expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 27, 2016

8 Aktiviti Anak-anak Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula. Alhamdulillah...


Ni Kak Nat listkan apa aktiviti yang boleh buat dengan anak-anak kat rumah. Dalam usaha mengurangkan mereka mengadap gajet, laptop maptop, TV bagai.


Anak-anak


1. Buat playdoh. Buat bersama-sama anak. Dah boring main, simpan dalam peti ais. Minggu depan keluarkan pulak. Resepi playdoh rujuk bawah entri ni.

2. Buat belon gergasi. Eh, buih sabun tu. Yang tiup-tiup tu. Boleh baca kat sini. Cara buat belon buih sabun.

3. Hafal surah-surah. Bagi task untuk hafal surah ikut kemampuan. Pastu bagi hadiah ikut pencapaian.


4. Betulkan bacaan solat dan pergerakan dalam solat. Yang ni kena buat jadual jugak ni.

5. Buat kreativiti / origami. Oh, banyak bersabar bila anak-anak main kertas dan gunting ni. Habis sepah 1 rumah. Rumah Kak Nat la tu. 😝😝😝Rumah hampa memang sentiasa kemas kan?

6. Latih anak-anak dengan kemahiran ikut tahap mereka. Masa ni la nak ajar kan. Ajar basuh pinggan cara yang betul, ajar lipat baju, gosok baju, kemas rak buku, sapu sampah.

7. Buat aktiviti kemas rumah. Setiap hari target apa yang nak dikemas. Contoh: sapu sarang labah2, lap tingkap, cuci kipas, cabut rumput, cuci bilik air, kemas almari pakaian yang dah bertahun tak kemas tu. Opsss. Hahaha. Apa2 la. Jangan banyak2, nanti terlajak kemas rumah hampa tu, tak syokkk pulak.

8. Tambah la lagi aktiviti apa yang sesuai. Tulis kat komen ye. Kita sama-sama kongsi input dan pengalaman.


Resepi Playdoh.. Selamat dimakan. Hahaha..


Bahan-Bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1 sudu besar serbuk cream of tartar
2 sudu besar minyak
2 cawan air


Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau adunan.
2. Letakkan atas api perlahan.
3. Sentiasa kacau adunan hingga kenyal hampr-hampir macam dodol.
4. Padamkan api dan biarkan sejuk sikit.
5. Bahagikan doh dan uli ikut warna kesukaan.
6. Boleh terus main dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama.

Contoh Playdoh yang telah dihasilkan

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)
 Jutawan. Muslimah. Dermawan.
Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1
Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design