakikat Yakjuj Makjuj ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2225873210970622/

21. Ep 21 - Era Fasa ke 5 ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2226598324231444/

22. Ep 22 - Matahari terbit dari Barat! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2227337064157570/

23. Ep 23 - Binatang Dabbah ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2229763417248268/

24. Ep 24 - Angin yang menghembus! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2230523070505636/

25. Ep 25 - Kembalinya Kejahatan ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2231306147093995/

26. Ep 26 - Bumi akan Tenggelam ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2232006477023962/

27. Ep 27 - Api yang menghalau Manusia! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2232758466948763/

28. Ep 28 - Kiamat Versi Sains ! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2235105783380698/

29. Ep 29 - Tiupan Sangkakala! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2235906546633955/

30. Ep 30 - Kekuasaan Allah jua! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2236740639883879/

Jangan lupa share !!

Monday, April 10, 2017

Trip Percuma ke Penang- Phuket- Krabi- Penang

Alhamdulillah. Hari ni hati Kak Nat bergumbira. Hehehe.. Kerana terima emel jemputan ke trip Shaklee.

Jangan salah faham dengan gambar. Gambar tunjuk info trip ke Jepun. Kak Nat masih belum layak ke trip Jepun tu. InsyaAllah next cycle. Doakan tauπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ



Tu gambar background untuk jemputan saja. Leader lain yang layak ke Jepun. Point yang dikumpul Kak Nat sepanjang sesi lepas, melayakkan ke Penang- Phuket- Krabi dan kembali ke Penang. Dannnnn yang utamanya, bukan dengan kapal terbang. Tapi naik cruise. Huwarghhhh ini yang sangat mengujakan ni. Naik cruise bermula dari Pulau Pinang, menghala ke Thailand. Berhenti di Phuket dan Krabi. Turun dari cruise, jalan-jalan ke lokasi ini. 4 hari 3 malam wehhhh naik cruise ni. Mana tak terujanya😍😍😍



Ni la rupa cruise tu. Dah tak sabar dah Kak Nat. Tapi, nak cerita cemana boleh dapat ticket dan layak naik cruise ni.

1. Berdaftar sebagai ahli Shaklee
2. Giat sharing Shaklee.
3. Rank up sebagai supervisor dan ke atas.
4. Kumpul point bulanan. Caranya dengan jumlah GUV, hasil kan leader/supervisor bawah kita, dan daftarkan ahli baru dengan pembelian 200 UV.

Ha, ni la cara nak kumpul point untuk layak dijemput naik cruise Shaklee sediakan percuma ni.

Ajommm sesiapa nak merasa jugak. Kita kejar untuk sesi depan. Katanya nak ke Bangkok.

Hubungi Kak Nat untuk sembang lanjut pasal nak naik cruise, nak bisnes Shaklee, nak daftar ahli atau nak beli barang Shaklee. Natrah Mohamed 011-27016822.

Saturday, April 8, 2017

Travelog Umrah: Bertolak Dari Singapura

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah, hari ni baru Kak Nat berkesempatan mencoret catatan nostalgia umrah. Oh, suatu yang sungguh terpaksa di tulis dan disimpan di blog ini. Ia pengalaman mahal. Akan jadi kenangan dan inspirasi untuk laksanakan umrah lagi.

Ok, Kak Nat lupa nak bagitahu, hihihi. Kak Nat pergi umrah pada 17 hingga 25 Mac. Ya. Masa cuti sekolah tu. Ikut pakej Mizwah Travel. Masa daftar, kami daftar bawah syarikat Al Izzah Travel. Namun, hari nak berlepas tu baru Kak Nat tahu, rupanya akan pergi dengan pakej Mizwah Travel. Alkisahnya, pengurusan mereka telah kecil-kecilkan lagi group untuk mudahkan pengurusan. Oh ya, sepatutnua 12 hari kan? Tapi, kami ambil 7 hari saja. Kejap je kan? Sebab tu kami pilih Al Izzah travel ni, kerana ia saja syarikat yang terima group kami seramai 6 orang yang mahu pakej 7 hari.

Oh ya, Kak Nat ke sana dengan bermahramkan abang. Abang seorang guru. Kami 6 orang iaitu Kak Nat dan baby Nazir, Abang Zakuan, Kak Zanariah, Husna (anak saudara) dan Mak kepada Kak Zanariah. Tu la rombongan kecil kami.


Kami bertolak dari Singapura. Ya, kami berenam saja. Kerana ahli rombongan lain dijadualkan naik di KLIA pada jam 9 malam.

Jadi, khamis malam, suami memecut ke JB. Bawa Kak Nat dan baby Nazir ke rumah abang. Esoknya, jam 10 pagi kami bertolak ke Singapura. Menggunakan kereta sewa. Pemandu berpengalaman masuk dan keluar Singapura setiap hari. Singapura ni sebuah negara yang agak ketat pemeriksaan sewaktu keluar masuk. Kami terpaksa bertolak awal, sedangkan penerbangan akan berlepas jam 5 petang. Dari JB, nak masuk Singapura tu senang saja. Pegawai kastam cek passport sahaja. Tapi, bila dah masuk Singapura, kami diperhati, di saring 2,3 lapisan juga. Nasib baik kami naik van. Jadi, muka penumpang nampak dari luar. Nazir saja yang tak nampak. Kerana sedang tidur lena atas riba Kak Nat. Kalau naik bas, penumpang terpaksa turun untuk diperiksa.

Alhamdulillah. Kami lepasi pemeriksaan kastam dengan baik.


Sampai di airport, kami merayap mencari arah hidup. Eh, mencari kaunter check in. Alhamdulillah. Kaunter sudah dibuka. Nampak beg kami berlima tu? Sikit kan? Tu sewaktu nak bertolak. Waktu balik, jadi 2 kali ganda tau. Hahaha..



Lepas check in, kami cari WiFi. Minta password di kaunter dan boleh guna selama 3 jam. Tunjuk pasport dan mereka bagi pasword. Tu la tempoh-tempoh terakhir kami dapat berhubung dengan keluarga dan kenalan, sebelum bertolak ke Arab Saudi.

Perut lapar minta diisi, abang terpaksa tukar duit dollar Singapura dan kami nikmati makan tengahari. Jenuh juga mencari. Hanya 1 atau 2 saja gerai yang halal. Alhamdulillah.

Pengalaman pertama Kak Nat di luar negara ni tau. Ye. Singapura adalah oversea pertama Kak Nat jejak. Cewahhh.. Sebelum ni, sembang dengan suami, nak jadikan Mekah sebagai oversea pertama. Tapi, Allah rezekikan jejak Singapura dulu. Hihihi. Apo-apolah Kak Nat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‰

Ok. Penerbangan kami bertolak jam 5 petang. Kami sempat selfie, solat dan masuk ke terminal.

Layan gambar jommm



Nazir naik stroller airport. Walaupun ada bawa stroller sendiri, tapi Kak Nat terkial-kial nak buka. Gunalah apa yang disediakan.



Beg yang dapat semasa di atas kapal terbang. Beg ni la menjadi beg yang Kak Nat angkut sepanjang di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah.




Nazir di dalam tempat tidurnya. Pramugari mula bagi sewaktu nampak Kak Nat sukar makan sambil pegang Nazir. Sebelum tu, memang Kak Nat pegang je Nazir. Nazir pula suka merayap ke seat orang lain. Adeeeiii.


Menu yang kami nikmati. Terima kasih Saudi Airlines 😍😍😍


Alhamdulillah. Kami selamat sampai di airport jeddah jam 9 Malam waktu sana. Kak Nat sambung dalam next entri ye.

Assalamualaikum πŸ˜‰
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design