Sesi persekolahan 2015 dah habis. Tapi cikgu-cikgu dedikasi di Tadika Nasyrah Bangi masih buat aktiviti untuk anak-anak. Ya lah, anak-anak lain masih ke sekolah. Ada daycare bagi ibu bapa yang berkerja. Nasih kan mamanya suri rumah, dah tak ke sekolah. Tapi cikgu announce ada aktiviti buat cupcakes pada 24hb, semalam. Jadi, dengan penuh semangat, Nasih ke sekolah. Hihihi..
Ni saya share gambar-gambar yang diambil dari FB Tadika Nasyrah Bangi.
Layan gambar la ye..
Maka, sesi membuat cupcakes bermula. Tengoklah muka seronok dan teruja anak-anak ni. Sesuatu yang baru bagi Nasih kerana mama tak pernah buat. Hihi..
Seronok kan kanak-kanak ni diberi peluang membuat sendiri. Dengan kawan-kawan lagi la teruja.
Ha, dah siap pun.
Alhamdulillah.
Tengahari semalam, saya ambil Nasih dari sekolah. Ni ayatnya:
"Mama, mama kena buat cupcake. Nasih ajar mama cara buat. Senang je."
Tengok. Nak ajar mama pulak. Hihi. Tapi saya senyum je. Mama tiada kerajinan itu Nasih. Kebetulan semalam angin teruk melanda. Hehehe.. Telan Peppermint Ginger Plus+ Garlic Complex barulah dapat bertahan sikit. Angin beransur-ansur hilang dan dapat uruskan anak-anak macam biasa. Alhamdulillah. Lega.
Terima kasih banyak-banyak cikgu di Tadika Nasyrah Bangi. Bagi pengalaman seronok buat anak-anak umur 4,5,6 tahun ni.
Saya, Nasih dan Nafiz makan bersama-sama cupcake yang Nasih bawa balik. Sedapppp..
Hari ni, Nasih ke sekolah lagi. Ada Hari Keusahawan Cilik pula. Untuk hari ni dan esok. Saya bekalkan Nasih sedikit wang. Walaupun Nasih belum pandai baca dan kira wang, tapi tak mengapa. Saya memang sengaja tak ajar dia nilai2 wang syiling dan kertas tu. Supaya dia tak tahu yang mana sedikit, yang mana banyak. Sampai masanya, akan diajar. Mungkin guru-guru akan ajar nanti. :)
Terima kasih semua sudi jenguk dan baca cerita ringkas ni. Jumpa lagi dalam entri akan datang.
Natrah Mohamed
Legasi Nasih Maju.
Pengedar Shaklee Bangi dan seluruh Malaysia.
011-27016822
No comments:
Post a Comment