Sunday, February 12, 2017

Nanti, sapa nak beli dari aku ?

Petang ni, seorang sideline Kak Nat cerita kisah Shakleenya. Suka Kak Nat nak kongsi kat sini.

KISAH SHAKLEE SAYA

Bismillahirrohmanirrahim...

Nama diberi Naililnajwa binti Mohd Shukri. Boleh panggil Najwa. Umur 30 tahun. Mempunyai dua orang anak. Seorang surirumah separuh masa. Sebab saya ada buat #dropship jual baju untuk ibu mengandung & menyusu. Dan sekarang terlibat dengan Shaklee.

Upline saya, Norjanah Ramli.

Saya kenal Shaklee sejak 2015. Masa tu, tengah pregnant anak yang ke dua. Kebiasaan orang mengandung, selalu lenguh2 kaki, sakit belakang, HB tak menentu. Tu semua saya lalui.

Sebab selalu sangat lenguh2, kakak ipar saya suggest suruh makan #Ostematrix. Suami belikan. Alhamdulillah, lenguh2 berkurang & hilang. Yang paling best, hari2 'membuang'. Best la kan, sebab saya jenis yang susah jugak nak membuang. Dua tiga hari, sekali kot masuk toilet. haih.

#Ostematrix sebab pertama saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Lepas tu, saya start consume #vitalea #bcomplex #vitaC. Memang rasa berbeza dengan pengalaman mengandung anak pertama dulu. HB pon cantik ja. Bila pi klinik, nurse puji, kita pon seronok. Kegembiraan berganda.

Lepas bersalin, saya perasan anak yang kedua ni, bacaan kuningnya tak tinggi mcm anak pertama. Anak lebih tenang (tak menangis tengah2 malam). Mungkin sebab saya amalkan Shaklee. Walaupon sebenarnya, culas jugak nak makan supplemen. Haha. Tapi, saya teruskan makan sampai habis berpantang.

Masa tu, saya beli dengan kakak ipar. Sebab dia ahli. Dan dia pon tak berniat untuk menjual. Beli untul kegunaan sendiri dan tolong beli untuk orang terdekat.

Bila jumpa dengan Janah, dia ajak saya join ahli. Saya kata, saya tak perlu jadi ahli, sebab saya memang dah dapat harga ahli. Janah tak pernah putus asa. Dia tetap ajak saya jadi ahli. Oktober 2016, akhirnya saya daftar ahli bawah Janah. Tapi saya cakap dekat dia, saya jadi ahli untuk beli makan sendiri ja. Saya tak mau menjual.

Suatu hari tu, Janah add saya masuk dalam satu group whatsapp sebab ada kelas, saya tak ingat kelas apa. Banyak sharing yang menarik dalam group tu. Dalam group, mereka bukan share pasal bisness / ajak kita menjual semata-mata, tapi turut ajak kita dekatkan diri pada Allah, pasakkan keyakinan  kita pada Allah. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Mendengar. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Bermula dari situ, saya start bangun buat solat Tahajjud (tidaklah setiap hari), habiskan Kahfi setiap Jumaat, Al Mulk sebelum tidur, & beberapa perkara lagi. Saya jugak berdoa, mintak Allah tunjukkan jalan, kalau Shaklee ini merupakan titik permulaan untuk merubah kehidupan keluarga.

Penghujung bulan January, saya balik kampung, balik rumah tok, mak sedara  datang rumah, dalam sembang-sembang tu, dia cakap anak dia gatal2 seluruh badan (alllergy). Saya terus contact mak, tanya boleh sapu herbalblend tak, mak cakap boleh, saya pon suggest pada mak sedara. Dia cakap dia nak try. Itulah customer pertama saya. Masa tu, belum decide nak berniaga.

Saya tersentak seketika... Inikah petunjuk ? Sebelum ni, saya ragu2. Maklumlah, saya dan Janah kawan sejak sekolah menengah. Lepas tu, sama2 belajar di USIM. Saya selalu kata kat diri, kawan aku dengan kawan Janah kebanyakannya orang yang sama. Nanti, sapa nak beli dari aku.. ?

Allah tunjuk depan mata, bukan semua yang kenal saya, kenal Janah. Memang lepas tu, saya tekad, awal February saya nak mula. Nak tunggu apa lagi. Orang lain semua dah berjaya. Takkan kita nak tengok saja.

Saya dah pon bermula. Cuma saya mintak, tolong doakan saya terus istiqomah dalam apa yang saya buat sekarang.

Rasanya, sampai sini saja kisah saya.

Wassalam.

*****
Ha, kesimpulannya, tak semua orang yang dia kenal, kita pun kenal. Ya. Sedara mara pun orang lain. Yang penting, Allah tentukan rezeki setiap orang. Usaha jemput rezeki. InsyaAllah akan ada yang cari kita untuk beli Shaklee.

Ok. Siapa cari Shaklee? Meh bagitahu Kak Nat.

011-27016822. Natrah Mohamed.
Pengedar Shaklee Bangi dan SeMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design