expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 10, 2015

9 Faktor yang mempengaruhi metabolisme dan berat badan

Assalamualaikum.

Hari ni kita cerita pasal faktor yang mempengaruhi berat badan dan metabolisme badan kita. 


Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.


Antara faktor tersebut adalah:

1. FAKTOR KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.

2. KADAR METABOLISME- Lelaki dikurniakan dengan kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.

3. UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.

4. JENIS BENTUK BADAN - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk badan  epal: Cenderung untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.

5. JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.

6. JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.

7. TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.


8. TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.


9. TEORI SET POINT -  Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru.

Ok, fahamkan semua ni? Hihi.. Berhajat menurunkan berat badan? Boleh hubungi saya untuk konsultasi. Saya berjaya menurunkan lebih kurang 10kg lepas bersalin. Hanya dengan set penyusuan Shaklee. Oh ya, Shaklee keluarkan produk-produk khas untuk meningkatkan metabolisme dan turunkan berat badan. Nak tahu lanjut, hubungi saya, Natrah Mohamed 011-27016822.



Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)
Jutawan. Muslimah. Dermawan. 
Natrah Mohamed 
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. 
011-27016822

Tuesday, December 1, 2015

6 Petanda Kolestrol Tinggi. Semua orang wajib tahu.

Assalamualaikum..

Dah menjengah Disember dah kan. Cepat sangatasa berlalu. Dah nak tahun baru 2016 pulak.

Ok, ni saya nak share sikit pasal tanda-tanda ada masalah kolestrol tinggi.

Ada beberapa petanda kemungkinan anda mempunyai kadar kolestrol tinggi:

1)Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal belakang leher

Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sengal-sengal sebagai gejala awal. Gejala ini muncul akibat kurangnya oksigen akibat gangguan kolestrol yang menghalang oksigen berjalan lancar.

2. Cepat mengantuk
Terutama bila reading sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg  biasanya akan menyebabkan mengantuk

Hal ini terjadi kerana kurangnya aliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang semakin sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.

 3. Rasa keletihan
Kadar kolesterol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi kental sehingga oksigen menjadi berkurang. Maka, badan akan mudah keletihan kerana kurang oksigen untuk badan.

Ketika plak terbentuk di dinding arteri, ia boleh  menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah lelah.


 4. Timbunan lemak di atas kelopak mata ( bintik kolesterol)
Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

 5. Sering sakit kepala
Ini kerana kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis.  ini akan membuat arteri menjadi sempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

 6. Kaki bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah semakin sempit dan aliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi seperti bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan keadaan ketika anda terlalu lama duduk ketika dlm perjalanan jauh.


Ok, itu saja berkaitan dengan kolestrol tinggi. Nak tahu cara untuk elakkan kolestrol tinggi?
Ya. Semua dah tahu. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan menyihatkan. Berhati-hati terutama bab pemakanan. Kira berapa kolestrol dalam menu harian kita.


Kolestrol dalam menu harian rakyat Malaysia
Terlebih pengambilan kolestrol harian

Dalam entri akan datang, saya akan terangkan pasal suplemen untuk kawal dan bantu turunkan kolestrol. Kipidad.


Jangan lupa dapat kan Promosi ISTIMEWA Disember ni.

Lecithin: pembakar lemak, bagus untuk kawal kolestrol, juga bagus untuk perkembangan minda.

Collagen Powder: Bantu anjalkan, gebukan dan cantikkan kulit. Malah sangat bagus untuk kesihatan sendi dan rawan.

Vitalea For Children: Multivitamin terbaik untuk anak-anak kerana ia dilengkapi dengan 18 vitamin dan mineral. Sedap dan pasti digemari anak-anak.


Ok. Jom dapatkan sekarang. Hubungi saya 011-27016822, Natrah Mohamed atau emel natrah.mohamed@gmail.com untuk sembang-sembang lanjut. Boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya di Bandar Baru Bangi, Selangor. 😃😃😃


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design