Saturday, July 30, 2016

Pengalaman Hamil ke 3




Ramai yang terkejut dan tanya saya, betul ke mengandung 9 bulan ni?

Ni gambar 2 hari sebelum bersalin. Berat nanang jugak. Tapi ramai yang tak perasan saya tengah mengandung. Termasuk jiran-jiran dekat perumahan saya.

Adakah berat saya tak naik? Naik jugak. Tapi stabil dan tak menyebabkan saya mengalami diabetes. Oh ya, masa mengandung anak 1 dan 2, berat saya naik mendadak. Sampai kena minum air gula. Berkali-kali kena buat ujian MGTT. Seksa wooo kena telan air manis letting dan test darah setiap 4 jam. Tapi syukur tak perlu cucuk insulin.

Tapi yang ajaib dan syukurnya, kandungan ke 3 ini, saya disahkan TIADA diabetes. Masalah-masalah kesihatan lain juga tiada. Semuanya stabil dan smooth sepanjang 9 bulan tersebut.

Saya boleh sertai program IMKK, MMM, IMPI dan beberapa kelas anjuran Richworks sepanjang bulan Mac-Jun 2016. Dah la masa di program, ramai yang tak perasan saya tengah sarat. Berkali-kali kena berdiri dalam komuter dari Bangi ke KL sentral sebab tiada tempat duduk. Siapa yang pernah pergi program IMKK dan MMM mesti tahu kan, peserta-peserta pakat berdiri atas kerusi lama-lama dengan penuh semangat. Ajaibnya, saya pun boleh berdiri lama-lama di atas kerusi hingga ibu mengandung di kerusi sebelah pun terkejut. Sedangkan kandungan dia lebih muda dari saya, tapi dia tak larat untuk berdiri lama.

Apa rahsianya? Bila dia tanya, saya pun terus hulurkan OSTEMATRIX yang saya makan setiap hari. Hehehe. Ostematrix tersangat membantu bagi elakkan kaki krem dan lenguh-lenguh badan.

Oh ya, berat badan saya tak naik dengan mendadak. Alhamdulillah. Sepanjang Hamil, saya amalkan makan nasi menggunakan beras perang. Di rumah saja beras perang. Waktu di luar, semasa program atau beli tapau, nasi beras putih macam biasa. Selain itu, saya ambil Lecithin dan Omega Guard bagi elakkan berat naik. Maklumlah, 2 suplemen ni bantu bakar lemak. Oh ya, kedua2 ni BAGUS untuk kuatkan ingatan dan cergaskan minda. Memang terbaik untuk ibu dan anak dalam kandungan.

Saya juga konsisten dengan set asas untuk semua iaitu Vitalea, B Complex, ESP dan Vit C. Ha, ni memang sentiasa ambil. Semua orang boleh makan. Lebih-lebih lagi ibu mengandung, menyusu dan dalam pantang. Saya tak ambil vitamin yang hospital bagi.

Saya bagitahu doktor dan doktor pakar yang ditemui,
"Saya tak ambil vitamin hospital bagi. Saya makan suplemen Shaklee."
Doktor jawab,
"Oook. Bagus. Teruskan!"

Macamana doktor tak kata bagus, semua result bagus dan tiada masalah sepanjang kehamilan. Takkan doktor nak paksa ambil yang klinik punya lagi kan..







Oh, inilah serba sikit pengalaman saya sepanjang hamil anak ke 3. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Nanti saya sambung cerita amalan saya sepanjang tempoh ini. Sungguh seronok. Tak sabar nak kongsi.
Kawan-kawan, terima kasih sudi baca.


Alhamdulillah. Jumpa lagi dalam entri akan datang.


Thursday, July 21, 2016

20 Job Scope How Housewives Earn Money Online!




20 Job Scope How Housewives Earn Money Online!!

Ha, tajuk Bahasa Melayunya: 20 skop kerja bagaimana surirumah jana kewangan online. Sayalah surirumah yang jana duit online tu. Sambil jaga 2 anak teruna di rumah. Hehehe..

Ni senarai 20 skop kerja saya:

1. Marketing
2. Sharing
3. Sales
4. Servicing
5. Sponsoring
6. Blogging
7. Facebooking
8. IGing
9. Coaching
10. Mentoring
11. Online Class
12. Logistic
13. Follow Up
14. Consultation
15. Guiding
16. Teamwork
17. Motivation
18. Positive Emotional and Mindset
19. Pray to God HARD
20. Enjoy!

24/7 available to order Online
COD on arrangements
Online Payment
2-3 Days delivery
.
Hebat kan skop kerja saya?

Siapa bos? DIRI SENDIRI
Siapa approve cuti? DIRI SENDIRI
Siapa punch card? DIRI SENDIRI
Siapa tentu increment bonus? DIRI SENDIRI
Siapa nak marah? DIRI SENDIRI
Siapa nk monitor?  DIRI SENDIRI

Semuanya DIRI SENDIRI !!

----

Side Income? Full Income? Ayuh tanya saya!
Berbaloi-baloi bersama Shaklee
.
Jom sertai Shaklee dan menjadi salah seorang pengedar Shaklee tetap di kawasan anda 😊
.
📲📲📲 011-27016822. Natrah Mohamed
3 tahun biz Shaklee dari Rumah
Lebih 100 downline seluruh Malaysia.
.
Adakah anda ingin jadi yang seterusnya? Memberikan servis Shaklee kepada hampir 10-20 juta rakyat Malaysia/Indonesia (boleh juga). PM  / WA Natrah Mohamed. 011-27016822.


Monday, July 4, 2016

Catatan hari 1




Susu perahan untuk anakanda.

Masa hari pertama dilahirkan, Nazir di bawah pemantauan hospital. Dipasang oksigen nurse cakap. Oleh kerana saya dah bagitahu nak fully breastfeeding, nurse minta saya perah susu. Bayi tak boleh dibawa turun ke bilik ibu. Jadinya, susu perlu dibawa ke nurseri.

Masa tu tiada pam. Tiada botol or alat-alat lain. Nurse bagi botol dan saya minta picagari. Setelah baca sharing dari LC Faliyana yang bersalin awal 2,3 hari daripada saya, saya ambil keputusan untuk perah susu dan masukkan dalam picagari. Kalau masukkan dalam botol, nampak terlalu sedikit.
Oh ya, hari pertama, susu awal yang keluar adalah kolostrum yang teramat penting bagi kuatkan imun bayi.

Bila serahkan susu 6cc tu kepada nurse, dia cakap, "wah, banyak ni."
Gumbira hati mak nak 😃😃😃

Ya. Hari pertama, jangan harap susu melimpah ruah. Dapat setitik dua pun dah cukup untuk kenyangkan bayi.

InsyaAllah, hari-hari ke seterusnya, banyak la. Asal kan ada permintaan dan penawaran.

Mahu dapat kan set menyusu dan bersalin Shaklee, boleh hubungi saya.


Hubungi saya, Natrah Mohamed 011-27016822 untuk sebarang pertanyaan. InsyaAllah saya bantu sebaiknya.

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Selamat hari raya. Mohon maaf atas salah silap..

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan
Legasi Nasih Maju


Sunday, July 3, 2016

40 Minggu dan Terawih



Bismillahhirrohmanirrohim.

Saya nak share pengalaman sendiri.

Ini minuman kegemaran kami:
Vivix + Performance Drink.
Minuman rasmi ibu berpantang dan bapa berterawih (Macam pelik je istilah ni..)

Alhamdulillah. Bantu untuk kekal bertenaga.

Sejak dari awal Ramadan lagi, ini minuman bekalan kami ke masjid. Boleh la saya berterawih hingga 8 rakaat dan sambung solat-solat sunat lain sikit. Masa tu saya sedang sarat mengandung. Kiranya duk tunggu  hari dan saat untuk bersalin je.

Seksa jugak nak solat masa tengah sarat. Tapi saya gagahkan jugak ikut imam. Pernah 2,3 kali solat sambil duduk di kerusi. Tapi rasa tak best jugak. Tak dapat sujud dan rukuk kan. Jadi, saya kuatkan semangat, solat dengan sempurna.
Tak menumpang kerusi atau duduk.

Alhamdulillah. Hingga malam ke 22 Ramadan, saya mampu berterawih. Berimamkan tok imam di Masjid atau Tok Imam Suami di rumah...

22 Ramadan, saya selamat melahirkan Mujahid ke 3 kami. 😃😃😃

#NatrahMohamed
#DiariPantangDanMenyusu
#Mama3N


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design