expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 30, 2016

Pengalaman Hamil ke 3




Ramai yang terkejut dan tanya saya, betul ke mengandung 9 bulan ni?

Ni gambar 2 hari sebelum bersalin. Berat nanang jugak. Tapi ramai yang tak perasan saya tengah mengandung. Termasuk jiran-jiran dekat perumahan saya.

Adakah berat saya tak naik? Naik jugak. Tapi stabil dan tak menyebabkan saya mengalami diabetes. Oh ya, masa mengandung anak 1 dan 2, berat saya naik mendadak. Sampai kena minum air gula. Berkali-kali kena buat ujian MGTT. Seksa wooo kena telan air manis letting dan test darah setiap 4 jam. Tapi syukur tak perlu cucuk insulin.

Tapi yang ajaib dan syukurnya, kandungan ke 3 ini, saya disahkan TIADA diabetes. Masalah-masalah kesihatan lain juga tiada. Semuanya stabil dan smooth sepanjang 9 bulan tersebut.

Saya boleh sertai program IMKK, MMM, IMPI dan beberapa kelas anjuran Richworks sepanjang bulan Mac-Jun 2016. Dah la masa di program, ramai yang tak perasan saya tengah sarat. Berkali-kali kena berdiri dalam komuter dari Bangi ke KL sentral sebab tiada tempat duduk. Siapa yang pernah pergi program IMKK dan MMM mesti tahu kan, peserta-peserta pakat berdiri atas kerusi lama-lama dengan penuh semangat. Ajaibnya, saya pun boleh berdiri lama-lama di atas kerusi hingga ibu mengandung di kerusi sebelah pun terkejut. Sedangkan kandungan dia lebih muda dari saya, tapi dia tak larat untuk berdiri lama.

Apa rahsianya? Bila dia tanya, saya pun terus hulurkan OSTEMATRIX yang saya makan setiap hari. Hehehe. Ostematrix tersangat membantu bagi elakkan kaki krem dan lenguh-lenguh badan.

Oh ya, berat badan saya tak naik dengan mendadak. Alhamdulillah. Sepanjang Hamil, saya amalkan makan nasi menggunakan beras perang. Di rumah saja beras perang. Waktu di luar, semasa program atau beli tapau, nasi beras putih macam biasa. Selain itu, saya ambil Lecithin dan Omega Guard bagi elakkan berat naik. Maklumlah, 2 suplemen ni bantu bakar lemak. Oh ya, kedua2 ni BAGUS untuk kuatkan ingatan dan cergaskan minda. Memang terbaik untuk ibu dan anak dalam kandungan.

Saya juga konsisten dengan set asas untuk semua iaitu Vitalea, B Complex, ESP dan Vit C. Ha, ni memang sentiasa ambil. Semua orang boleh makan. Lebih-lebih lagi ibu mengandung, menyusu dan dalam pantang. Saya tak ambil vitamin yang hospital bagi.

Saya bagitahu doktor dan doktor pakar yang ditemui,
"Saya tak ambil vitamin hospital bagi. Saya makan suplemen Shaklee."
Doktor jawab,
"Oook. Bagus. Teruskan!"

Macamana doktor tak kata bagus, semua result bagus dan tiada masalah sepanjang kehamilan. Takkan doktor nak paksa ambil yang klinik punya lagi kan..







Oh, inilah serba sikit pengalaman saya sepanjang hamil anak ke 3. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Nanti saya sambung cerita amalan saya sepanjang tempoh ini. Sungguh seronok. Tak sabar nak kongsi.
Kawan-kawan, terima kasih sudi baca.


Alhamdulillah. Jumpa lagi dalam entri akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design