Tuesday, February 7, 2017

7 Bulan Dah Mula Nak Berjalan

Pagi-pagi dah tolak kerusi!

Alhamdulillah. Usia 7 bulan, Nazir makin laju bab-bab nak melangkah ni. Pagi ni, dia bangun tidur, main kerusi. Tolak sambil berjalan. Ya Allah, Kak Nat terkejut dengan perkembangan dia ni!

Sebab tu cepat-cepat Kak Nat ambil telefon, snap gambar. Moga ia jadi bukti betapa lajunya perkembangan tumbesaran Nazir.

Ya. Nazir tak bulat berisi macam abang-abangnya waktu baby. Namun berat Nazir normal. Dalam graf perkembangan yang betul.

Minggu lepas, misi KKIA tanya,
" Dah boleh bangun merangkak ke dia?"

Kak Nat jawab,
" Dia start merangkak umur 4 bulan lagi. Sekarang asyik bangun dan berdiri, berpegang pada apa-apa yang boleh, nak berjalan dah."

Misi sangat terkejut😱😱😱

Lajunya perkembangan dia😱


Alhamdulillah. Setiap anak berbeza tahap perkembangan pergerakan tu kan. Tapi, Nazir ni, Kak Nat yakin, dibantu oleh pil-pil penguat tulang yang Kak Nat duk telan hampir setiap hari. Semestinya Ostematrix.

Ada kakak ipar cakap,
" Nazir ni banyak otot. Mesti sebab mama dia duk telan ESP tiap hari."
Ha, betul jugak. Dia tak banyak lemak. Tapi badannya ada otot2 yang kuat. Ofkos sangat membantu pergerakan.

Alhamdulillah. Kak Nat rasa, bulan depan, Nazir dah boleh jalan sendiri dah. Meh doakan. Tak payah dukung dah pahni. Hehehe.

#KakNat #Nazir #BabyShaklee #MyMiracle #Sweetheart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design