Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum.

Pagi ni kami bertolak ke Bangi. Dari rumah mertua di Sungai Petani. Menuju ke Hospital Pulau Pinang dulu untuk ziarah mak di sana. Kami lalu jalan lama, melalui Sungai Dua. Memang ni laluan kami kalau tak nak masuk tol. Sepatutnya nak bertolak awal lagi, tapi hampir jam 11.30 pagi baru bertolak.

Singgah isi minyak dan topup touch n go. Makanya jam 12 lebih baru melintasi Sungai Dua, Pulau Pinang. Masa tu perut lapar minta diisi. Kami terus singgah di sebuah kedai makan sebelum simpang ke tol.

Ida Mee Udang Sungai 2 namanya.


Waktu operasi jam 12.30 tengahari hingga 12 tengahmalam.

Kawasan tu ada 2,3 kedai makan Mee Udang. Terpaksalah kami makan Mee udang. Heheh. 😃😃😃


Sepinggan mee udang yang biasa (udang dari kolam biasa) RM6. Bagi mee udang yang udangnya dari laut harganya RM11 dan ke atas. Kami pilih yang biasa sajalah. 2 pinggan.

Alhamdulillah.

Kenyang juga.

Oh ya, kuahnya adalah kuah Mee Bandung. Saya pernah makan di Bukit Gantang/ Kuala Kangsar beberapa tahun lepas. Seingat saya kuahnya kari. Entahlah. Dah lupa. Kena pergi makan lagi sekali la kot. Keh keh keh.

Masuk kereta, lepas kenyang makan, cepat2 nak makan alfalfa. Maklumlah encik suami ni bacaan asid uriknya tinggi. Kena hati2 nak makan udang. Tapi alfalfa tiada. Kami lupa bawak balik kampung.

Jadinya, kami telan bawang putih. Erk. Garlic nama omputihnya. 😃😃


Garlic dan Lecithin saya telan lepas makan tengahari. 😊😊😊

Alhamdulillah.

Moga bermanfaat.



Muslimah |Jutawan | Dermawan Natrah Mohamed Pengedar Shaklee Bangi dan seluruh Malaysia. 011-27016822
Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...