Tuesday, August 9, 2016

Catatan Pengalaman Mama Na

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi. Hari ini dah 44 hari baby Nazir dilahirkan. Anak lelaki ke 3 saya.

Saya nak kongsi pengalaman bersalin di sini. Satunya sebagai rujukan saya sendiri. Keduanya sebagai panduan buat pengunjung blog ini. Moga ia boleh dimanfaatkan sebaiknya..

25 Jun 2016, appointment terakhir dengan doktor pakar di Hospital Azzahrah, Bangi. Dr Noraini. Saya ke sana dengan suami. Anak-anak tinggal dengan adik ipar kat rumah. Kami keluar awal pagi sebelum anak-anak bangun. Nafiz waktu ini memang tak boleh ditinggalkan depan mata. Dia akan menangis meraung-raung. Hahaha.. Biasa la, tanda-tanda nak dapat adik.

Masa jumpa doktor, masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Dr Noraini sarankan saya masuk ke wad pada hari Ahad jam 11 malam. Doktor sarankan induce jam 3 pagi. Dijangka bersalin jam 9 pagi. Doc punya perancangan gitu la.

Jadi hari tersebut, saya boleh shopping baju raya lagi. Kami balik ambil anak-anak dan adik-adik ipar di rumah. Bawa ke shopping complex yang boleh parking. Masa tu Warta / Giant saja yang ada parking. Tu pun di Kawasan bangunan sebelah. Jenuh berjalan pusing shopping complex, salah satunya supaya mudah bersalin. Hahaha..

Hari Ahad malam Isnin, saya dan suami keluar untuk masuk wad. Cadangnya nak keluar awal lagi, tapi Nafiz menangis dan merayu-rayu tak mau ditinggalkan. Mati kutu jugak saya. Nak nangis sama-sama Nafiz rasanya. Akhirnya saya nekad tinggalkan dia. Adik-adik ipar tolong jagakan.

Sebelum keluar rumah, saya telan 8 biji ostematrix. Ikut saranan beberapa sideline yang dah bersalin. Kami daftar masuk wad jam 1 pagi. Bawak bekal untuk suami bersahur juga.

Jururawat datang cek pergerakan jantung baby sebelum induce. Guna alat nama CTG yang pasang kat perut tu.
Bidan datang induce jam 3 pagi. Sejak induce, terus rasa contraction. Suami setia di sisi, baca Quran dan berzikir.

Saya sempat makan sikit nasi yang dibawa. Sambil-sambil layan kontraksi tu, lapar juga.

Lepas sahur dan solat subuh, suami balik ke rumah. Nak uruskan anak-anak dan adik dia nak kerja. Dia tinggalkan buah kurma dan air selusuh yang baru dibuat. Sambil2 tahan sakit contraction tu, saya minum 2 teguk air selusuh. Tak larat nak makan buah kurma.
Suami janji nak datang lepas hantar anak-anak ke tadika. Mungkin jam 8 pagi. Sempat la masuk labour room kerana saya dijangka bersalin jam 9 pagi.

Jam 6.35 pagi saya dah sakit sangat-sangat. Terus tekan loceng kecemasan, panggil nurse.

Saya dibawa ke bilik bersalin jam 6.45 pagi. Tapi... Lama menunggu di situ sebab doktor sedang sambut kelahiran bilik sebelah.

Seksa sangat rasa sebab sepanjang masa kontraksi. Dalam bilik tu, bidan-bidan berusaha untuk tenangkan saya. Ye lah, saya dah bersedia untuk teran, tapi kena tunggu doktor. Bidan berikan telefon bimbit saya, untuk saya hubungi suami. Tapi kerana terlalu sakit, saya tak mampu nak telefon suami. Mungkin suami tengah sibuk uruskan anak-anak.

Bila doktor datang je, terus saya teran dan baby keluar kepala. Teran kali ke 2, keluar bahu. Alhamdulillah. Anak ke 3.
7.15pagi, 22 Ramadhan 1437H/27 Jun 2016.

Pengalaman ni berbeza sungguh dengan anak yg 1&2. Dua anak sebelum ni, lama sangat dalam labor room. Anak 1, masuk ke labour room jam 12 tengahmalam. Dicucuk bius dan jam 6 pagi baru bersalin. Anak ke 2, jam 12 tengahari masuk labour room, bersalin jam 1.15 tengahari. Masa tu suami ke masjid untuk solat Jumaat.

Anak yang ke 3 ini pun suami tak berada di sisi. Lepas siap jahit dan saya rasa badan dah rileks, saya hubungi suami. Bagitahu dah bersalin. Suami nak datang segera, tapi jalan jem waktu pagi. Orang nak pergi kerja kan. Hehehe..

Gitulah pengalaman indah kelahiran anak ke 3, Ahmad Nazir bin Ahmad Sofiyuddin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design