expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 26, 2015

Nasi Lemak Rambo

Assalamualaikum.

Siapa pernah dengar Nasi Lemak Rambo?
Apa tu? Sejenis nasi lemak. Boleh didapati di Rambo Station. Rambo Station ni dimiliki oleh kawan saya, Haji Wan Hilmi.

Alamat Restoran Rambo Station ni :
1-53A Jalan 8/35 Seksyen 8, 43650 Bangi, Malaysia.


Ni saya nak cerita kesedapan Nasi Lemak Rambo.


Pertama kali kami makan, lepas raya Haji tahun ni. Balik dari kampung, terus singgah sini. Makan Nasi Lemak Rambo yang kecoh di FB. Hehehe.. Sedap. Nasi lembut. Sambal manis. Telur separuh. Ikan bilis halus yang sangat rangup. Ayam goreng berempah yang besar dan enak. Ulam timun dan kelainan sikit, ada sayur kangkung rebus. Oh, kami oder sepinggang sorang. Memang bertabah untuk habiskan. Nasinya banyak.

Entah kenapa, 2,3 hari lepas, saya terbayang-bayang nasi lemak ini. Terutama sambalnya. Saya whasap suami, minta tolong belikan.

Alhamdulillah. Petang tu, suami bawa balik sebungkus. Dapatlah makan berkongsi dengan anak-anak. Anak-anak saya suka makan nasi saja. Suami pula, sediakan perut untuk makan char kuew teow di kedai sambil menonton bola. Kedah VS PKNS katanya. Maklumlah, rumah kami tiada TV. Kedai mamak atau kedai Char kuew teow di Seksyen 4 Tambahan jadi pilihannya untuk menonton bola. Layannnn..Asalkan bahagia.


Nasi lemak Rambo.

Ni rupa nasi lemak yang dipindahkan dari polisterin ke pinggan.

Oh ya, semalam, suami bawa balik lagi 2 bungkus nasi lemak ni. Alhamdulillah. Mengadaplah kami sekeluarga.

Lepas makan Nasi Lemak Rambo ni, saya cepat-cepat telan Omega Guard 3 biji. Hihi.. Makan malam. Elok la mohon bantuan dari omega untuk bakar lelemak. Tahu kan fungsi Omega Guard? Untuk membakar lemak yang sedia ada dalam darah dan badan manusia. Selain tu, sebelum makan, elok sangat ambil Lecithin. Lecithin ni bantu bakar dan buang lemak yang ada dalam usus dan makanan yang baru dimakan.

Nak tahu lebih lanjut pasal pembakar-pembakar lemak ni, hubungi saya ye. Natrah Mohamed 011-27016822.

Saya pengedar Shaklee di Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia. 😃😃😃

Ok. Terima kasih banyak sudi jenguk blog ini. Datang lagi tau.

Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design