Wednesday, September 9, 2015

Pneumothorax yang membuka mata kami. Apa pneumothorax itu?

Teks: Natrah Mohamed.

Entri ni, saya sesaja nak flashback balik. Oh, Throwback ye orang sekarang sebut?



29 dan 30hb Ogos lepas, melihat gelagat peserta BERSIH 4.0 di dataran Merdeka dan mengeluarkan baju kuning BERSIH 3.0 dari dalam almari, saya teringat apa yang sebabkan saya dan suami tak dapat join himpunan tersebut. Pada 27 April 2012, suami saya menjalani pembedahan bagi masalah pneumothorax. Dan pada 28 April, tarikh himpunan BERSIH 3.0, kami ikuti dari katil wad Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, selepas pembedahan dan rawatan, suami saya kembali sembuh. Namun, disebabkan terlantar sakit itu, suami saya mula sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Bukan kata sebelum ni tak sedar, tapi kurang sikit. Hihihi..

Oh ya, pneumothorax ni bukan penyakit disebabkan pemakanan tau. Ia macam penyakit teknikal yang berlaku akibat keadaan badan dan sekeliling. Bahasa mudahnya ada gelembung udara di bahagian paru-paru yang sebabkan sesak nafas, badan penat. Oksigen tak cukup kerana ada masalah masa proses penapisan di paru-paru.

Menurut doktor yang merawat, antara ciri orang yang biasa mendapat masalah ini adalah:
> Lelaki muda. Suami saya lettew. Hihi ^_^
> Kurus dan tinggi. Kurus tu memang suami saya. Tinggi tu tak la sangat. tapi tinggi sikit la daripada saya. Haha
> Merokok. Oh tidak. Suamiku bukan perokok. Kawan-kawan perokok pun tak ramai. Mungkin ada, tapi tak kamceng.
> Suka scuba diving. Suami saya tak buat scuba diving pun.
> Selalu naik kapal terbang ke sana sini. Ya, kebetulan, seminggu dua sebelum suami dikejarkan ke Hospital Pantai tu, dia banyak travel ke utara tanah air. Naik dan turun flight yang katanya agak tak stabil pengendaliannya.

Oh ya, rasanya itu saja ciri-ciri yang saya ingat disebut oleh doktor yang merawat suami saya. Masalah ini sangat jarang berlaku. Mungkin hanya 500 rakyat Malaysia yang ada masalah ini.

Saya flashback balik apa yang menyebabkan suami saya beria nak buat pemeriksaan kesihatan dan menjaga kesihatan diri sebaiknya. Ya, Dia insaf terlantar di katil 2 minggu, masuk wad pembedahan dan MC sebulan lebih. Tak boleh membawa motor 2 bulan selepas pembedahan dan terpaksa makan berpantang serta menelan ubat-ubat yang doktor bekalkan. Sewaktu terlantar di wad, suami saya dipasangkan mesin untuk pantau udara di paru-parunya. Tak dapat ke tandas sendiri, makanya terpaksa membuang di atas katil saja. Heheh. Mestilah tadah dengan besen yang disediakan.

"Abang insaf dah sakit ni. Kesian anak isteri dan keluarga yang duk jaga."

Suami saya tak mahu ulangi lagi episod sakit sebegini. Apatah lagi sakit yang disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan. Makanya suami saya mahu pastikan badan dia berada dalam keadaan sihat optimum. Dia dengan cukup berdisiplin makan suplemen Shaklee dan berusaha untuk bersukan sebaiknya. Nak kata kawal pemakanan, payah juga, Kami pernah buat janji nak makan yang ringan saja waktu malam, kurangkan menu tak berkhasiat dan bergoreng-goreng, tapi akhirnya ia janji yang ke laut. Hihihi. Payah juga sebab hobi saya makan. Makanya suami termakan juga.

" Kawan abang yang si X tu dah ada penyakit darah tinggi. Umur baru 30 tahun."

Suami saya sebut tentang kawannya dan dia cepat-cepat pilih hari dan masa untuk jalani pemeriksaan kesihatan. 2 minggu lepas dia sudah dapat laporan untuk pemeriksaan tersebut. Alhamdulillah, kandungan kolestrol turun berbanding sebelum ini. Dia menggesa saya juga turut buat pemeriksaan.

Maka, saya pun ke klinik Assalam seperti yang disuggest oleh suami untuk jalani pemeriksaan. Entri seterusnya saya ceritakan ya. :)

Doakan kami berdua terus sihat dan dapat terus berbakti kepada masyarakat dan agama. Cara kami adalah dengan makan suplemen/vitamin bagi mencegah penyakit. Apa yang boleh dicegah, kita cegah kan. Satu lagi, jalani hidup dengan sihat. Tanpa rokok dan alkohol tu opkos la kan. Tapi jalani dengan bahagia, penuh kasih sayang dan membahagiakan orang lain. Kurangkan stress atau tekanan hidup, perbanyakkan amalan diri, insyaAllah, boleh sihat bahagia. Oh ya, lebihkan senaman dan aktiviti fizikal juga (hat ni kena sebut last sebab tak layak menasihat orang lain..Hihihi)

Okey, senyum selalu.

Assalamualaikum,
Natrah Mohamed
Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design