expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 31, 2016

Perbaharui lesen perniagaan SSM.

Alhamdulillah.

Dah renew pendaftaran syarikat.

Ya. Kak Nat berniaga Shaklee dari rumah. Secara online. Tapi Kak Nat daftar perniagaan tau. πŸ˜ƒ

Tahun lepas lambat renew. Kena denda πŸ™Š

Kali ni renew awal-awal sikit. Untuk 2 tahun terus. Kak Nat pergi renew di SSM UTC Pudu. Alhamdulillah. Dipermudahkan..

Nak sertai team Legasi Nasih Maju? Hubungi Kak Nat 011-27016822.


#LegasiNasihMaju #PengedarShaklee

Friday, December 23, 2016

Tips Gigi Kekal Menawan

Gigi Sihat Menawan

Masalah yang biasa berlaku pada ibu hamil adalah, sakit gigi, gigi mula goyang, dan bengkak gusi.

Ni biasa Kak Nat sendiri alami masa hamil anak sulung dan ke 2. Masa hamil tu la sakit gigi menyerang dengan sesuka hati. Owh, seksa tak terkata. Sakit gigi ni boleh sebabkan migrain dan rasa nak hempas kepala ke dinding. Adoiii.

Ni Kak Nat kongsikan sikit panduan untuk ibu-ibu hamil. Bukan ibu pun boleh je amal.


1. Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
2. Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
3. Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
4. Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais. Vitamin C juga bagus untuk elak gusi berdarah.
5. Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
5. Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala

Masa Kak Nat hamil anak 1 dan 2 dulu, terpaksa cabut gigi. Doktor cakap, IBU Hamil TIADA MASALAH untuk cabut gigi. Mereka akan berikan ubat pelali dos paling rendah dan sesuai untuk ibu hamil.

Jumpa doktor jika:

✔ Gusi berdarah dengan banyak
✔ Gusi sangat sakit
✔ Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
✔ Gigi longgar
✔ Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
✔ Gigi terasa sakit

Alhamdulillah. Sepanjang Kak Nat mengandung anak ke 3, tiada masalah gigi sakit.
Kak Nat amalkan pil kalsium yang bernama Ostematrix. Syukur sangat, dengan adanya ostematrix tersangat membantu.

Ye lah, masa kita hamil ni, kalsium badan kita diserap oleh baby. Kita cukup atau tak cukup kalsium, baby serap je. So, bila kita makan ostematrix, kalsium cukup. Gigi tak mereput dan longgar. Maintain cunnn je.


Cukupkan kalsium harian ibu

Ibu-ibu yang alami masalah sakit gigi ni, apa kata cuba amal ostematrix. Kak Nat memang sangat puas hati la... Very recommended orang kata 👍👍👍

Tapi kalau gigi berlubang, kena jumpa doktor untuk tampal atau cabut tau.

Terima kasih sudi baca blog Kak Nat. Kak Nat tengah cari orang untuk buat part time bisnes dari rumah. Bonus tiap-tiap bulan. Kalau berminat, whasap Kak Nat 011-27016822.
Eh, nak cuba ostematrix pun guna no yang sama tau. Tata 👐👐👐


Sunday, December 18, 2016

Wanita Ini Resah. Setelah Amalkan Ini, Dia Kembali Ceria

Alhamdulillah, kelas USB kami berjalan  lancar. Walaupun hari ni Sabtu, masih sempat bersharing-sharing dan cerita pasal bisnes Shaklee. Ni Kak Nat nak share pasal seorang leader Shaklee. Namanya Noriah Ibrahim. Atau dikenali sebagai C.Yah. C.Yah ni Kak Nat dah biasa jumpa. Pertama kali jumpa semasa family day Surijunior tahun 2014. Kami banyak berjumpa di alam maya. Sembang-sembang dalam group whasap kami. Berkongsi masalah, pengalaman dan tanya soalan-soalan pasal produk Shaklee :)

Jom baca kisah kejayaan C.Yah sebagai pengguna Shaklee.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum semua..harini C.Yah nak share sikit SUCCESS STORY C.Yah yang ke-2 sebagai pengguna 😍❤😘

Daripada TIDAK berjaya menyusukan anak sulung sehingga 2 tahun sehingga C.Yah BERJAYA menyusukan anak ke-2 sehingga 2 tahun
.
C.yah dulu betul-betul kenal shaklee dengan "SET MENYUSU"
.
Memandangkan C.Yah tidak berjaya menyusukan anak sulung C.Yah sehingga 2 Tahun..hanya dapat menyusukan 3bulan sahaja membuatkan anak ke-2 C.Yah nekad cari bantuan supplement untuk menyusukan anak ke-2 ni sehingga 2 tahun.
.
Masa tu dlm bulan tahun 2012..anak ke-2 C.Yah masa tu dah 5bulan..& masa tu jgk nak masuk bulan puasa. Ya Allah risaunya takut anak ke-2 C.Yah ni x dpt susu yg cukup membuatkan C.Yah nekad cari supplement yg berkesan untuk bagi susu meriah & tak drop masa bulan puasa nnti.C.Yah tak nak & takut sangat anak ke-2 pun tak dapat menyusu sehingga 2 tahun..takut sgt2..
.
Masa tulah tiba2..muncul post sharing upline C.Yah, Master Nini tentang set menyusu shaklee. Apa lagi terus google cari info pasal shaklee.
.
Baca pasal company semua..pasal set menyusu semua..dah yakin baru pm master nini gtau nak cuba alfalfa dulu trial pack 90biji. Dulu C.Yah mampu beli trial pack alfalfa sahaja. Sedihkan?😭😭😭
.
Sepanjang puasa tu duk amik alfalfa jerlah..Alhamdulillah..alfalfa saja pun susu cukup tuk anak c.yah..xder drop2..mmg cukup2 untuk dia. Alhamdulillah..sampailah lepas raya hujung bulan 8..nini ajak join ahli buat bisnes shaklee.
.
Masa tu c.yah dah aktif buat biz online dropship. Nak cuba ESP punya  pasal..tnya asben untuk join ahli sbb disamping nk tambah income tgh aim 1 set menyusu lengkap..duk bc testimoni semua best2..teringin nk consume 1 set lengkap terutama ESP. hehe..
.
Alhamdulillah..lepas tu dapat beli 1 set menyusu lengkap bonus dapat kurus lagi dengan set menyusu tersebut. Alhamdulillah..& yang paling C.Yah happy sangat-sangat dapat menyusu anak C.Yah cukup 2tahun dalam masa yang sama..dapat income masa tu RM3K selepas join ahli 6 bulan C.Yah naik supervisor..dapatlah RM3000.

Set Menyusu Shaklee

.
Syukur sangat2..dengan shaklee ni..supplement dapat mkn..bonus pun dapat..tu BEST sangat2 tuπŸ˜„πŸ‘..beli shaklee..share pasal shaklee dapat bonus bykπŸ˜„πŸ‘..Alhamdulillah.
.
Setakat ni dulu sharing C.Yah sebagai pengguna shaklee yg BERJAYA dengan SET MENYUSU shakleeπŸ˜„πŸ‘..
.
Terima kasih sudi membaca success story c.yah yg ke-2 ni😍😘..
.
Assalamu'alaikum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mahu dapatkan set menyusu? Klik sini atau whasap Kak Nat 011-27016822.


Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)
 Jutawan. Muslimah. Dermawan.
Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
011-27016822

Friday, December 16, 2016

7 Sebab Shaklee Kukuh

Assalamualaikum, malam ni kami sembang dan berbincang pasal Kukuhkah Shaklee? 
Dikendalikan oleh Dr Farhanah Ibrahim. Seorang Dr buat bisnes Shaklee secara part time. Tapi income 5 angka, Alhamdulillah, hebat.

Sebelum Kak Nat join Shaklee, tak tau pun Shaklee ni syarikat yang dah lama. Dah lebih 100 tahun dan sangat kukuh hingga sekarang. Apa bukti kukuh? Meh kita sama-sama kaji.

1. Vitamin pertama dunia berumur 101 tahun pada tahun ini (2016). Sampai sekarang pun vitamin tu masih lagi ada. Namanya Vitalea yang dihasilkan oleh Dr Forrest C Shaklee. 

Kalau nak tahu, asal usul perkataan VITAMIN yang diguna pakai sampai hari ini adalah dari Vitalea tu la.


Multivitamin pertama dunia

2. Bermula dari Vitalea - 1915 kemudian pencuci organic pertama dunia Basic H 1960 dan serbuk protin dari sumber non-gmo iaitu ESP tahun 1972. 3 produk ni pun masih bertahan sampai sekarang.

3 produk terawal Shaklee
3. Shaklee adalah pengeluar product supplement. Kalau diikutkan tak perlu buat ujian klinikal sebab hanya mengeluarkan "makanan tambahan" (supplemen), tapi sebab nak pastikan kualiti, Shaklee buat juga. 

100 000 ujian klinikal setiap tahun

Nak buat ujian ni memerlukan kos yang tinggi tau. Tapi Shaklee laburkan beratus billion hanya untuk R&D. Bukan R&D 8 bulan je dah keluarkan produk.                       
Tetapi shaklee spend years and years of study and research. Yang buat bukan cikai2. Tapi doctors, scientist, researcher, professor.
Saintis Shaklee diketuai oleh Dr Bruce Daggy

4. Sejak ditubuhkan tahun 1956, bangunan Shaklee masih teguh berdiri sampai sekarang.          Masa MAS, CIMB, dan syarikat2 gergasi buang ribuan pekerja, shaklee masih setia bayar bonus semua SID dan leaders tanpa gagal. Shaklee bukan MLM head hunting (cari orang) tapi menjual produk yang sentiasa dicari sepanjang zaman.



5. Kalau nak tau, bukan bab product je tau Shaklee mengekalkan prinsip semulajadi ni. Tapi termasuklah juga bangunan, pencahayaan bangunan. 

Head Office (HO) Shaklee di Pleasanton, California dibina cukup unik! Bangunan HO Shaklee ni didesign oleh syarikat arkitek terkenal Gensler. Konsep bangunan ni berdasarkan komitmen Shaklee iaitu "Living in Harmony with Nature"

Kebanyakan bangunan ini menggunakan benda semulajadi, termasuklah bahan-bahannya, warnanya, udaranya termasuklah cahaya yang digunakan di dalam bangunan ni
Karpet dan  dindingnya daripada bahan-bahan 'recycle'. 😱😱😱      
Ada aircond tak ek bangunan shaklee ni? Takkan takda kot? MEMANG TAKDA PUN. terkejutzz okeh!


Lampu pun guna teknologi 'motion sensors' - kalau ada pergerakan lampu akan nyala. Kalau tiada motion ia mati sendiri (jimat lektrik kan?)


TIADA AIRCOND dalam bangunan ini. Mereka cuma guna udara semulajadi (pengudaraan dibuat oleh satu kipas gergasi & dari bawah lantai)

Tapi kalau cuaca Malaysia buat camni mau kena stroke haba kita semuaπŸ˜‚πŸ˜‚

Waktu siang, bangunan ini guna cahaya natural ja daripada luar, kalau perasan dalam gambar tu ada banyak tingkap kaca. 


Tingkap kaca ni sebenarnya guna 'electronic sensor' - cahaya boleh tembus masuk sampai 80% tapi still tak panas!



6. Tak payah nak susah-susah buat R&D sendiri, buat produk, build up stock sampai kena sewa kedai, semua ni kita boleh skip tau dengan Shaklee.                     
 Register membership bayar RM69 terus boleh dapat bonus 4 angka! Best ke best?? Tapi wajib berkongsi khasiat dan kebaikan Shaklee la kan.




7. Pencen dengan Shaklee. Apa istimewanya pencen dengan shaklee ni?  
Saya bagi contoh upline saya, Master Farihah. Suami isteri umur 30-an dah pencen cikgu, balik kampung duk dekat dengan mak ayah. Di Kodiang, Kedah. Ayah sakit masuk wad boleh jaga sepenuh masa. Tak payah nak minta-minta cuti bagai sampai kena perli dengan kawan sekerja.

3 buah kereta dibayar dengan bonus Shaklee.  Renovate 2 buah rumah pakai duit bonus tak perlu buat loan sekupang pun. 
Selain itu, ada time freedom. Bebas nak masuk ofis jam berapa pun. Ofis dikelilingi anak-anak yang sedang membesar.                        


Beza usahawan Shaklee


Purata Bonus bulanan dalam Shaklee

Sewaktu mula-mula mendaftar 3 tahun lepas, saya memang target untuk jana pendapatan dengan Shaklee. Alhamdulillah, sehingga sekarang saya tak pernah gagal dapat bonus Shaklee setiap bulan. Pendapatan 4 angka pada pertengahan bulan tersangat membantu untuk menampung keperluan seharian dan membayar kehendak sebagai mak dan wanita. Hehe.. Ye lah, berada di rumah, setiap hari login FB nampak segala iklan baju tudung cantik, mesti teringin kan? Ha, dengan bonus Shaklee la saya beli nya. Selain disimpan sebagai persediaan masa depan.

Teringin nak bonus dengan Shaklee juga? Meh saya tunjuk ajar. Team Legasi Nasih Maju sedang berkobar-kobar sebarkan manfaat Shaklee dan jana income samada secara part time atau fulltime.

Yang mana pilihan? Tentukan sendiri!


Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. 
Moga bermanfaat :) 
 Jutawan. Muslimah. Dermawan. 
Natrah Mohamed 
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
 011-27016822

Wednesday, December 14, 2016

Kenapa Kita Nampak Tua?



Semalam Nasih tanya soalan,
"Kenapa orang jadi tua?"

Selain daripada sebab umur bertambah, ia juga sebab kolagen makin berkurang.
Jenuh la Kak Nat nak terangkan pasal kolagen ni.

Pagi ni tunjuk gambar ni, terus Nasih angguk paham. Kan mudah lagu tu. Budak. Hati terang. Mata clear πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Badan kita ni, dah cecah2 angka 30an, kolagen badan makin berkurang. Tu yang kedut sana sini.
Perlu bantuan kolagen luar. Kolagen terbaik mesti la yang saiznya super kecikkkk. Senang badan nak serap. Kolagen SHAKLEE le tu.
Dengan Promosi cun melecunss bulan ni, pasti tak rugi..



Cepat-cepat PM Kak Nat atau Whasap ke 011-27016822 untuk pastikan badan dapat kolagen terbaik.


Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan

Thursday, December 8, 2016

Review : Me'nate Steak House Bangi

Me'nate. Dah lama restoran ni buka di Bangi. Kami melintas sambil jenguk-jenguk. Kenangkan poket yang tak tebal, kami tak singgah. Heheheh..

Ye lah, lepas viral isu harga makanan ni mahal, kami pun risau jugak. Takut tersalah pilih daging. Hahaha..

Alhamdulillah. Sabtu lepas, Allah bagi rezeki singgah di restoran ni. Siangnya, Nasih ada majlis konvokesyen tadika. Konon-konon bagi meraikan Nasih la kan. Padahal mak pak yang nak makan.🙈🙈🙈

Petang tu saya Google la info. Cari menu dan cara oder. Maklumlah, kami ni orang kampung, mana biasa masuk restoran mahal-mahal.

Malam tu, lepas Maghrib kami keluar. Terus menuju ke Menate Steak House Bangi. Tak la jauh sangat pun. Alhamdulillah parking betul-betul depan kedai.

Dari jauh pekerja dah senyum bila nampak kami. Ditunjukkan meja kosong. Bila waitress tak datang ambil oder, saya baru teringat, kita kena ambil sendiri daging yang nak makan. Kami panggil waitress untuk kepastian. Hahaha. Jakun sungguh. Kami belek-belek daging dan harga di menu.

Ok, dah tau apa nak makan, kami pi pilih daging. Saya ingat seperti dalam menu. Harga RM30/100gram. Jadi, kena ambil yang paling kecil. Risau pulak terlebih bajet. Dah ambil daging, tunjuk kat suami. Dia angguk setuju je. Bila tukang bayar angguk, terus lega. Tu saya ambil antara yang termurah.

Konsep kat sini, pilih sendiri daging di chiller. Masukkan dalam bakul, nanti pelayan akan tulis kat stiker tampal kat plastik daging. Nak masak jenis apa, nak sos perisa apa. Dah oder kat situ, duduk dan tunggu.

Oh ya, air kordial dan kopi free flow. Ambil je setakat mana yang nak. Syaratnya, kena oder steak dan kena habis kan air yang diambil. Bagus sangat. Tak suka membazir. Amalan syaitan tu...


Nak jugak tunjuk gambar konvo yang tak berapa nak qu puteh ni

Menu Nafiz. Olio oglio dan sosej

Menu Nasih. Sosej dan kentang goreng

Kat situ ada kid menu. Sesuai la untuk anak-anak. Tapi depa oder lain pun, bila makanan mak pak sampai, mereka menumpang kasih jugak.
"Mama, Nafiz nak cuba rasa daging mama tu."
Ni ayat simpati Nafiz. Hihihi. Penuh sopan santun.




Air percuma. Dah sedia. Ambil saja. Tapi kalau air buah, kena oder dan bayar. Jadi, kami minum je Lah air percuma ni. Jimat.


Menu encik suami. Kambing grill. Sos blackpepper. Masak medium

Menu Kak Nat. Steak. Sos black pepper. Masak medium

Sebenarnya, harga daging yang tertulis di plastik pembungkus tu sekali dengan side dishes tu. Kentang putar serta salad. Best saladnya. Asparagus yang Kak Nat tak pernah beli.


Bill semasa nak bayar. Bateri telefon dah kritikal. Blur la gambarnya

Nah, ni bill kami. RM85.

Alkisahnya, sewaktu nak bayar tu, barulah tahu, cashier atau waitress tak key in oder kami. Jadi, tiada rekod untuk mereka billkan. Tak tau salah siapa. Cashier cari catatan oder meja kami tak jumpa.

Maka, terpaksa la kami ingat balik berapa harga kat plastik pembungkus. Dengan yakin Kak Nat ingat menu yang Kak Nat pilih tu berharga rm28. Yang suami punya, ingat-ingat lupa. Tapi RM46 rasanya. Kami bagitahu nama, dan cashier agak-agak harganya. Maka, jadilah jumlah menu termasuk yang anak-anak rm85, setelah tolak diskaun 10%. Sempena apa ntah diskaun tu.

Oh ya, nak citer ni. Masa kami beratur nak bayar tu, orang depan kami bayar RM750. Selamba je swap kad debit or kredit dia. Oleh kerana kami ada isu cashier lupa nak key in tu, kami bagi peluang orang belakang bayar dulu. Amboiii, dia dengan selamba swap kadnya. RM500++. Tak ingat dah exact harga. Mungkin mereka makan beramai-ramai atau memang ambil daging yang mahal. Wagyu kot. Kak Nat teringin nak rasa daging tu. Doakan Kak Nat jutawan tau. Dapat la merasa. Hehehe.. Ntah-ntah daging yang part wagyu tu dah biasa makan masa daging korban. Entah la..

Ok. Itu saja cerita ceriti pasal makan di Me'nate Steak House Bangi. Datang Bangi nak makan kat Me'nate ni, jangan lupa jemput Kak Nat. Kita makan sama-sama. Wakaka.. Pastu tolong bayar. Kak Nat sponsor lecithin si pembakar lemak. Ok?

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Legasi Nasih Maju.


Lecithin membakar dan membuang lemak-lemak yang baru dimakan

Nah, lecithin untuk yang sudi belanja Kak Nat.

Suami cakap, next time kita datang lagi. Makan yang betul-betul masak. Hari tu kami pilih medium. Yang kambing tu liat sikit


Wednesday, December 7, 2016

Sehari di Cameron Highlands

Alhamdulillah. Hari ni Kak Nat di Cameron Highland. Hehehe.. Biasalah, bisnes online dari rumah. Suami outstation, kami sekeluarga mengikut. Bisnes boleh jalan di mana-mana saya. Pagi tadi Kak Nat setel oder Vivix dan ESP. Hantar direct ke pelanggan. Kan senang.

Eh, nak cerita pengalaman hari ni. Melalut pulak😜

Suami Kak Nat ada program dengan Geng TNB dia, so dia book hotel. Hotel Copthorne. Macam tahun lepas juga. Eh, saya dah buat entri tahun lepas. Masa tu suami ada meting di hotel ni juga. Kami sekeluarga kali pertama datang Cameron. Hehehe.. Kali ni kali pertama Nazir datang. Ya, baby kami yang berusia 5 bulan tu. Hihi.. Kami bertolak hampir jam 4 petang dari Bangi. Alhamdulillah, selamat check in jam 10.30 malam di hotel ni.

Terkejut jugak bila dapat bilik. Rupanya suami book tu bilik apartment (1 bedroom apartment).
Meh jenguk-jenguk gambar.


Ruang tamu yang luas. Lantai tiada karpet. So, sejukkk

Ini bilik berkeluasan 77 kaki persegi. Menghadap ke gunung. Tapi belakang bilik kami ni, ada bangunan apartment lain, jadi tak nampak sangat pemandangan gunung tu.


Ruang dapur.

Huii, ada dapur. Kat situ ada pemanas ketuhar, cerek dan peti ais. Tapi tiada tong gas dan dapur.


Bilik air

Bilik air ada 2. Bagi yang anak ramai tu, sesuai sangat la. Hahaha


Sofa ni boleh muat juga untuk tidur

Sofa menghadap TV. Dua hero terus mengadap TV malam tadi.


Ruang tidur

Ruang tidur di bilik asing.


Pintu masuk

Nasib kami baik kerana dapat bilik yang searas dengan tapak parking. Kira macam rumah je. Kereta parking depan pintu. Tapi tengok keadaan juga. Kadang-kadang parking penuh. Kena la parking kat basement hotel.


Campuran air sejuk air panas

Sekarang ni suhunya sejuk yang amat. Errrr.. Nak mandi pun pikir 10 kali. Hahaha..

Ni Kak Nat campur air sejuk, air panas. Jadikan air suam. Mandikan Nazir. Botol tu basic H, si pembantu pelbagai guna.


Depan hotel. Suhu 18°celcius
Ni Coffe Shop. Tempat sarapan

Tahun lepas kali duduk 2 hari jugak kat hotel ni. Tapi dah lupa lokasi kafe. Rasanya kami tak ambil sarapan. Sebab tu lupa lokasi kafe ni.


Inilah menu berharga RM33

Tengahari tu suami belum habis meting. Jadi kami melepak kat bilik. Kak Nat sibuk coaching dan layan pelanggan. Anak-anak tengok kartun sampai muka boring. Mereka mula mintak makanan, terpaksa la oder supaya mereka kembali tenteram. Padahal roti, biskut, buah berlambak yang bawak bekal.


Orang ramai nak bergambar dengan teh. Untung la kau teh
Pengantin pun ada. Tengah photoshoot
Hero-hero Kak Nat di depan Kedai Bharat Teh

Jam 6 petang, lepas suami setelkan segala kerjanya, kami keluar. Nak cari teh. Nak ke tempat lain memang tak sempat dah. Kami ke Ladang Teh Bharat.

Sampai sana, ramai orang beratur nak turun ambil gambar kat ladang tu. Terpaksa la kami tengok je dari atas. Takpa. Tahun lepas dah ambil gambar. Hihi.

Kami ke kedai teh. Nak beli untuk abang yang kirim serta cenderahati bagi adik beradik.  Kedai dah nak tutup. Rupanya hari biasa macam ni tutup jam 6.30 petang. Hari minggu, Jumaat, Sabtu, Ahad tutup jam 7 malam.


Ni teh halia. Suami kak Nat peminat teh halia.

Kami balik kembali ke hotel. Harapan nak singgah di Pasar Malam Tanah Rata. Tapi pusing-pusing, tak jumpa parking. Akhirnya kami teruskan perjalanan ke hotel. Dekat hotel ni, ada Pasar Malam Kea. Tapi sayangnya, jam 7 malam dah tutup.

Suami keluar beli makanan di kedai berhampiran situ. Dan kami terus balik.

Ok. Balik lepak dalam bilik. Esok sambung lagi. InsyaAllah.

Oh ya, jangan lupa telan Ostematrix, menghilangkan lenguh-lenguh badan.

Assalamualaikum

Jumpa lagi.

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan
Legasi Nasih Maju


Hadiah comel, mudah, dan jadi rebutan pengguna Shaklee



Hari ni Kak Nat oder Shaklee.
Oder lebih daripada 150 UV atau jumlah belian lebih RM450 tanpa GST, dapat la hadiah ni. Multi stack dispenser. Comel dan nampak elegan kan?
Nanti dah dapat, Kak Nat tunjuk apa yang boleh digunakan.

Opss, angkara GST, tak dapat percuma dari Shaklee. Terpaksa beli juga dari Shaklee. Tapi, harganya RM13.78 saja. Harga asal RM40. Banyak jimat kan?

Ok la, Kak Nat nak follow up customer. Doakan close sale 1 botol lagi vivix si tonik ajaib ni. InsyaAllah..

Natrah Mohamed
Muslimah. Jutawan. Dermawan.
Legasi Nasih Maju

Sunday, December 4, 2016

Pilihan Suri Hati Sang Suami

Kak Nat nak kenalkan sabun dan pencuci yang sungguh menawan kalbu dan poket.
Semua ni Kak Nat guna sejak 2013 lagi. Sungguh suka dan ceria meria hati Kak Nat taw.
Set ni nama manjanya Get Clean Set. Ha, omputeh yuuu..

Ada 4 item dalam set ni.

1. SABUN BASUH BAJU

Memang terbaik dan pilihan jimat. 1 kotak ni boleh diguna untuk 88 basuhan. Katakan basuh baju 3 kali seminggu, boleh guna hingga 29 minggu. 29 minggu tu maksudnya 7 bulan. Jimat ke jimat ni? Musti la jimat.

2. SABUN PENCUCI pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu, gelas cawan, sinki sekaligus.
Letak 2,3 titis je untuk sekali cucian 1 sinki tu. Memang jimat. Dah la organik. Tak merengsa pada tangan. Bagi yang ada masalah kulit tu, elok sangat la guna pencuci pinggan ni. Basuh pinggan tetiap hari, tiba-tiba tertanya, "eh, awat tangan aku makin lembut ni?"
Ha, roooogi la yang tak pakai pencuci ni.

3. Basic H: Pencuci pelbagai guna. Yang ni seantero dunia dah tau. Betapa hebatnya Basic H ni. Macam-macam boleh cuci. Tingkap, lantai, dapur, kereta, peti ais, kipas, bilik air dan macam-macam lagi. Jangan tak tau, Basic H ni kami guna untuk mandikan anak yang ada ruam, kutu kepala, sebagai tuam masa demam, hentikan aliran darah kalau luka, hilangkan melecur.. Waaaa. Kalau nak senarai, malam ni tak boleh tidur la Kak Nat. Yang penting, mop lantai sekali je. Pastu tak perlu mop bilas. Jimat tenaga suri hati di zaman GST ni πŸ˜‚πŸ˜‚

4. Fabric Softener yang wangi malah mudahkan menggosok. Kalau ada sebotol softener ni, tahun depan pulak la beli. Sebab sebotol tu boleh guna untuk 64 cucian. Kak Nat selalunya guna lebih daripada 5 bulan sebotol ni. Jimat yang amat.

Setiap item ni, sungguh jimat. Sebab kepekatan yang tinggi, jadi guna sikit saja setiap kali guna.
Lembut pada tangan, selamat untuk alam sekitar pastinya! Ye lah, tiada bahan kimia yang memudaratkan air di alam semesta.

Ha, nak habaq ni, kalau ambil 1 set, dapat PERCUMA beg hijau cantik dan botol spray yang hensem bak Abam Pilot ni.

Apa lagi?
Nak tengok je orang lain begitu lembut tulus mulus jarinya? Oh no. Jari jemari kita pun perlu dilembutkan juga. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Kena cepat-cepat tanya Kak Nat ni. Kak Nat layan sebaiknya..

Natrah Mohamed
Jutawan. Dermawan. Muslimah

Sunday, November 27, 2016

8 Aktiviti Anak-anak Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula. Alhamdulillah...


Ni Kak Nat listkan apa aktiviti yang boleh buat dengan anak-anak kat rumah. Dalam usaha mengurangkan mereka mengadap gajet, laptop maptop, TV bagai.


Anak-anak


1. Buat playdoh. Buat bersama-sama anak. Dah boring main, simpan dalam peti ais. Minggu depan keluarkan pulak. Resepi playdoh rujuk bawah entri ni.

2. Buat belon gergasi. Eh, buih sabun tu. Yang tiup-tiup tu. Boleh baca kat sini. Cara buat belon buih sabun.

3. Hafal surah-surah. Bagi task untuk hafal surah ikut kemampuan. Pastu bagi hadiah ikut pencapaian.


4. Betulkan bacaan solat dan pergerakan dalam solat. Yang ni kena buat jadual jugak ni.

5. Buat kreativiti / origami. Oh, banyak bersabar bila anak-anak main kertas dan gunting ni. Habis sepah 1 rumah. Rumah Kak Nat la tu. πŸ˜πŸ˜πŸ˜Rumah hampa memang sentiasa kemas kan?

6. Latih anak-anak dengan kemahiran ikut tahap mereka. Masa ni la nak ajar kan. Ajar basuh pinggan cara yang betul, ajar lipat baju, gosok baju, kemas rak buku, sapu sampah.

7. Buat aktiviti kemas rumah. Setiap hari target apa yang nak dikemas. Contoh: sapu sarang labah2, lap tingkap, cuci kipas, cabut rumput, cuci bilik air, kemas almari pakaian yang dah bertahun tak kemas tu. Opsss. Hahaha. Apa2 la. Jangan banyak2, nanti terlajak kemas rumah hampa tu, tak syokkk pulak.

8. Tambah la lagi aktiviti apa yang sesuai. Tulis kat komen ye. Kita sama-sama kongsi input dan pengalaman.


Resepi Playdoh.. Selamat dimakan. Hahaha..


Bahan-Bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1 sudu besar serbuk cream of tartar
2 sudu besar minyak
2 cawan air


Cara-Cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau adunan.
2. Letakkan atas api perlahan.
3. Sentiasa kacau adunan hingga kenyal hampr-hampir macam dodol.
4. Padamkan api dan biarkan sejuk sikit.
5. Bahagikan doh dan uli ikut warna kesukaan.
6. Boleh terus main dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama.

Contoh Playdoh yang telah dihasilkan

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)
 Jutawan. Muslimah. Dermawan.
Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1
Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia.
011-27016822

Friday, November 25, 2016

Sembelit? Jangan Abaikan Panduan Ini.

Semalam Kak Nat sembang dalam WhatsApp dengan seorang kawan yang juga customer Shaklee Kak Nat. Masih lagi berpantang. Sangat suka dan berterima kasih kerana hilang sakit-sakit badan dia yang sedang berpantang tu. Ye lah, baru lepas teran anak keluar, badan nak kembali ke bentuk asal lepas 9 bulan mengandung dan mengembang kan? Lenguh-lenguh dan sakit pinggang tu normal la kepada ibu yang sedang berpantang. Tapi tak kan nak biar je sakit macam tu. Kena cepat-cepat rawat.

Kawan kak Nat ni ambil Ostematrix untuk hilangkan lenguh-lenguh badan dia. Lega dan bahagia sungguh dia rasa. Semalam dia nak repeat oder lagi. Alhamdulillah...

Oh ya, Ostematrix ni bukan saja bagus untuk hilangkan lenguh-lenguh badan, ia juga bantu elak sembelit. Ibu-ibu dalam pantang je yang faham azab seksa bila sembelit ni. Memang terseksa jiwa raga. Nak teran kuat-kuat, baru lepas bersalin, mana boleh kan? Nanti terkoyak lagi luka bersalin tu.

Jadi, bantu la dengan Ostematrix yang kuatkan otot-otot di usus dan salur buang najis tu. He he.. InsyaAllah nak membuang senang. Ikut masa dan jadualnya..

Ada jadual ke? Ya. Ni menurut pensyarah pemakanan yang Kak Nat belajar dulu...

Manusia normal 'membuang' 2 kali sehari tau.

Yang pertama, pukul 5-8 pagi.
Yang kedua, pukul 5 petang-8 malam.

Kalau kurang?
Sistem penghadaman kita berMASALAH atau bakal bermasalah di masa depan!
Boleh sebabkan sembelit dan buasir!
Lagi parah, boleh sebabkan kanser kolon. Ya. Kanser yang nombor 1 kat Malaysia sekarang ni.

Jadi, jangan biarkan macam tu saja. Kena cegah sekarang.

Ni sedikit panduan untuk elak sembelit:
1. Minum air yang banyak. Pastikan air mencukupi berkadaran dengan berat badan kita. 1liter untuk 25kg. Kalau 50kg macam Kak Nat ni, berapa liter? Lu kira la sendiri. Hihi..
2. Makan makanan berserat. Buah, sayur, salad, beras perang tu semua berserat la kan.
3. Kunyah makanan dengan sebaiknya. Ya. Kasi hancur supaya senang perut nak proses.
4. Membuang pada waktu yang tetap. Jika waktu tu masih tak rasa nak membuang, cuba pergi duduk atas mangkuk tandas dengan posisi nak membuang. Ya. Kena latih perut dan minda kita supaya rasa nak membuang tu datang.
5. Jangan tangguh-tangguh. Dalam Islam pun kita tak boleh tangguhkan atau menahan diri dari membuang air jika nak solat. Kalau rasa nak membuang tu, cepat-cepat ke tandas.
6. Banyakkan pergerakan atau senaman yang melibatkan perut.

Ha, ni panduan ringkas je tau. Nanti Kak Nat tulis detail lagi kalau nak tau. Boleh?
Oh ya, jika masih lagi sembelit, elok sangat amalkan Herbalax dan Ostematrix. Kedua-dua ni tersangat membantu untuk elak sembelit. Membuang pagi-pagi lancar je.
Herbalax ada 120 biji sebotol. Harganya hanya RM52 saja. Ostematrix pun ada 120 biji. Harganya RM62 saja. Murah kan?

Meh mesej Kak Nat untuk dapatkan pil cegah sembelit ni.

Natrah: 011-27016822

Natrah Mohamed
Legasi Nasih Maju
Muslimah. Jutawan. Dermawan

Saturday, October 8, 2016

Natrah dan Detox

Saya dah study dan ikuti program #detox yang shaklee anjurkan ni sejak April 2016 lagi. Walaupun masa tu saya sedang nengandung. Saya study, apa detox tu, macamana caranya, apa boleh makan, apa tak boleh makan, apa kesan2 sampingan masa detox etc...

Lepas pantang pada Ogos 2016, saya mula sertai. Makan ikut menu hari ke 7. Khusus untuk ibu menyusu. Tiada cabaran dan ujian besar kerana setiap hari boleh ambil nasi. Alhamdulillah, lepas seminggu turun lebih kurang 2kg. Tanpa produk2 pembakar lemak. Inchloss 2 inci.

Pada awal Sept 2016, saya anjurkan sekali lagi Detox. Penyertaan dari ahli group dan customer. Tapi minggu tu nak raya haji. Ke laut agaknya hasil kami. Masakan daging merata2, takkan nak tengok sebelah mata kan.. Hahaha..

Balik dari raya haji dan cuti sekolah, kami sambung detox lagi. Seminggu ni, saya fokus ikut menu bermula dari hari 1. Dugaan besar jugak. Tapi demi nak pastikan badan sihat, saya teruskan. 7 hari dilalui dengan jayanya. Bawak salad ke mana saja. Hahaha... walaupun sering terbabas, tapi dimaafkan. Ibu menyusu katanya  🙈🙈🙈

Hasil detox Ogos dan Sept, saya berjaya turun 5kg. Dan inchloss 3inci. Tanpa ambil produk pembakar lemak. Lepas tempoh detox, saya ambil produk ibu menyusu saja.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana ilhamkan hamba2Mu dengan program sebegini. Membantu ramai hidup lebih sihat dan bantu kawal makan. Suatu perkara yang sukar dibuat adalah kawal kuantiti dan menu makanan. Dengan detox berjemaah, tengok menu2 peserta lain, tengok result peserta lain, InsyaAllah, lebih terkawal. 😃😃

#NatrahMohamed
#legasiNasihMaju
#DetoxRaya
#kempisperutkurusbadan



Wednesday, October 5, 2016

Kami fahami ibu kerana kami ibu juga


"Adei, dah la payah nak membuang, tido malam pun tak lena. Bangun pagi, kaki krem. Sakiiiittt sangat."

Keluhan ibu2 mak buyong. Kesian kan.

Meh saya bantu. Dengan #sethamil ni, insyaAllah badan lebih sihat, masalah2 kesihatan pun turut pulih.

Saya guna #sethamilshaklee sepanjang kehamilan yg lepas. Tiada diabetes, berat badan naik normal, sembelit dan krem pun tiada.

Jom pm saya atau whasap #01127016822 #NatrahMohamed


7 MASALAH KESIHATAN SEMASA HAMIL


Setiap Wanita Wajib Tahu Jika Tidak Mahu Merana Sepanjang Hayat.


Jangan abaikan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jangan biarkan diri terus dalam dilema.Dapatkan info tentang masalah kesihatan yang biasa dialami oleh ibu-ibu hamil.
Serta tips untuk bantu kurangkan atau elak diri daripada merana sepanjang kehamilan.



7 Masalah Kesihatan Semasa Hamil


Ebook ini diberikan secara PERCUMA! Ya, PERCUMA.
Download di sini segera:
---> http://www.natrahm.com/ebook-masalah-ibu-hamil/---> http://www.natrahm.com/ebook-masalah-ibu-hamil/---> http://www.natrahm.com/ebook-masalah-ibu-hamil/*Download sekarang sebelum link ditutup*




Ebook Percuma untuk ibu hamil

Sebarkan kepada kawan untuk bantu mereka jalani tempoh kehamilan dengan mudah, sihat dan ceria.


Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. Moga bermanfaat :) Jutawan. Muslimah. Dermawan. Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. 011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design