Wednesday, September 9, 2015

Review Klinik Assalam, Seksyen 7 Bangi.

Teks: Natrah Mohamed

Review Klinik Assalam boleh? Apahal tiba-tiba nak cerita pasal klinik orang ni? Hihi... ^-^

3 tahun lepas, suami saya bagitahu,
"Ada klinik baru buka kat Seksyen 7. Ada promosi pemeriksaan kesihatan. Abang nak buat la."

Ha, ni tahun 2013. Saya lupa bulan berapa. Tapi rasanya selepas kami berpindah ke seksyen 4.

Oh ya, April 2012, suami saya pernah dibedah dan berkampung di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Awat pulak? Suami saya menghidap pneumothorax yang perlukan rawatan segera. Alhamdulillah, selepas pembedahan dan rawatan, suami saya kembali sembuh. Namun, disebabkan terlantar sakit itu, dia insaf dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan, jaga makan dan banyakkan bersenam. Oh, boleh baca throwback saya dalam entri pneumothorax yang membuka mata ni.

Masa tu, klinik Assalam buat promosi RM100 untuk fullscreening keseluruhan badan. Oh ya, ambil darah dan air kencing saja. Untuk tahu tahap kesihatan dalam badan kita.

Lepas seminggu darah dan air kencing diambil untuk test, suami pergi ambil result serta jumpa doktor untuk konsultasi. Alhamdulillah, semuanya normal. Kecuali masalah LDL yang tinggi. Lebih daripada bacaan normal, 7.5 agaknya. Doktor nasihatkan untuk kawal pemakanan, dan banyakkan bersenam. Doktor juga nasihatkan supaya jangan makan ubat turunkan kolestrol yang klinik atau hospital bagi. Tapi makanlah omega. Apa-apa jenama pun boleh. Beli kat farmasi katanya.

Suami saya terus ke farmasi dan beli omega. Jenama dirahsiakan. 2 botol terus. Hihi.. Dan bermulalah episod suami saya  makan omega.

Selepas saya mula menjual Shaklee, suami mula bertukar ke Omega Guard Shaklee. Mesti la makan apa yang isteri jual. Hahaha.

Oh ya, setiap 6 bulan, suami saya buat pemeriksaan kesihatan. Tak tepat 6 bulan, tapi dalam range masa itulah. sudah 4 kali suami saya membuat pemeriksaan kesihatan. Namun yang terkini, bulan 8 2015 dia buat di Poliklinik UKM.

2 hb September 2015, saya pula membuat pemeriksaan. Saya pilih pakej Serikandi. Berharga RM180 yang melibatkan ujian air kencing, ujian darah dan pap smear. Bagi ujian pap smear, boleh buat temujanji dengan doktor perempuan dulu sebelum datang. Oh ya, katanya, elakkan daripada 'bersama' suami 3 hari sebelum pap smear. Paham kan? Hihi.. Untuk dapatkan result yang tepat dan tak terganggu kot.

Pakej untuk wanita. RM180
Pakej ini termasuk ujian mengesan kanser: Tumor Marker. Ujian tumor marker ni adik ipar saya pernah cerita, dia buat ujian di lab sewaktu master dan jadikan adik-adik junior degree sebagai 'bahan uji'. Setiap individu boleh dikenalpasti jika bakal menghidap kanser. Saya dengar ceritanya, terus saya berminat untuk buat ujian ni. Nak tahu samada badan kita ni ada sel kanser atau tak. Eh, sebenarnya memang badan kita ada sel kanser. Tapi bergantung samada aktif atau tak saja. 3 jenis kanser yang boleh dikesan: kanser Ovari, kanser usus dan kanser hati. 

Oh ya, result yang saya dapat, saya ceritakan dalam entri akan datang ye. InsyaAllah.

Pakej soleh untuk lelaki.
Untuk lelaki, ujian yang dilakukan semuanya sama saja, kecuali kanser prostat. Hihi. RM155. Oh ya, kena berpuasa dulu ya sebelum diambil darah. Puasa bermula 8 jam sebelum darah diambil. Kalau nak buat ujian jam 8 pagi, elok benar mula puasa sejak 12 malam sebelumnya.

Saya ambil result pada ahad lepas, 6hb. Sebenarnya, result dapat selepas 3 hari berkerja. Mereka sudah telefon saya untuk maklumkan yang result sudah siap. Tapi saya tak ambil awal-awal. Tak berkesempatan.

Kaunter pendaftaran
Kami sekeluarga pergi ambil result selepas makan-makan di Restoran Belauk di tepinya. Warga Bangi yang berasal dari Kelantan mesti kenal restoran ni kan? Ni la restoran paling happening di Bangi waktu pagi-pagi rasanya. Meja hampir penuh dengan peminat-peminat menu Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan pelbagai jenis kuih ala-ala di Kelantan. Eh, cerita bab makan plak ;)

Ruang menunggu,
Kami menunggu sekejap saja kerana masih awal pagi. Orang belum mula datang. Kalau waktu petang, biasanya klinik penuh. Anak-anak saya suka sangat dengan ruang menunggu yang luas dan tiada orang sebegini. Berguling-guling si Nafiz tu sambil peluk bantal Minnie dan Mickey.

Doktor yang berikan konsultasi kepada saya pun sungguh mesra dan penerangannya jelas. Staff di sini juga melayan dan memberi penerangan cukup baik. Oh ya, klinik ni memang dikunjungi oleh bakal-bakal ibu yang mahu buat scan 3D dan 4D bayi dalam kandungan. Ha, molek sangat la kalau nak buat scan di sini. Ramai yang berpuas hati dengan servis diberikan katanya.

Eh, saya hanya cerita pengalaman saya dan cadangkan apa yang baik untuk kita semua. Buat pemeriksaan kesihatan itu sungguh la bermanfaat bagi badan kita. Mungkin selama ni rasa badan sihat je, tiba-tiba ada penyakit menyerang. Ha, kan terkejut tu. Baik periksa badan sekali sekala. Dan jalani hidup sihat sentiasa. Kan?

Ok, Assalamualaikum. ^_^

Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design