expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 2, 2016

5 Cara Hentikan Bayi Menangi




"Banyak ruam ni puan. Bedung dengan kain nipis je lah puan. Kain lampin ni pun ok. Sekarang musim panas, kesian kat baby."

👆👆👆 ni antara nasihat jururawat yang datang lawat dan periksa saya dan bayi masa awal-awal kelahiran dulu.

Saya pun ikut la nasihat tu. Tak bedung langsung kadang2 tu. Alhamdulillah. Konsisten mandikan dengan Basic H dan sapu krim Herbal Blend lepas mandi, ruam-ruam di lipatan lengan dan leher Nazir mula hilang.

Saya tak bedung sebab Nazir akan meronta-ronta nak keluarkan tangan. Kesian punya pasal, saya buka dan biarkan tangan terkeluar. Rupanya ia sebabkan dia tak lena tidur. Cepat menangis dan selalu nak menempek dengan saya.

Ok, ni saya nak share beberapa cara nak hentikan tangisan bayi. Sesuai untuk bayi baru lahir. Nak apply pada bayi yang dah tak berapa bayi pun boleh. Hahahaha 😃😃😃

1. Bedung
Masa dalam kandungan, bayi dah biasa dibalut/dikelilingi dengan cecair amnion (air ketuban la uolls). Rasa best dibalut tu dia terbawa-bawa ke alam dunia ni. Memang masa mula-mula nak bedung tu dia rasa tak best, meronta-ronta. Tapi bila dah lama, dia akan rasa best. Macam dalam kandungan dia rasa. Tidur pun lena dan tidak la terkejut2 dengan suasana sekeliling.
Bedung dengan apa-apa pun boleh. Kain batik, kain sarung, bedung instant atau bedung manual tu. Ikut suka hati la. Bedung ni pengganti pelukan ibu atau penjaga. Tak kan nak peluk dia 24 jam. Tak makan minum la uolls. Heheh.

2. Buaian
Masa dalam kandungan, bayi dah biasa naik buaian ni? Bila pulak? Masa ibu-ibu duk Bergerak situ sini, berjalan tu, macam menghayun dia la. Syokk dia tidur. Sebab tu masa ibu berehat atau tidur, bayi dirasakan aktif bergerak. Ha, masa ni dia bangun la. Sambil tendang2 dia tanya, "kenapa dah stop ni? Tak best la mama." 😂😂😂
Di alam dunia ni, kita boleh buai dengan tangan. Hayun2 sambil berzikir tu. Syokk dia. Dapat throwback zaman duduk dalam kandungan. He he.. Ada ibu-ibu letak bayi dalam buaian kain tu kan. Hati2. Cari yang selamat untuk bayi. Cer google cari yang sesuai. Buaian kain tu tak selamat tau.

3. Menghisap.
Masa dalam kandungan, bayi dah biasa hisap jari dia. Dah lahir ni, nak hisap jari, ada sarung tangan pulak. Tak best ! Wakakaka. Bila nangis cuba bagi je dia hisap jari ibu jika dia dah kenyang menyusu. Bayi saya, banyak kali dia termuntah balik susu. Rupanya dah cukup susu yang sepatutnya dia minum. Tapi sebab dia terbiasa menghisap masa dalam kandungan agaknya, dia teruskan menghisap. Bila agak-agak bayi dah kenyang, cepat-cepat tarik puting. Burpkan dia. Risau tersedak susu pulak.
Cuba ibu-ibu bagi jari (yang bersih). Mesti dia boleh berhenti nangis. 

4. Bunyi sssshhhh..
Masa dalam kandungan, bayi dah terbiasa bising. Bunyi perut ibu yang sentiasa memproses makanan (ibu kan suka makan 😂😂😂), bunyi degupan jantung ibu, bunyi2 dari luar, semua ni membuatkan dalam alam rahim tu cukup bising. Bila keluar je ke dunia, kita tersalah paham pulak. Nak suruh semua senyap, letak kat tempat sunyi2. Dia akan nangis sebab tak biasa.
Patut la bayi saya, abang2 dia menjerit, bergaduh, melompat-lompat tepi dia, dia syokk je layan tidur. Rupanya dia dah biasa. Ada sesetengah bayi, waktu malam berjaga. Sebab suasana sunyi tu dia tak biasa. Menakutkan bagi dia kot. Hehehe.

Eh, macamana nak hentikan bayi yang tengah menangis ni? Buat bunyi SSSSHHHH tu kuat2 di telinga dia. Lebih kuat daripada bunyi tangisan tu. Bila ada suara yang lebih kuat, dia akan berhenti menangis dan cari suara tersebut. Fokus dia dah beralih kepada kita. InsyaAllah senyap la tu 😃

Ok. Ada 1 lagi cara. Pegang bayi bila dia menangis. Banyak teknik pegang. Payah nak cerita sini. Tapi keadaan kedudukan masa pegang tu boleh buatkan dia throwback zaman dalam kandungan, jadi dia rasa selesa dan berhenti nangis. Jika ada masa, saya cerita lagi kaedah pegang tu.
Ok?
Share jika bermanfaat. Saya dengar ceramah tentang ini semalam. Semasa rumah terbuka Ar Rushd Mart dan Susu Kambing Wildan. Sampai sekarang saya tak tau nama penceramah tu. Tak sempat dengar intro. 😃😃

#NatrahMohamed
#IbuAnak3
#Mama3Ahmad
#ElmuKeibuBapaan

Alhamdulillah. Terima kasih baca entri ini.

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design