Monday, November 23, 2015

Bebas daripada kencing manis

Semalam, sempat ke kelas Health & Wellness anjuran Shaklee Malaysia. Pertama kali buat di Bangi Gateway Hotel. Saya pun pertama kali ke hotel tu. Sebelum ni rasanya belum wujud Bangi Gateway Hotel tu. Saya pun baru perasan kewujudannya selepas lalu berkali-kali melintas Bangi Gateway.

Kelas petang semalam tajuk Bebas Dari Kencing Manis. Memang tajuk yang bagus dan sangat bermanfaat. Maklumlah, 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetes / kencing manis ni. Fakta yang menyeramkan kan? Haha.. Rasanya, keluarga saya antara penyumbang terbesar penyakit ni. Mak Cik dan pakcik saya kebanyakkannya penghidap diabetes ni. Ada yang telah meninggal akibat diabetes. Ada yang masih menderita dengan pelbagai komplikasi. Ma saya pun, baru disahkan menghidap diabetes. Allahuakbar. Moga ma terus tabah menghadapi dugaan dan kembali pulih.


Jumlah pesakit diabetes meningkat 40% dalam tempoh 6 tahun

Tapi, jarangkan kita dengar orang meninggal akibat diabetes? Kenapa? Sebab diabetes ni adalah penyakit pertama dihidapi. Kemudian ia menjadi komplikasi lain seperti, kegagalan jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan anggota badan mati.


Ini antara gejala/ simptom penyakit diabetes:
1. Selalu penat
2. Luka lambat sembuh
3. Kerap kencing
4. Berat susut dgn mendadak
5. Vagina infection
6. Rabun/ mata kabur
7. Selalu nak makan benda manis
8. Kebas2 terutama kaki
9. Kekurangan upaya seksual.


InsyaAllah saya akan sambung lagi tips untuk atasi atau cegah diabetes serta suplemen yang boleh diamalkan untuk samada mencegah atau meneruskan kelangsungan hidup bagi penghidap diabetes. InsyaAllah, ramai yang telah dapat dikurangkan masalah diabetes nya.

Boleh pm saya atau whasap di talian: 011-27016822. Natrah Mohamed.


Saya yang tudung pink berdiri kat belakang tu.


Jangan lupa promosi istimewa Vitamin C sepanjang November 2015 ni.
Hubungi saya segera untuk rebut Promosi indah dan berkhasiat ini.
:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design