Thursday, March 31, 2016

Sungguh tak sangka! Perempuan-perempuan itu pernah...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih berpeluang menulis di sini. Kali ni saya nak cerita, apa yang saya tak sangka dalam program MMM. Ala, Millionaire Marketing Mastery, anjuran Richworks, syarikat milik Dr Azizan Osman.

Saya sertai MMM, daftar sendiri, ke Shah Alam naik komuter, awal pagi Jumaat 25hb. 6.40 pagi sudah terpacak di komuter UKM. Suatu perkara yang normal dilakukan oleh mereka yang keluar berkerja. Saya tak pernah rasa pengalaman ini. Ini pertama kali saya naik komuter jam 6.40 pagi. Lihat orang lain bersusah payah keluar awal pagi, saya terasa begitu bersyukur. Suami tak pernah suruh saya keluar berkerja. Jika tak, mungkin saya juga sebegini, lepas subuh sudah keluar rumah. Balik malam. Oh, tidak.

Eh, kembali ke cerita MMM, naik komuter dari stesen UKM, sampai di KL sentral jam 7.25 pagi. Di sana menunggu tren seterusnya ke Shah Alam. Jam 7.52 barulah tren sampai. Alhamdulillah. Sepanjang jalan, dapat tempat untuk duduk. Dapatlah saya isi masa dengan membaca Quran dan terjemahan. Nak tegur orang sebelah kiri, dia tidur, nak tegur yang sebelah kanan, dia sibuk main games. Maka, saya fokus habiskan bacaan Quran. Ye lah, 1 juz 2 hari, kena pergunakan masa-masa yang ada.

Sampai di stesen Shah Alam, saya menyapa seorang gadis yang menjinjing beg pakaian?
"Nak ke mana dik?"

"Saya nak ke IDCC."

"Oh, sama lah tujuan kita. Adik dah ada kenderaan?"

Dipendekkan cerita, kami naik teksi yang sama, berkongsi tambang ke IDCC. Adik ni datang dari Kedah. Sama2 alumni IMKK.

Terima kasih Allah, mudahkan urusan kami. Jam 8.45 pagi saya ke bahagian pendaftaran dan masuk ke dewan. Acara masih belum mula. Sehingga jam 9 pagi susuk tubuh Dr Azizan muncul di pentas.

Semua teruja dengan kemunculan DAO. Macam artis pulak disambut dan diraikan. Hehehe.. Seronoknya dalam dewan tu, anda akan rasai sendiri jika sertai mana-mana program DAO. Terutama IMKK yang biasa mengumpulkan 4000 lebih peserta. Program MMM ini disertai 500 peserta. Sorakan dan tepukan taklah semeriah dalam IMKK. Tapi seronoknya dapat menghadap kembali muka guru kami, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Eh, apa yang saya tak sangka dalam MMM ini?

1. Pada sesi petang, hari ke 2, DAO menjemput seorang wanita yang mungkin dikenali oleh kebanyakan wanita berumahtangga di Malaysia. Puan Diyana Tahir. Penulis buku Revolusi Hati. Saya salah seorang followernya saja. Sungguh tak sangka, dia peserta program-program DAO dan aplikasi apa yang diajar oleh DAO dan sekarang sedang bersiap untuk migrasi ke luar negara.


Puan Diyana Tahir


2. Pada malam hari ke 2, sesi Hot Seat bersama 10 peserta yang pernah sertai MMM anjuran Richworks dan sekarang sedang menjana pulangan puluhan ribu hingga ratusan ribu sebulan.

Salah seorang peserta adalah friendliest saya. Saya sangkakan dia sertai IMKK pertama kali pada oktober 2015. Rupanya, dia sudah sertai program DAO sejak 2012 lagi. Sekarang dia sudah keluarkan produk sendiri setelah bertahun membuat pelbagai bisnes. Alhamdulillah. Namanya Puan Marziana Shukri, penulis eBook Letopkan Jualan di IG.


Puan Marziana di pentas MMM.

Walaupun saya hanya kenali Puan Marziana di FB saja, tapi saya sungguh kagum dengan kesungguhan dan kejayaan yang telah dhasilkan selama ini.


Apa yang bermain-main di fikiran saya waktu dalam dewan MMM dan sehingga sekarang?

"Kenapa la aku tak ikuti program DAO sejak dulu? Kenapa la aku menyampah tapi tak mengkaji DAO dan cuba ikuti program anjuran DAO dulu?"

Sebenarnya, ramai yang kenali DAO akibat menyampah dengan dia. Mereka mengkaji dan mahu mencari bukti bagaimana orang sebegini boleh mengubah kehidupan orang lain. Ya. Saya la salah seorang yang menyampah dan tak percaya itu.

Sekarang ni, saya berjanji akan ikuti program DAO dari dekat, walau apapun halangannya. InsyaAllah.

Eh, saya belum cerita lagi bagaimana saya boleh sertai program MMM ini dan bagaimana susah payahnya saya nak ke sana.

Tunggu entri akan datang ya.


Natrah Mohamed di MMM

Jumpa lagi dalam entri akan datang.

Assalamualaikum.

Natrah Mohamed
#LegasiNasihMaju
Usahawan muslimah jutawan.
Pengedar Shaklee no 1 di Bangi dan seluruh Malaysia.
011-27016822


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design