Sunday, September 20, 2015

Campak oh campak: Part 2

Jom kita sambung cerita campak.
Nafiz disahkan naik campak, selepas saya google dan pastikan gambar dan simptom di badan Nafiz sama dengan gambar yang di google.

Hari Ahad,13 September, saya sekeluarga ke program master celebration anjuran Shaklee. Masa tu badan Nafiz dah mula panas dan makin banyak biji-biji naik. Masa tu saya gigihkan juga ke program ni. Nak dengar sharing daripada orang yang sudah 20 tahun berada dalam Shaklee.

Kami bersama Master hajjah Salwa yang diraikan pada hari itu
Ok, saya akan buat entri pasal Master Celebration tersebut.
Ni nak cerita pasal Nafiz yang demam campak dan bagaimana saya hadapinya. Hihi

Isnin, suami ke tempat kerja seperti biasa. 
Telefon saya rosak. Entah apa halnya, tak dapat buka.
Sepanjang hari, saya menemani Nafiz yang demam. Makin banyak biji ruam yang naik di badannya. Ada yang telah pecah, tapi naik yang baru pula. 
Saya mandikan Nafiz. Air campur dengan beberapa titisan Basic H. Untuk hilangkan gatal-gatal nya.
Memang payah nak mandi sebenarnya. Sebab badan dia pedih bila kena air. Tapi saya sapu-sapu air bercampur basic H tersebut di seluruh badan.
Lepas mandi tak lap. Biar kering sendiri. Dan sapu krim Herbal Blend.
Seluruh badan saya sapukan. Alhamdulillah, kedua-dua ini sangat membantu untuk hilangkan gatal di badannya. Sekaligus menurunkan suhu badan Nafiz.

Komen daripada seorang kawan Facebook saya tentang demam campak.
Sepanjang demam, kami tak berikan ubat demam. Kecuali sekali. Hari ke 4, Selasa, kami ke Hospital Azzahrah. Untuk pastikan suhu dan dapatkan nasihat doktor. Waktu itu, suhu badan Nafiz 39 darjah celcius. Doktor nasihatkan untuk masukkan ubat melalui punggung. Ya. Sekali itu sajalah.

Ubat-ubat dan krim yang diberikan oleh hospital kami ambil. Tapi kami tak gunakan pun.
Setia dengan Basic H dan Herbal Blend. 

Cecair pelbagai guna rebutan ramai, Basic H



Hari ke 5, Rabu, 16 September, sukan untuk sekolah Nasih. Di Dewan Gemilang UKM. Kami terpaksa pergi juga. Berikan sokongan untuk Nasih. Nafiz setia di dalam carrier saya. Saya berada di bahagian penonton. Sesekali turun ke bawah mengambil gambar Nasih. Balik rumah petangnya, Nafiz berehat dan agak ceria. Dia sudah pulih dari demam.

Nafiz yang cukup ceria selepas tengok abangnya bersukan.

Hari ke 6, biji-biji di badan Nafiz kering dan mula berkuping. Kami berehat di rumah. Nafiz masih saya sapukan badannya dengan Basic H sewaktu mandi. Dan sapu krim Herbal Blend sebelum dipakaikan baju dan seluar.

Hari ke 8, hari ni.
Alhamdulillah, kuping semua dah luruh.  Campak nampaknya sudah naik ke seluruh badannya hingga ke kaki. InsyaAllah akan pulih sepenuhnya. Sekarang fasa menyapu herbal blend untuk hilangkan parut-parut.

Herbal Blend krim kesayangan Nafiz

Oh ya, saya dapat banyak petua dari kawan-kawan yang komen di status FB saya untuk hadapi campak ni.
Ni saya senaraikan. Untuk panduan kita semua.
1. Elakkan terkena hujan. Saya pun tak tahu sebabnya.
2. Elakkan mandi. Agaknya supaya badan tak pedih. Tapi sebab saya nak sapu Basic H, saya mandikan jugak. Masyam pulak jika tak mandikan. Hihi..
3. Minum air kelapa. Kami beli air kelapa, tapi Nafiz tak mahu minum. Hihi.. Kami anak beranak pakat habiskan.
4. Lapik tempat tidur dengan daun semambu. Atau garukan badan yang gatal dengan daun semambu. Kami memang tak sempat cari daun semambu pun. Sebab dah sapu herbal blend.
5. Jika demam, jangan makan ubat panadol. Nanti campak atau cacar air tu berhenti bertumbuh.
6. Kurangkan aktiviti luar atau kuarantin. Hihi.. Mak atau penjaga pun kena kuarantin jugak.

Ok. Itu saja laporan saya (hihi) pasal demam campak Nafiz. :)

InsyaAllah, doakan Nafiz cepat sembuh dan kami anak beranak tak berjangkit. Nak balik beraya haji ni kan.

Alhamdulillah terima kasih sudi jenguk blog ni dan baca entri ni.
Moga bermanfaat :)

-----------------------------------
Jutawan. Muslimah. Dermawan. 
Natrah Mohamed 
Pengedar Shaklee No 1 Bandar Baru Bangi dan Seluruh Malaysia. 
011-27016822
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KENALI SHAKLEE

 photo KENALISHAKLEE_zpsjhrkr5w4.jpg
 photo PRODUKSHAKLEE_zpslwr9bj4b.jpg
 photo CADANGANVITAMIN_zps9fostmqa.jpg
 photo SERTAIKELUARGAKAMI_zpsnwpjxnay.jpg
 photo PENGEDARSHAKLEE_zpsu3sbu1d3.jpg
 photo CAWANGAN SHAKLEE_zpsbm1dxcgx.jpg

Pengunjung

Designed by NH Design