Thursday, December 8, 2016

Review : Me'nate Steak House Bangi

Me'nate. Dah lama restoran ni buka di Bangi. Kami melintas sambil jenguk-jenguk. Kenangkan poket yang tak tebal, kami tak singgah. Heheheh..

Ye lah, lepas viral isu harga makanan ni mahal, kami pun risau jugak. Takut tersalah pilih daging. Hahaha..

Alhamdulillah. Sabtu lepas, Allah bagi rezeki singgah di restoran ni. Siangnya, Nasih ada majlis konvokesyen tadika. Konon-konon bagi meraikan Nasih la kan. Padahal mak pak yang nak makan.🙈🙈🙈

Petang tu saya Google la info. Cari menu dan cara oder. Maklumlah, kami ni orang kampung, mana biasa masuk restoran mahal-mahal.

Malam tu, lepas Maghrib kami keluar. Terus menuju ke Menate Steak House Bangi. Tak la jauh sangat pun. Alhamdulillah parking betul-betul depan kedai.

Dari jauh pekerja dah senyum bila nampak kami. Ditunjukkan meja kosong. Bila waitress tak datang ambil oder, saya baru teringat, kita kena ambil sendiri daging yang nak makan. Kami panggil waitress untuk kepastian. Hahaha. Jakun sungguh. Kami belek-belek daging dan harga di menu.

Ok, dah tau apa nak makan, kami pi pilih daging. Saya ingat seperti dalam menu. Harga RM30/100gram. Jadi, kena ambil yang paling kecil. Risau pulak terlebih bajet. Dah ambil daging, tunjuk kat suami. Dia angguk setuju je. Bila tukang bayar angguk, terus lega. Tu saya ambil antara yang termurah.

Konsep kat sini, pilih sendiri daging di chiller. Masukkan dalam bakul, nanti pelayan akan tulis kat stiker tampal kat plastik daging. Nak masak jenis apa, nak sos perisa apa. Dah oder kat situ, duduk dan tunggu.

Oh ya, air kordial dan kopi free flow. Ambil je setakat mana yang nak. Syaratnya, kena oder steak dan kena habis kan air yang diambil. Bagus sangat. Tak suka membazir. Amalan syaitan tu...


Nak jugak tunjuk gambar konvo yang tak berapa nak qu puteh ni

Menu Nafiz. Olio oglio dan sosej

Menu Nasih. Sosej dan kentang goreng

Kat situ ada kid menu. Sesuai la untuk anak-anak. Tapi depa oder lain pun, bila makanan mak pak sampai, mereka menumpang kasih jugak.
"Mama, Nafiz nak cuba rasa daging mama tu."
Ni ayat simpati Nafiz. Hihihi. Penuh sopan santun.




Air percuma. Dah sedia. Ambil saja. Tapi kalau air buah, kena oder dan bayar. Jadi, kami minum je Lah air percuma ni. Jimat.


Menu encik suami. Kambing grill. Sos blackpepper. Masak medium

Menu Kak Nat. Steak. Sos black pepper. Masak medium

Sebenarnya, harga daging yang tertulis di plastik pembungkus tu sekali dengan side dishes tu. Kentang putar serta salad. Best saladnya. Asparagus yang Kak Nat tak pernah beli.


Bill semasa nak bayar. Bateri telefon dah kritikal. Blur la gambarnya

Nah, ni bill kami. RM85.

Alkisahnya, sewaktu nak bayar tu, barulah tahu, cashier atau waitress tak key in oder kami. Jadi, tiada rekod untuk mereka billkan. Tak tau salah siapa. Cashier cari catatan oder meja kami tak jumpa.

Maka, terpaksa la kami ingat balik berapa harga kat plastik pembungkus. Dengan yakin Kak Nat ingat menu yang Kak Nat pilih tu berharga rm28. Yang suami punya, ingat-ingat lupa. Tapi RM46 rasanya. Kami bagitahu nama, dan cashier agak-agak harganya. Maka, jadilah jumlah menu termasuk yang anak-anak rm85, setelah tolak diskaun 10%. Sempena apa ntah diskaun tu.

Oh ya, nak citer ni. Masa kami beratur nak bayar tu, orang depan kami bayar RM750. Selamba je swap kad debit or kredit dia. Oleh kerana kami ada isu cashier lupa nak key in tu, kami bagi peluang orang belakang bayar dulu. Amboiii, dia dengan selamba swap kadnya. RM500++. Tak ingat dah exact harga. Mungkin mereka makan beramai-ramai atau memang ambil daging yang mahal. Wagyu kot. Kak Nat teringin nak rasa daging tu. Doakan Kak Nat jutawan tau. Dapat la merasa. Hehehe.. Ntah-ntah daging yang part wagyu tu dah biasa makan masa daging korban. Entah la..

Ok. Itu saja cerita ceriti pasal makan di Me'nate Steak House Bangi. Datang Bangi nak makan kat Me'nate ni, jangan lupa jemput Kak Nat. Kita makan sama-sama. Wakaka.. Pastu tolong bayar. Kak Nat sponsor lecithin si pembakar lemak. Ok?

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Legasi Nasih Maju.


Lecithin membakar dan membuang lemak-lemak yang baru dimakan

Nah, lecithin untuk yang sudi belanja Kak Nat.

Suami cakap, next time kita datang lagi. Makan yang betul-betul masak. Hari tu kami pilih medium. Yang kambing tu liat sikit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design