4 Mac 2016, seawal jam 6.30 pagi, saya, suami dan anak-anak bergegas ke Shah Alam. Menuju ke Ideal Convention Centre (IDCC) yang terletak di Seksyen 15. Tujuan kami mendaftar untuk IMKK yang katanya ada 4000 peserta bakal berkumpul di dewan besar ini. Saya seorang saja pesertanya. Hahaha.. Suami ambil cuti untuk menemankan dan hantar saya ke sana, sambil jaga anak-anak. Oh ya, IMKK adalah singkatan bagi Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan.
Kami sampai lebih kurang jam 7.45 pagi dan saya bergegas untuk mendaftar. Alhamdulillah, senang sangat prosesnya walaupun orang telah ramai. Banyak kaunter dan pemudahcara ada di mana-mana saja untuk membantu. Kami isi borang yang disediakan dan hantar ke kaunter pendaftaran untuk disemak, kemudian ke meja mengikut tiket yang telah dibeli untuk dapatkan buku catatan IMKK serta nametag. Selesai.
![]() |
Siap daftar IMKK |
Kami sampai di Klang jam 8.15 pagi. ETiQa buka jam 9 pagi. Maka kami makan dan lepak-lepak di kedai dulu sementara menantikan branch eTiQa buka. Selesai urusan menamatkan polisi eTiQa Takaful, kami bergegas ke IDCC dan saya masuk ke dewan. Manakala suami dan anak-anak menunggu di luar dewan. Fuhhh. menjejak kaki ke dewan yang penuh dengan 4000 orang peserta dari seluruh negara termasuk juga dari Singapura, Brunei dan Indonesia, sungguh mengujakan. Dr Azizan Osman sedang bercakap. Bercerita pengalaman bagaimana dia dari seorang yang hampir muflis, berhutang situ sini, dikejar along, anak yang hampir dihalau oleh ayahnya kerana mencagar rumahnya bagi membuat pelaburan yang dikatakan bakal mendapat keuntungan 200% dan mampu membayar segala hutang piutang yang telah dibuat. Bagaimana beliau pernah terduduk dan tak mampu berbuat apa-apa selama 4 bulan pada tahun 2009 selepas bercerai walaupun waktu itu, kejayaan dan kekayaan mengelilingi diri. Bagaimana beliau boleh berubah daripada seorang yang tiada arah hidup selepas bercerai, tetapi kembali menyinar dan membantu puluhan ribu rakyat Malaysia ke arah kejayaan dan kekayaan dunia akhirat.
Saya rasakan orang yang sedang bercakap di hadapan saya sedang menceritakan keajaiban-keajaiban yang dihantar oleh Allah untuk orang-orang terpilih. Hanya yang terpilih saja mampu bangkit dan meneruskan hidup secara luar biasa hebat. Allahuakbar.
Eh, panjang pula cerita saya ni. Saya sambung dalam entri seterusnya ya. Saya akan ceritakan pengalaman dalam IMKK secara ringkas. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang berminat menyertainya di masa akan datang, InsyAllah.
Jenguk lagi ya.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment