Wednesday, September 16, 2015

Sambal tempoyak ikan bilis. Yummy!

Assalamualaikum..

Pernah makan sambal tempoyak ikan bilis ? 


Hehehe.. Seingat saya, saya pernah makan di rumah biras di Felda Raja Alias, Jempol. Hehehe. Saya ingat, bila ke rumahnya, kami dijamu makan macam-macam. Fuhhh, semua menu kampung. Sedapnya, tak tau nak habaq. Kikiki.. Mak biras tu, suka masak dan jamu orang makan. Dan semuanya cukup menyelerakan. Daging salai yang digulai, itik salai, ayam kampung masak rendang, kerabu pucuk ubi, ayam masak pedas, sambal ikan bilis tempoyak dan pelbagai menu lagi. Masa kali pertama kami sekeluarga berkunjung, selepas adik ipar bertunang, saya terbeliak tengok menu yang dihidangkan. Saya anggap sebab kami ni bakal besan, mak ayah datang sekali. Maka dijamu dengan pelbagai menu kampung sebegitu. Tapi.. Lepas adik dah kahwin dan kami hantarkan dia balik Jempol setelah ambil dari airport LCCT, kami dijamu sekali lagi. Saya tak ingat menunya. Tapi penuh hidangan dengan masak kampung. Ia sebabkan saya makan bertambah-tambah. Hihihi.. Saya ni suka makan. Kalau boleh, dalam resume nak tulis hobi atau kepakaran: MAKAN. Nasib baik tak perlu buat resume setakat ni ;)

Ok lah, nak cerita pasal sambal ikan bilis tempoyak sebenarnya. 


2 hari ni, mulut dan lidah teringin sangat nak makan sambal. Stok sambal-sambal kat rumah dah lama habis. Nafiz demam campak dan saya tak sempat masak menu lain melainkan sup ayam yang katanya bagus untuk cepatkan campak keluar. Makanya kami masak sup ayam dan sayur. Menu pedas tiada. Nak masak menu lain, Nafiz meraung kat kaki. makanya masak cepat-cepat. Petang tadi, Nafiz khusyuk tengok Youtube, saya ambil ikan bilis dan bersihkan kepala dan perutnya. Tu pun bersambung-sambung nak siapkan bersih 2 genggam ikan bilis tu. Sebabnya Nafiz minta susu dan saya berhenti solat Asar. 

Selepas google resepi dan jumpa di blog Azie Kitchen, saya terus mula kerja-kerja memasaknya. Senang aja. Tengok bahan dan caranya di bawah. Senang kan? 

Bahan bahan:

2 genggam ikan bilis- dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:

8 -10 tangkai cili kering
Sedikit cili padi - ikut pedas disukai
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:

1. Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan
2. Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. 
3. Masukkan tempoyak, kacau sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sebati. Siap!

Bahan dan caranya ni, saya ambil dan tiru dari Azie Kithcen.

Gambarnya pun..
Hihi..
Telefon saya rosak siang tadi. Tak dapat ambilkan gambar.


Sambal tempoyak ikan bilis
Jom cuba. Oh ya, ikan bilis ni boleh sebabkan asid urik dalam badan tinggi. Hati-hati. Terutama lelaki. Asid urik tinggi, boleh sebabkan gout tau. Cepat-cepat oder set gout dengan saya. Hihi..


Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni. 

Moga bermanfaat :) 

--------------------------------------

Jutawan. Muslimah. Dermawan. Natrah Mohamed Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. SMS/ Whasap: 011-27016822

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design