Friday, November 25, 2016

Sembelit? Jangan Abaikan Panduan Ini.

Semalam Kak Nat sembang dalam WhatsApp dengan seorang kawan yang juga customer Shaklee Kak Nat. Masih lagi berpantang. Sangat suka dan berterima kasih kerana hilang sakit-sakit badan dia yang sedang berpantang tu. Ye lah, baru lepas teran anak keluar, badan nak kembali ke bentuk asal lepas 9 bulan mengandung dan mengembang kan? Lenguh-lenguh dan sakit pinggang tu normal la kepada ibu yang sedang berpantang. Tapi tak kan nak biar je sakit macam tu. Kena cepat-cepat rawat.

Kawan kak Nat ni ambil Ostematrix untuk hilangkan lenguh-lenguh badan dia. Lega dan bahagia sungguh dia rasa. Semalam dia nak repeat oder lagi. Alhamdulillah...

Oh ya, Ostematrix ni bukan saja bagus untuk hilangkan lenguh-lenguh badan, ia juga bantu elak sembelit. Ibu-ibu dalam pantang je yang faham azab seksa bila sembelit ni. Memang terseksa jiwa raga. Nak teran kuat-kuat, baru lepas bersalin, mana boleh kan? Nanti terkoyak lagi luka bersalin tu.

Jadi, bantu la dengan Ostematrix yang kuatkan otot-otot di usus dan salur buang najis tu. He he.. InsyaAllah nak membuang senang. Ikut masa dan jadualnya..

Ada jadual ke? Ya. Ni menurut pensyarah pemakanan yang Kak Nat belajar dulu...

Manusia normal 'membuang' 2 kali sehari tau.

Yang pertama, pukul 5-8 pagi.
Yang kedua, pukul 5 petang-8 malam.

Kalau kurang?
Sistem penghadaman kita berMASALAH atau bakal bermasalah di masa depan!
Boleh sebabkan sembelit dan buasir!
Lagi parah, boleh sebabkan kanser kolon. Ya. Kanser yang nombor 1 kat Malaysia sekarang ni.

Jadi, jangan biarkan macam tu saja. Kena cegah sekarang.

Ni sedikit panduan untuk elak sembelit:
1. Minum air yang banyak. Pastikan air mencukupi berkadaran dengan berat badan kita. 1liter untuk 25kg. Kalau 50kg macam Kak Nat ni, berapa liter? Lu kira la sendiri. Hihi..
2. Makan makanan berserat. Buah, sayur, salad, beras perang tu semua berserat la kan.
3. Kunyah makanan dengan sebaiknya. Ya. Kasi hancur supaya senang perut nak proses.
4. Membuang pada waktu yang tetap. Jika waktu tu masih tak rasa nak membuang, cuba pergi duduk atas mangkuk tandas dengan posisi nak membuang. Ya. Kena latih perut dan minda kita supaya rasa nak membuang tu datang.
5. Jangan tangguh-tangguh. Dalam Islam pun kita tak boleh tangguhkan atau menahan diri dari membuang air jika nak solat. Kalau rasa nak membuang tu, cepat-cepat ke tandas.
6. Banyakkan pergerakan atau senaman yang melibatkan perut.

Ha, ni panduan ringkas je tau. Nanti Kak Nat tulis detail lagi kalau nak tau. Boleh?
Oh ya, jika masih lagi sembelit, elok sangat amalkan Herbalax dan Ostematrix. Kedua-dua ni tersangat membantu untuk elak sembelit. Membuang pagi-pagi lancar je.
Herbalax ada 120 biji sebotol. Harganya hanya RM52 saja. Ostematrix pun ada 120 biji. Harganya RM62 saja. Murah kan?

Meh mesej Kak Nat untuk dapatkan pil cegah sembelit ni.

Natrah: 011-27016822

Natrah Mohamed
Legasi Nasih Maju
Muslimah. Jutawan. Dermawan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design