expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 21, 2016

DETOX berjemaah: 10 sebab badan perlu detox!

Assalamualaikum...

Bulan ni, Shaklee Malaysia lancarkan detox secara berjemaah. Alhamdulillah, pengguna dan penggemar Shaklee menyambut baik usaha detox/ proses buang toksin yang dianjurkan Shaklee ini. Program selama sebulan (30 hari) dan pengguna Shaklee bebas lakukan bila-bila masa. Group kami yang dianggotai lebih 400 orang melakukan detox dan bermula secara rasmi semalam, Selasa 19 April 2016. 


Detox oleh kumpulan FLY

Eh, ada yang tak tahu apa itu detox?

Meh kita baca sikit maksud detox ni.

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Ha, ulasannya panjang jugak. Tapi kalau baca 10 sebab kenapa perlu detox ni, insyaAllah akan paham dan rasa nak detox cepat-cepat badan kita kan? Kan? Kan?

10 Sebab kenapa PERLU detox:

Sumber daripada: Blog Babykawaiistore

1. Keluarkan toksin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

2. Mengelakkan penyakit kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..


3. Menguatkan sistem imun

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan. Ha, suka kan? Boleh cepat kurus gittew!

5. Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untuk kembali bertenaga..

8. Membaiki tahap kesihatan kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..

9. Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Amacam, banyak kan kelebihan detox ni?

Nak tahu cara detox yang disarankan Shaklee? Tunggu next entri tau. Atau kalau dah rasa tak sabar-sabar lagi, boleh jenguk wall page saya, Natrah Mohamed.

Entri akan datang, saya akan share menu yang disarankan oleh Shaklee.
Jumpa lagi..

Nak sertai group DETOX kami? Hubungi saya +601127016822.
Saya bantu untuk sama-sama detox :)

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. Moga bermanfaat :) 

Jutawan. Muslimah. Dermawan. 
Natrah Mohamed 
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. 
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design