GEGAR Oktober !

Assalamualaikum..

Lama sungguh saya tak update blog ni. Entri terakhir masa sebelum raya haji hari tu. Masa tu saya duk hotel dan dapat wifi hotel. Kemudian kami balik kampung di Kelantan untuk raikan raya haji. Kemudian balik ke Sungai Petani meraikan raya di rumah mertua. Hari Ahad bertolak balik ke Bangi. Isnin dan Selasa Nasih masih dalam mood bercuti. Dia tak ke sekolah. Jenuh saya pujuk. Akhirnya laptop saya dikuasai sepenuhnya oleh Nasih. Hari Rabu, Nasih mula keluar biji-biji berisi cecair di 2,3 tempat badannya. Ya, SAH. Nasih juga sudah dijangkiti campak. Betullah seperti kata kawan saya. Ia akan berjangkit. Tapi ambil masa 7,8 hari. 

Hari ni, 5 Oktober hari ke 6 Nasih naik campak. Demam hanya sehari saja. Alhamdulillah. Semuanya sudah kering dan tiada biji baru yang tumbuh. Saya setia sapukan dengan Herbal Blend Shaklee ke seluruh badan. Elakkan daripada dia gatal dan menggaru. Alhamdulillah, tiada masalah gatal-gatal. Nasih juga kami ingatkan supaya sentiasa kuat dan terima saja ujian Allah berikan.

"Nasih anak yang soleh. Bijak. Kuat. Allah bagi sakit sikit je. Nasih mesti boleh tahan punya." 

Ayat-ayat pujukan untuk elakkan dia merengek dan merungut. :)

Dia dah 5 tahun, InsyaAllah, Nasih boleh!

Ok. Saya letakkan gambar sekeping. Kami di Cameron Highland hari tu.

Kami sekeluarga di ladang teh Bharat.


:)

Nantikan entri berkaitan Cameron Highland :)

Selamat meneruskan misi dalam Oktober Natrah Mohamed! kita GEGAR OKTOBER! InsyaALLAH. DOAKAN saya dan team LEGASI NASIH MAJU terus maju jaya dan cemerlang :)

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. 
Moga bermanfaat :) 

 Jutawan. Muslimah. Dermawan. Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. SMS/ WhatsApp: 011-27016822

Powered by Blogger.

Blog Archive

Legasi Nasih Maju

Legasi Nasih Maju
Pengedar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan Shaklee

Anak Pintar Cerdas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...