Sunday, September 6, 2015

Review Bengkel Asas Adobe Photoshop anjuran Nisa Serdang

Teks: Natrah Mohamed

Semalam, 5 September saya sempat sertai Bengkel Adobe Photoshop yang sahabat-sahabat Nisa Serdang anjurkan. 

Meh saya review sikit bengkel ni. Hehehehe..




Ni poster bengkel photoshop
Saya jengahkan kaki ke bilik seminar Surau Al-Khautar, Seksyen 4, Bangi sudah lewat. maklumlah menunggu anak bangun dan suami hantar ke sana. Jam 9 lebih baru saya sampai. Rasanya saya orang yang tinggal terdekat dengan surau ni. Takpa, lainkali saya tak ulangi lagi :) Setelah mendaftar dan bayar yuran RM10, saya mula berbengkel photoshop. Oh ya, sarapan pagi disediakan. Tapi saya tangguh dulu makan. Lagipun sudah minum ESP awal pagi sewaktu bersiap-siap ke program ini.

Peserta-peserta diberi CD dan pendrive untuk install software Adobe Photoshop CS5 dalam laptop masing-masing. Benda ni memang ambik masa sikit. Alhamdulillah saya sempat install sebelum kelas bermula. Kami taaruf serba sedikit. Separuh daripada peserta memang dah pernah guna photoshop. Separuh lagi, pernah tahu. Dan separuh lagi memang tak tahu apa-apa. 

Saya dalam kategori mana? Pernah tahu, guna sikit-sikit. Dan dah lama tinggalkan. Sebenarnya tahun 2013 hari tu, anak saudara yang tinggal di rumah saya sementara mendapat kerja tetap, sudah ajar saya. Beberapa benda penting dan cara guna. Ada la juga poster yang saya hasilkan sendiri guna photoshop ni. Tapi opkos la tak cantik. Tak berapa kreatif saya ni. Hihihi.. Laptop saya masa tu, netbook sebenarnya. Sungguh perlahan untuk buka software photoshop. Jika buka photoshop, boleh ganggu pergerakan untuk buka software lain atau internet. Makanya, saya tinggalkan software itu. Tak buka langsung dan fokus buat poster-poster Shaklee menggunakan Power Point serta apps di smartphone. Tahun lepas, suami belikan laptop baru, tapi saya tak install photoshop. Makanya, tiada la keinginan untuk guna kan? 

Hihi.. Terpanjang pulak cerita ku. Mohon ampun!!

Sambung pasal bengkel ya.

Kami diajar asas-asas tentang photoshop ni. 
Workspace (ruang kerja) serta semua bar dan icon dalam tu.
Cara create new doc dan cara simpannya.
Bagaimana cara guna tools. Hampir setiap tools diajar. Ini yang paling mengambil masa. 
Tapi seronok. Selama ni, tak tahu pun fungsi-fungsi setiap tools yang ada ni. Kecoh kelas kami bila peserta-peserta sebut, "oooo" bila dah faham fungsi dan cara guna tools ni.

Tools dalam software photoshop

Toolbox Adobe Photoshop ini terbahagi kepada 5 kategori utama:

  1. Selection, Crop dan Slice Tools – biasa digunakan untuk ‘bermain’ dengan layer
  2. Photo Retouch dan Paint Tools – digunakan untuk edit gambar foto
  3. Drawing dan Type Tools (Vector Tools) – digunakan untuk meletakkan perkataan pada sesuatu gambar/imej
  4. Annotations dan Measurement Tools – digunakan untuk mengukur, biasa digunakan meletakkan tanda ‘step-by-step’
  5. Foreground dan Background Color Tools – digunakan untuk memilih warna background/foreground
Oh ya, kami diberikan modul. Memang cukup lengkaplah semua penerangan dalam tu. Kalau rasa tertinggal, boleh belek-belek modul dan ikut step yang disediakan. Nota di atas juga saya ambil dari modul diberikan.
Modul Asas Adobe Photoshop
Oh ya, siapa yang ajar kami dalam bengkel ini? Semuanya adalah AJK unit 3N Nisa' Serdang. Apa 3N tu? Nisa' News Network. Mereka ni memang pakar buat poster, cantik dan kreatif. Salah seorangnya junior saya di UKM, A'isyah Rahman. Poster-poster program alumni kami, memang dia la yang buatkan. Saya memang terkagum dengan kreatifnya dan cantiknya poster-poster yang dibuat. A'isyah dengan sabarnya mengajar setiap tools dalam software ini. Penjelasannya jelas dan sungguh memudahkan kami faham. Ditambah lagi dengan contoh-contoh serta tutorial yang kami buat.

Beberapa lagi AJK menjadi fasilitator. Membantu sesiapa yang perlukan tunjuk ajar. Saya la orang orang yang perlu dibantu itu. Hihi.. Asyik tertinggal ketapi je. Nasib baik juga ada 2 orang downline Shaklee saya yang sudah biasa menggunakan photoshop, berada di kerusi berhampiran saya, maka mereka yang banyak saya jadikan rujukan bila kurang jelas dengan step-step diberikan.

Kami juga belakang Image Masking dan Text Masking. Sesuatu yang saya tak pernah belajar dan buat. Fuhh, bila berjaya lakukan, sungguh bahagia!

Sedang membuat image masking
Image Masking dan text masking ini diajar oleh saudari Halilah Ismail. Seronok belajar ilmu baru ni. Ha, nak tahu jugak, kena la belajar, masuk kelas mana-mana atau sertai bila Nisa Serdang anjurkan bengkel sebegini. Hihihi :)

Selepas belajar image masking, text masking serta cara membuat text yang cun-cun, kami berhenti rehat solat Zohor. Sesi disambung selepas Zohor. Kali ni kami diberi tugasan membuat poster. Pertandingan membuat poster sebenarnya. Poster sempena Aidiladha atau Raya Korban. Bahan-bahan yang bersesuaian sudah diberikan bersekali dengan software photoshop. Kami perlu gunakan gambar yang diberikan dan buat poster mengikut kriteria yang ditetapkan.

Kebanyakan peserta sudah balik. Hanya separuh yang masih tinggal dan sertai pertandingan membuat poster tersebut. Maka, terkial-kiallah kami untuk membuatnya. Sambil-sambil dibantu oleh AJK. Saya buat dengan diiringi perut lapar. Hihi.. Pagi tadi makan sarapan yang disediakan. Tapi makan tengahari tidak disediakan sebab program dijangka habis jam 1 tengahari. Tapi tersasar pula hingga selepas Zohor.

Mula-mula saya terkial-kial untuk buat background poster. Saya memilih warna-warna untuk dijadikan background. Rupanya gambar-gambar untuk background sudah disediakan dalam folder yang telah diberikan. Jadi, saya pergunakan apa yang sudah sedia ada. Senang. 

Inilah poster yang saya siapkan.

Dan, akhirnya, saya diumum mendapat tempat ke 3. Hihi.. Sebenarnya hanya 3 peserta saja yang betul-betul siapkan poster memasing. Yang lain sudah tiada mood barangkali. Tak mengapa, saya cukup gumbira, hamper yang dapat, boleh dibawa balik untuk anak-anak yang ditinggalkan di rumah. Keh keh..

Menerima hamper daripad Ketua Nisa.
Selepas menerima hadiah, terus saya balik. Tunjukkan hamper yang diterima kepada Nasih dan nafiz, bukan main gembira lagi mereka. Heheh.. 

Oh ya, jika ada lagi kelas-kelas/ bengkel sebegini, saya mahu sertai lagi. Seronok dapat menambah ilmu ni kan. Ilmu ini, kena guna dan praktis. Saya akan pergunakan untuk membuat poster-poster Shaklee saya, insyaAllah :)

Terima kasih sudi baca review ringkas ini. Moga bermanfaat untuk semua. Mahu menyertai Nisa Serdang? Boleh PM saya, saya akan sampaikan kepada SU Nisa Serdang yang juga junior saya. Mahu sertai Shaklee sebagai downline saya, boleh PM Natrah Mohamed di FB atau hubungi 011-27016822.

Terima kasih Nisa Serdang


Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi dan seluruh Malaysia.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design