expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 19, 2015

Menjejak Jutawan

Assalamualaikum.

Jumaat malam, kami bertolak ke Sg Petani. Balik menziarah mak yang dirawat di hospital. Kami sampai di Sg Petani jam 3 pagi. Hari Sabtu. Alhamdulillah..

Petangnya, saya ke Cinta Sayang Resort, Sg Petani. Suami hantarkan. Saya bersama Nafiz. Suami dan Nasih ke hospital besar Pulau Pinang. Ziarah maknya. Asalnya nak ikut sekali lepas program di resort tersebut. Maksudnya suami turut ikuti program. Kemudian kami sama2 ke Pulau Pinang.

Tapi, hehehehe.. Suami cakap nak balik awal dari hospital, sebab nak tengok bola. Waktu melawat habis pukul 8 sepatutnya. Sempatlah kalau kami ke sana selepas program tamat. Tapi.. Takpalah. Esok ada lagi. Kita pergi lagi. Kata encik suami. Suami suruh saya ke program Shaklee.

Eh, program apa?

Leader Development Workshop.
Ni program anjuran Shaklee kepada ahli2nya di bahagian utara.

Saya telah sertai di bahagian tengah sebenarnya. Pada September lepas. Yang utara ni sesaja gatal nak g jugak. Jumpa upline, downline dan sideline Shaklee. Cer tengok dalam gambar tu. Tu bukan semua peserta tau. Tu ahli2 Shaklee bawah empayar Surijunior. Upline saya punya empayar. Gempaks kan? Ha, memang gempakss.
2,3 daripada peserta adalah bawah empayar Surijunior. Sideline2 saya la tu.


Ni saya bersama upline saya, Master Farihah, Master Herny, kak Badrul Asiyah (kakak kepada master Farihah) serta Master Laila.

Master ni rank tertinggi dalam Shaklee la kiranya. Master coordinator.


Anggaran pendapatan tahunan pemimpin Shaklee

Bonus depa ni paling minima pun RM50 000 sebulan.


Paling maksima? Wallahualam.

Dapat la beli rumah cash atau kereta cash. Tu pun kalau mereka tiada komitmen lain. Tapi opkos la sebagai manusia biasa, mereka ada tuntutan dan keinginan2 lain yang nak dipenuhi. Makanya, pendapatan bulanan tu, diagihkan sebaiknya. Kepada ibu bapa, kepada rumah2 kebajikan, penuhi keperluan keluarga serta memberi reward kepada downline2 yang mereka sayangi.

Oh ya, saya pun biasa bagi reward kepada anak cucu Shaklee. Berdasarkan prestasi bulanan mereka. Nak merasa reward daripada saya? Cecepat daftar Shaklee bawah saya. 😃😃😃


Boleh hubungi saya jika berangan nak pendapatan seperti di atas.


Nak tahu dan dengar sendiri rahsia kejayaan mereka?

Datang dan dengarkan.
Di Sungai Petani. Cinta Sayang Resort. Minggu ni. Hari Sabtu. 24 Oktober 2015.
Jam 2-5 petang.
Terbuka kepada semua tau. Belum ahli Shaklee pun boleh.

Okey, jangan lupa roger saya. Natrah Mohamed 011-27016822.

Peluang jana pendapatan di zaman tol naik dan GST ni tak wajar dipersiakan.

Jumpa di sana ya.

Sama-sama kita jejak langkah2 mereka yang dah bergelar jutawan ni.


Sunday, October 18, 2015

Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum.

Pagi ni kami bertolak ke Bangi. Dari rumah mertua di Sungai Petani. Menuju ke Hospital Pulau Pinang dulu untuk ziarah mak di sana. Kami lalu jalan lama, melalui Sungai Dua. Memang ni laluan kami kalau tak nak masuk tol. Sepatutnya nak bertolak awal lagi, tapi hampir jam 11.30 pagi baru bertolak.

Singgah isi minyak dan topup touch n go. Makanya jam 12 lebih baru melintasi Sungai Dua, Pulau Pinang. Masa tu perut lapar minta diisi. Kami terus singgah di sebuah kedai makan sebelum simpang ke tol.

Ida Mee Udang Sungai 2 namanya.


Waktu operasi jam 12.30 tengahari hingga 12 tengahmalam.

Kawasan tu ada 2,3 kedai makan Mee Udang. Terpaksalah kami makan Mee udang. Heheh. 😃😃😃


Sepinggan mee udang yang biasa (udang dari kolam biasa) RM6. Bagi mee udang yang udangnya dari laut harganya RM11 dan ke atas. Kami pilih yang biasa sajalah. 2 pinggan.

Alhamdulillah.

Kenyang juga.

Oh ya, kuahnya adalah kuah Mee Bandung. Saya pernah makan di Bukit Gantang/ Kuala Kangsar beberapa tahun lepas. Seingat saya kuahnya kari. Entahlah. Dah lupa. Kena pergi makan lagi sekali la kot. Keh keh keh.

Masuk kereta, lepas kenyang makan, cepat2 nak makan alfalfa. Maklumlah encik suami ni bacaan asid uriknya tinggi. Kena hati2 nak makan udang. Tapi alfalfa tiada. Kami lupa bawak balik kampung.

Jadinya, kami telan bawang putih. Erk. Garlic nama omputihnya. 😃😃


Garlic dan Lecithin saya telan lepas makan tengahari. 😊😊😊

Alhamdulillah.

Moga bermanfaat.



Muslimah |Jutawan | Dermawan Natrah Mohamed Pengedar Shaklee Bangi dan seluruh Malaysia. 011-27016822

Monday, October 5, 2015

GEGAR Oktober !

Assalamualaikum..

Lama sungguh saya tak update blog ni. Entri terakhir masa sebelum raya haji hari tu. Masa tu saya duk hotel dan dapat wifi hotel. Kemudian kami balik kampung di Kelantan untuk raikan raya haji. Kemudian balik ke Sungai Petani meraikan raya di rumah mertua. Hari Ahad bertolak balik ke Bangi. Isnin dan Selasa Nasih masih dalam mood bercuti. Dia tak ke sekolah. Jenuh saya pujuk. Akhirnya laptop saya dikuasai sepenuhnya oleh Nasih. Hari Rabu, Nasih mula keluar biji-biji berisi cecair di 2,3 tempat badannya. Ya, SAH. Nasih juga sudah dijangkiti campak. Betullah seperti kata kawan saya. Ia akan berjangkit. Tapi ambil masa 7,8 hari. 

Hari ni, 5 Oktober hari ke 6 Nasih naik campak. Demam hanya sehari saja. Alhamdulillah. Semuanya sudah kering dan tiada biji baru yang tumbuh. Saya setia sapukan dengan Herbal Blend Shaklee ke seluruh badan. Elakkan daripada dia gatal dan menggaru. Alhamdulillah, tiada masalah gatal-gatal. Nasih juga kami ingatkan supaya sentiasa kuat dan terima saja ujian Allah berikan.

"Nasih anak yang soleh. Bijak. Kuat. Allah bagi sakit sikit je. Nasih mesti boleh tahan punya." 

Ayat-ayat pujukan untuk elakkan dia merengek dan merungut. :)

Dia dah 5 tahun, InsyaAllah, Nasih boleh!

Ok. Saya letakkan gambar sekeping. Kami di Cameron Highland hari tu.

Kami sekeluarga di ladang teh Bharat.


:)

Nantikan entri berkaitan Cameron Highland :)

Selamat meneruskan misi dalam Oktober Natrah Mohamed! kita GEGAR OKTOBER! InsyaALLAH. DOAKAN saya dan team LEGASI NASIH MAJU terus maju jaya dan cemerlang :)

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. 
Moga bermanfaat :) 

 Jutawan. Muslimah. Dermawan. Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. SMS/ WhatsApp: 011-27016822

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design