expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 10, 2016

Pengalaman IMKK: Part 2

Bismillah walhamdulillah...

Saya nak sambung cerita pasal IMKK ni tau. Hehehe. Keterujaan masih terasa. Macamana saya boleh terlibat dan tahu pasal IMKK ni? Ha, IMKK ni dah lama. Tapi saya pun baru tahu. Ada kawan-kawan yang telah pergi, share di FB cerita mereka dalam IMKK. Salah satu cerita yang saya baca dan menyebabkan saya mahu sertai adalah, oleh Tuan Syaizul Amal. Suami kepada novelis Ain Maisarah. Antara beberapa point yang menarik-narik hati saya untuk sertai adalah bagaimana beratus-ratus orang dalam dewan itu, mengeluarkan rokok masing-masing dan melempar ke tong sampah, seolah-olah sanagat benci dengan rokok. Katanya dalam dewan itu ada 8000 orang dan beratus-ratus daripadanya adalah perokok. Ada seorang ibu yang begitu teruja melihat anaknya membuang kotak rokok, melompat dari kawasan wanita dan menyerbu ke arah anaknya untuk memeluk dengan penuh kesyukuran. Begitu bahagia hati seorang ibu bila melihat anaknya mahu berhenti merokok. Saya tertanya-tanya bagaimana cara yang dibuat oleh DAO yang sebabkan ramai berhenti merokok. Satu lagi, cerita Tuan Syaizul Amal, suasana yang terlalu ramai orang, staffnya diminta bawa sejadah sendiri dan mereka solat berjemaah di tepi dewan. Dalam program IMKK ini, peserta diingatkan untuk menjaga solat dan banyakkan istighfar serta selawat. Bagaimana pendekatan yang dibawa oleh DAO yang bukan ustaz itu untuk mengajak 1 dewan peserta IMKK sentiasa mengingati Allah? Inilah yang saya tertanya-tanya dan membawa hati saya kuat untuk mengisi borang ke IMKK pada 4 hingga 6 Mac 2016 yang lalu.

Saya ambil tiket general. Yuran RM997. Tapi apabila berkongsi dengan 3 orang lain, jumlah setiap orang bayar adalah RM249 sahaja. Saya nekad beli tiket tersebut dan kemudian baru cari 3 orang untuk berkongsi harga dengan saya. Alhamdulillah, beberapa adik junior UKM mahu sertai. Walaupun niat asal saya untuk membelanja adik bongsu saya sertai. Tapi dia tak dapat berikan komitmen pada tarikh tersebut. InsyaALLAH, IMKK seterusnya, saya akan pastikan adik-adik dan suami saya dapat hadir sebagai peserta. Aminnn.

Ok, sambung cerita pasal di IMKK. Saya sampai ke dewan lewat. Hampir jam 9.30 pagi selepas uruskan pembatalan polisi eTiQa Takaful di Klang. Baca cerita part 1 pasal pendaftaran seawal jam 7 pagi. Dewan Ideal Convention Centre yang penuh dengan 4000 peserta ini sentiasa gamat dengan tepukan, sorakan, gelak ketawa dan sahutan I sambil berdiri di atas kerusi. Ya, saya pernah tengok video-video di IMKK yang tunjukkan peserta berdiri di atas kerusi. Dan sekarang saya mengalaminya sendiri. Bangun dan berdiri di atas kerusi dengan penuh keterujaan. Bukan kena denda hokey! heheheh. Dr Azizan Osman boleh berdiri dan bercakap berjam-jam di atas pentas, menyebabkan saya terfikir, tak penatkah?

"Tuan puan tahu mengapa saya boleh berdiri dan bercakap berjam-jam tanpa henti begini? Ya, kerana saya begitu teruja untuk menyampaikan ilmu kepada anda semua. Kalau saya tiada keinginan dan semangat itu, saya tak mampu berdiri dan bercakap begini daripada pagi sampai malam."


Dr Azizan sudah memberikan jawapan kepada persoalan saya. Terima kasih Dr.

Hari pertama tamat jam 12.30 malam. Banyak yang kami belajar. Terutama tentang emosi diri dan manusia lain, formula MESTI, kepercayaan diri, bagaimana merubah diri, teknik SWITCH untuk menghalau perkara negatif dan meningkatkan positif dalam diri. Semua ini tajuk-tajuk besar. Masuk IMKK dan rasai sendiri serta fahami sendiri. Saya tak mampu untuk ulas panjang kerana risau ia akan disalah ertikan. Malam tersebut, 12 alumni program IMKK serta program Dr Azizan yang lain berkongsi kejayaan mereka selepas mengikuti kelas-kelas dan mengaplikasi ke dalam kehidupan dan bisnes mereka. Teruja betul saya mendengar perkongsian mereka. Terutama oleh Khairul Nizam, seorang OKU yang hanya mampu gerakkan 2 jari tangan kanannya. Beliau dulunya terbaring di rumah, sekarang memiliki syarikat minyak wangi jenama sendiri. Alhamdulillah, Allah bantu jika kita mahu.


Sepanjang program, masa diberikan secukupnya untuk solat dan makan. Tapi saya selalu masuk lambat kerana saya peruntukkan masa rehat tersebut untuk membaca Al-Quran. Jika dah masuk ke dewan, tak sempat untuk baca dan habiskan 1 juz untuk 2 hari. Jadi, saya selalu melangkah ke dewan lebih lewat serta tak berebut dengan ratusan orang yang bersesak untuk masuk dan merebut tempat di hadapan. Maklumlah, tiket general, sukar untuk dapat tempat di bahagian depan. Orang yang memiliki tiket Super Supreme dan Diamond boleh masuk daripada pintu depan dan kuranglah sikit bersesak tersebut. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan. Ada kerusi kosong di bahagian agak depan serta berhampiran dengan skrin :) Setiap kali duduk di mana-mana kerusi, saya berpeluang untuk berkenalan dengan sahabat positif baru.

"Awak tak penat dan sakit pinggang ke berdiri lama-lama?" Tanya seorang wanita di kerusi sebelah saya.
Saya senyum dan menggeleng.
"Sakit kaki sikit-sikit tu adalah. Alhamdulillah ok."

Keterujaan untuk melihat, menyalin dan mendapat input sebaiknya daripada Mentor menyebabkan saya sanggup berdiri lama di atas kerusi. Ya, seluruh dewan berdiri atas kerusi, jika kita duduk, kita tak nampak apa berlaku di depan. Jadi, pilihan yang ada, hanyalah berdiri juga dan mengikuti penuh semangat setiap slot yang diadakan. Oh ya, saya juga bekalkan badan dengan nutrisi terbaik dari ladang. Semestinya Shaklee.

Bekalan vitamin untuk kami sekeluarga.

Selepas makan tengahari, saya ambil Vitalea dan B Complex untuk bekalkan tenaga.

Sepanjang program saya pastikan minum air secukupnya. Saya bawa bekal air yang dicampur vivix dan pastikan meminumnya dengan kerap. Maklumlah, program habis jam 12.30 malam. Nak keluar dari dewan ambil masa setengah jam. Suami jemput di kawasan parking. Hampir 1 jam baru boleh keluar dari parking dan sampai ke bilik hampir jam 2 pagi. Badan perlukan rehat secukupnya, namun keterujaan dengan energy yang dapat sepanjang program, sebabkan mata sukar untuk lelap. Hehehe..

Ok, ini saja perkongsian saya untuk part 2. Mungkin akan disambung lagi, insyaAllah. jenguk-jenguk blog saya untuk baca part 3 pula. InsyaAllah.

Jumpa lagi :)

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. Moga bermanfaat :)
 Jutawan. Muslimah. Dermawan.

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
011-27016822

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design